Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Nasi Kandar Misai



Salam...baru perasan yang dah sebulan lebih blog nih tak berhapdet...rasa cam baru ja buat last entry pasal 'Adam Mikhail' tu..hehehe..mahhaaapp la ye.

Ha, tu dia gambar kat atas tu..sengaja, nak buatkan anda terliur! Itulah gambar 'nasi dadah' yang paling masyuk skali. Tiap kali balik Penang, pasti akan terbau-bau aura nasi nih..cam di tarik-tarik untuk segera dinikmati.. Melampau sungguh penangannya kan? Lagi melampau, bila dah makan...dah sabun tangan, balik rumah nak tidur, masih leh bau lagi rempah kari tu. Boleh di bawa sampai ke alam mimpi la kan..

Nasi Kandar Misai ni dah lama beroperasi..Rasanya, dari zaman saya sekolah rendah lagi kedai ni dah wujud dan sekarang saya dah berusia 25 tahun +++ pun bisnes nya masih kukuh dan kualiti keenakkan rasa itu masih dikekalkan. Hebat! Lokasi restoran ni betul-betul di belakang pasar basah Chowrastaa berhampiran Komtar. Tolak tikus yang lalu lalang kat pasar tu, anjing dan kucing yang suka-suka lepak sana sini...lokasi restoran ni memang strategik dan senang nak jumpa.

Kalau anda mahukan rasa nasi kandar yang terbaik, sini lah tempatnya... menu yang paling saya gemari ialah kari bawal (ikan sgt FRESH!!!), ayam goreng dan sambal nyokkkk (sambal kelapa). Kalau mai Penang, mesti pekena nasi kandar misai, oke! =)

Saturday, July 02, 2011

Visit Malaysia 2011- 3rd Trip

Ke mana pula destinasi percutian saya kali ini? Tanggal 4th May 2011, saya, adik, mak dan abah ke Pantai Timur,Terengganu dan Kelantan. Perjalanan ke sana dari Pulau Pinang melalui Grik dan menyusuri Banjaran Titiwangsa mengambil masa 9 jam lebih. Lagi memenatkan kerana tiada RNR di sepanjang perjalanan. Hanya bukit bukau dan hutan tebal. Kami berhenti seketika untuk menjamu selera sambil menikmati panorama indah di Tasik Banding.


Kami meneruskan perjalanan. Disebabkan terlalu jauh untuk ke Kuala Terengganu selepas menempuh traffic jam di Kelantan, kami singgah bermalam di Jerteh. Awal-awal pagi lagi, kami terus ke Kuala Terengganu. Destinasi pertama ialah, Masjid Kristal. Kami menaiki Cruise menyusuri sungai sambil diberi penerangan mengenai Terengganu, sejarah masyarakat dan penempatan mereka.


Seterusnya, kami ke Pasar Payang untuk shopping dan ke Restoran Chilada untuk lunch. Bila perut dah kenyang, mata pun dah berat kami check in Hotel Grand Continental. Aktiviti malam, kami kembali ke Masjid Kristal untuk melihat pemandangan indah pencahayaan masjid di waktu malam.

Keesokkan harinya, kami ke Perkampugan Keropok Losong memborong beberapa jenis keropok kering dan keropok lekor. Dalam perjalanan ke Kelantan, kami sempat singgah berkelah keropok losong di pesisir Pantai Terengganu. Setibanya di Kelantan, kami terus check in di hotel Grand Riverview. Lokasi hotel ini betul-betul di tepi Sungai Kelantan.
Dah puas berehatan, kami ke Pantai Cahaya Bulan dan ke Restoran Buluh untuk dinner.
Restoran ini pernah keluar di rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Memang masakan di sini sedap-sedap belaka. Antara menu yang kami order ialah Ikan siakap bakar Oriental, ikan siakap bakar sambal, Ketam Stim Halia dan Tomyam Udang. Superb taste!



Selepas menikmati makan malam, kami membeli belah di Wakaf Che Yeh. Suasana di sini seperti Pasar Malam di Danau Kota,KL malah lebih meriah lagi. Banyak kain yang murah-murah dan cantik-cantik di sini, membuatkan pengunjung-pengunjung rambang mata jadinya.Badan dah penat dan letih, kami pulang ke hotel untuk beradu.
Hari terakhir sebelum pulang, kami sempat singgah di Pasar Siti Khadijah...shopping lagi! dan Rantau Panjang...lagi lagi...shopping! Kelantan dan Terengganu memang syurga shopping...! Jadi, jika anda ke Pantai Timur, pastikan bawak duit banyak-banyak ok... =)




Friday, June 03, 2011

Pakat Mai Sini...

Mai sini mai...pakat mai ghamai-ghamai no.. :D
OK, as promised in my previous entry... i'll talk about Penang and the food.
Jalan-jalan cari makan di pulau ini memang berbaloi.. murah+segar+sedap.


Anda mahukan masakan Thai?
1) Restoran Tomyam Pak Husin (Relau)
Mesti cuba: Tomyam seafood yang uumpphh... dan sotong kangkung...

2) Restoran Bangkok Tomyam (Jelutong)
Mesti cuba: Ikan Siakap Stim dan kerabu mempelam

3) Su Ail Tomyam (Jalan Larut)
Mesti cuba: Ikan masak ala thai (sos yang sgt 'kick')...dan udang masak petai

Anda inginkan nasi kandar/masakan India terbaik di Pulau Mutiara?

1) Restoran Kapitan (Chulia Street)
Mesti cuba: Briyani Claypot (ayam/kambing/daging- superb! disajikan dengan kuah dal dan jeruk timun), tandoori chicken (1 set dengan roti naan yang sangat lembut+kuah dal). Jika anda penggemar susu, di sini anda boleh menikmati susu badam segar.

2) Restoran Sultania (Little India)
Mesti Cuba: Nasi kandar berlauk gulai itik, gulai ayam piru-turkey, gulai angsa, gulai ayam cincang dan air lassam (indian's herbal drink). Di sebelah malam, menu yang disajikan ialah capati bakar dan lauk pauk seperti daging cincang dan kima.

3) Nasi Kandar Misai (Belakang Pasar Chowrastaa-buka malam sahaja)
Mesti Cuba: Gulai Ikan (panas-panas lagi!), ayam goreng (berempah,rangup), dan sambal nyiokk (sambal kelapa). Restoran ni dah lama beroperasi, sejak saya sekolah rendah lagi sampai la sekarang nih dah bekerja. Mamak tu pun dah beruban, misai pun dah takde :D

Anda ingin merasai masakan melayu yang berbaloi-baloi dan murah?

1) Restoran Mutiaraku (Teluk Bahang)- Ini merupakan restoran keluarga saya yang diuruskan oleh Pak Lang saya sendiri. Restoran ni dah beroperasi sejak tahun 1982 lagi.
Kena cuba: Nasi berlauk (masakan ala kampung, ayam ros, gulai ikan, sotong sambal,ikan cencaru belah belakang bersambal). Ada masakan panas, yang paling best ialah mee udang special dan mee kuah(resipi warisan turun temurun!) Western food pun ada disajikan.

2) Restoran Kak Azie (Pasar Bayan Baru)
Kena cuba: Nasi berlauk Gulai ikan kering, gulai ketam, ikan masak lemak etc

3) Restoran Minah (Taman Sardon)
Kena cuba: Nasi berlauk gulai ikan, ikan sumbat dan kerabu taugeh

Kenyang la, nak makan ringan-ringan sahaja? Ha...anda boleh cuba yang ini:-

1) Pasembur (Gurney Drive) ada banyak pasembur di jual di sini, pastikan anda locate kedai yang betul, satu-satunya mamak yang memotong cucur sambil head-banging lagu 'barbie girl'.
2) Mee Bangkok (Bangkok Lane)
Menu hebat: Mee/bihun/kuey tiow goreng sotong, boleh pilih nak berkuah or kering
3) kuih muih di Pasar Taman Sardon. (pelbagai jenis semuanya sedap-sedap belaka,dan yang mesti anda cuba ialah pulut sekaya dan pulut sambal)
4) cucur udang-dalam bazar Chowrastaa
5) Penang Road Cendol (Komtar Walk)-sangat famous dan sangat sedap! anda mesti cuba, cendol durian dan cendol pulut. Tauke kedai ini bermula dengan meniaga cendol di tepi jalan sehingga akhirnya berjaya membuka restoran yang gah di Komtar Walk. Selain cendol, ABC, cincau dan lai chi kang juga ada dijual di sini.


Ini adalah tempat-tempat top dan highly recommended untuk anda yang suka makan. Oklah readers, Saya tinggalkan anda dengan sepinggan Pasembur-Gurney Drive.. selamat menjamu mata!!! hehehe.. :D

Wednesday, June 01, 2011

Prince of Wales Island


Salam readers...

Setiap kali teman-teman saya berhajat ke Pulau Pinang, mesti soalan ini diajukan kepada saya:-

"apa yang best di Penang?" dan saya akan menjawab...
"the food"

Penang sememangnya terkenal sebagai "food heaven".. di sini, makanannya murah, berkualiti, fresh dan puas hati. Ketahui tempat-tempat makan yang best di Pulau Mutiara... dalam entry seterusnya...tunggu... =)