Showing posts with label teluk bahang. Show all posts
Showing posts with label teluk bahang. Show all posts

Sunday, September 04, 2011

Eid Ul-Fitr 1432 H


Salam Lebaran 1432 H buat semua readers... Maaf dipinta di atas segala kekhilafan sepanjang saya ber-blogging nih. Andai kata ada entry-entry yang keterlaluan yang menyentuh sensitiviti anda yang membaca, saya pohon ampun dan maaf ye..
Alhamdulillah, tahun nih raya yang agak meriah. Dihadiahkan cuti yang panjang untuk saya manfaatkan sepenuhnya. 28 Ramadhan, kami berkumpul di rumah Tok Wan di Teluk Bahang untuk berbuka bersama-sama. Meriahnya juadah, ada kari ikan, itik masak kicap, kerabu, telur dadar, ikan kering goreng, dan cempedak goreng. Tengok je gambar kat bawah ni ha...penuh meja!


Sementara menunggu waktu berbuka, kami sempat mengadakan Tahlil ringkas buat arwah Tok dan Pak Su. Dah berbuka dan selesai solat Maghrib, kami adakan acara potong kek sempena Birthday Adik, Kak Sha dan Chik.
-------------------------------------------------------------------------------------------

1st Day Raya, dah siap bergaya dengan jubah dan bertelekung saya dan keluarga ke Masjid At-Taqwa di Gelugor untuk sama-sama bersolat sunat hari raya. Masjid 2 tingkat yang baru siap renovate penuh dengan jemaah-jemaah.

"satu pagi di Hari Raya, aku sujud memujiMu, satu pagi di Hari Raya, aku sujud membesarkanMu"
"Ku melafazkan takbir penuh rasa kehambaan, ku melafazkan tahmid penuh rasa kesyukuran"

Selesai solat, kami terus bersiap-siap untuk ke rumah Tok Wan beraya dengan sanak saudara. Itu dah menjadi rutin tahunan tiap kali raya. Berkumpul, makan, borak-borak dan photoshoot... biar gambar di bawah bercerita.. (tokwan tak bergambar ramai-ramai sekali macam tahun-tahun sebelumnya, sebab dia demam...*sad*sad*) --->



----------------------------------------------------------------------------------------------------
2nd Day Raya, mini open house. Kenapa mini, sebab buat kecil-kecilan je...tetamu yang dijemput pun tak ramai..hanya sedara mara terdekat dan beberapa kawan mak dan abah dan jiran-jiran.
Menu yang disajikan merupakan hasil air tangan bonda tercinta. Memang 'kick' la kepada sesiapa yang merasa Nasi Tomato, kari Dalca, Udang Sambal dan ayam goreng Negro yang mak sediakan. Hari nih merupakan hari yang bermakna juga buat diri saya..sungguh bermakna.. biarlah ia menjadi memori indah dalam perjalanan baru dalam hidup saya... =)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

3rd Day Raya, dah abes beraya dah...kena kejar flight awal pagi ke KL. Petang tu dah kena kerja...owh, mood raya terbantut di situ... huhuhu :(


Tuesday, April 29, 2008

flashback....


Jam sekarang dah dekat kul 1 am. Takleh tidur...nak study 'mood' belum ada so, saya pilih untuk mencoretkan sesuatu di sini. Tetiba je terkenang balik zaman kanak-kanak dulu...tak banyak tanggungjawab kecuali main, main dan main pastu makan cokelat pastu tidur..bangun..main lagi. Ingat lagi ketika bermanja-manja dgn tok wan dan arwah tok. Naik motor antik tok wan ke tadika...tumpang basikal tua arwah tok ke sana ke mari. Basikal tu tak ada tempat duduk di belakang so, arwah tok letakkan sejenis raga buat dijadikan 'seat' untuk saya.

Terkenang saat-saat mengikuti kelas muzik di tadika. Terujanya hati bila mana saya dapat bermain macam-macam alat instruments dengan kawan-kawan contohnya cam alat yang berbentuk katak tu, bila letak atas tapak tangan dan diketuk akan mengeluarkan bunyi, satu lagi ialah besi yang berbentuk triangle. Tak dapat recall la nama instruments tu... Lagu favourites time tu ialah 'ba ba black sheep', 'mary had a little lamb' ,'telefon berbunyi', 'tip tip hujan dah turun', dan 'twinkle twinkle little star'.

Aktiviti di sebelah petang hari memang busy. Ada je agenda. Hari nih main senapang (dibuat dari kayu dan buah getah dijadikan peluru), esok main motorboat (duduk atas pelepah kelapa dan ada 'driver' yang tolong tarikkan), lusa main pondok-pondok....kemudian main masak-masak. Rindunya saat itu bersama sepupu-sepupu dan kawan-kawan yang entah ke mana hilangnya.


Masih terbayang di ingatan sewaktu berkelah kat kebun tok wan. Bestnya...mandi kolam, petik buah-buahan dan makan puas-puas. Sekarang nih, kebun tu dah tak macam dulu, sebab sebahagian besarnya dah di jadikan empangan Teluk Bahang. Kalau nak ke sana pun kena naik bot. Tak boleh rentas rimba lagi.

Lepas Maghrib, pi ngaji Muqaddam kat umah Tok Penghulu...time nih mengajar erti kesabaran sebab lamanye nak tunggu giliran lepas sorang, sorang lagi. Usai je ngaji, cepat-cepat join budak-budak lain main 'aci lut'. Sampai la satu hari tu ustazah cakap kalau main 'aci lut' malam-malam nanti nenek kebayan bawa sembunyi. Terus kitorang takut nak main, tapi takut main bukan bermakna kitorang terus balik umah lepas ngaji tapi kitorang main 'pepsi-cola' dan 'police entry want to jaga'.

Kadang-kadang, bila kita kenang kembali zaman dulu-dulu, buatkan kita tersenyum penuh bermakna...terdetik juga di hati, andai masa dapat diputar kembali ke saat itu alangkah indahnya... kan?

NOTE: Menjelang 1 May nih, genaplah 3 tahun arwah tok meninggalkan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah~