//a.simple.minded.muslim.lady\\
"You are the best of peoples ever raised up for mankind. You enjoin good and forbid evil and you believe in Allah."
Tuesday, September 30, 2008
raya
Hari nih, 1 Oct 2008 bersamaan 1 Syawal 1429....sejak 22 tahun yang lalu, sepatutnya tika dan saat ini saya bersama family berkumpul dan berkunjung ke rumah sanak saudara, makan kuih raya sambil bergurau senda. Namun, lain pula untuk tahun 2008 nih...buat pertama kali saya beraya di perantauan...(Ye ye je perantauan...padahal KL je pun =D)
Sekarang, jam 2 petang dan saya sedang 'park' diri saya di office sambil menantikan jam 3 petang untuk memulakan rutin kerja harian. Payah juga menahan emosi kerana asyik terbayangkan ketupat, rendang, dodol dan 'halwa maskat' air tangan Tok Wan.
Alhamdulillah, saya masih bersyukur sekurang-kurangnya terbuka gak pintu hati bos untuk menganugerahkan 1 + 1/2 hari cuti....Makanya, saya akan balik kampung pada malam raya ke-2. Kebetulan raya ke-3 nanti, kitorang nak adakan kenduri tahlil buat Arwah Pak Su yang baru kembali ke Rahmatullah 2 minggu yang lepas dan Arwah Tok yang dah 3 tahun meninggalkan kitorang. Dek kerana, saya se-family masih dalam mood berkabung...persiapan pun sederhana je. Kepada yang ikhlas, sedekahkanlah al-fatihah buat arwah...semoga roh mereka dicucuri rahmat selamanya.
Berbalik kepada juadah istimewa hari raya yang merupakan satu kemestian pada setiap kali lebaran kecuali tahun ini ialah 'halwa maskat'... rasanya, negeri-negeri di bahagian utara je yang tahu akan kewujudan juadah nih. Cara membuatnya ala-ala dodol...tetapi memerlukan minyak yang sangat banyak, dan digaul dengan buah badam dan kismis...Memang ber-jam gak la proses untuk menghasilkan juadah nih...Tenaga kena kuat untuk dayung halwa dalam periuk besar pastu, kena tahan dengan pedihnya percikan minyak.
Oklah...buat semua teman-teman yang mengenali saya, Salam Lebaran! Maaf Zahir dan Batin... =)
Friday, September 05, 2008
Apart from that, what makes the training enjoyable are the happening colleagues and fun trainers. Some of the trainers came all the way from UK just to share their knowledge with us. 3 more weeks to go before the training session ended. After that, we'll be on the processing floor to do the 'real job'! Till then, wassalam.... =
Thursday, September 04, 2008
Part of my coursemates

Bestest friends!
Wednesday, July 30, 2008
Macam mimpi….semuanya berlaku begitu pantas sekali. Siapa sangka, tanggal 14/8 nih saya akan bergelar wanita bekerjaya. Global Support Executive will be the starting point of building my career in HSBC. Specifically, been placed under HSBC Electronic Data Processing to deal with U.K Securities Trading. So, working hours + public holidays semuanya ikut U.K. Cuti raya? Entahlah…saya tak nak fikirkan pasal tu lagi. Kalau perlu lakukan pengorbanan, saya akan lakukan.
Wednesday, July 09, 2008
Salaam…helluee!!! Back to ‘blogging world’. Alhamdulillah saya dah grad. Dah sebulan menganggur, duk kat umah…makan..tido. Bosan gak. Mula-mula ingat nak jadi part-timer kat Coffee Bean ke, Dome ke…tapi abah tak bagi. Dia nak saya rehat je kat umah, gemukkan badan =D.
It’s hard to believe that my 4 years of University life has ended. Cepat sungguh masa berlalu. Masih teringat lagi saat mula-mula menjejakkan kaki ke MMU, melalui seminggu orientation seterusnya menjalani Foundation in Management selama setahun diikuti dengan keputusan untuk sambung degree selama 3 tahun majoring in Banking and Finance. Dan akhirnya, tanggal 25 May 2008…. semuanya berakhir!
Saya tertanya-tanya, kenapa ye bila kita berada di dalam suatu episode kehidupan, kita berharap sangat agar ia segera berlalu tetapi bila ia berakhir, kita menginginkannya kembali hadir. Itu yang saya rasakan sekarang. Saya rindukan masa dan ketika di mana saya bersusah payah dengan kawan-kawan stay up sampai 3-4 pagi meeting dalam kampus untuk siapkan assignments bersama, presentations, pop-quizzes dan exams. Di sini lah saya belajar menjadi lebih confidence dan berani untuk communicate dengan orang-orang besar seperti Manager CIMB, Manager Affin Bank, Bursa Malaysia, Manager Orang Kampung Corporation, Manager Zaki & Partners, Affin Securities dan banyak lagi. Bagi saya, episod kehidupan saya di MMU adalah episod terindah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Saya ingin kembali ke Melaka, merasai saat ber-outing dengan kawan-kawan, makan asam pedas Kota Laksamana, menikmati keenakan seafood di Umbai, bersarapan bihun sup di Black & Blues, kelazatan mee bandung di JPJ, shopping di Jaya Jusco dan Dataran Pahlawan, menonton wayang di Melaka Mall dan Mahkota Parade, organize netball friendly match, main squash dan ber-babeque bersama teman sekelas
InsyaAllah, kalau ada kesempatan saya akan usahakan untuk mengadakan reunion bersama mereka…mungkin dalam masa 5 tahun akan datang. Papepun, no turning back. Hidup mesti diteruskan
p/s: Berdebar menantikan Hari Konvokesyen pada tanggal 10/8/08 ni di Cyberjaya. =)
Tuesday, May 13, 2008
6 May yang lalu, saya dan kawan-kawan suzen, fafa, shawal dan ijad menikmati dinner yang ala-ala semi-farewell kami di Umbai. Bestnye makan....sedap.....Sudah lama saya tak ke Umbai dan kali nih kira cam lepas rindu dendam la =D
untuk mempromosi blog ini kepada mereka berdua) =D
Kami ke Umbai Lama dan kedai pilihan ialah Kedai 'Parameswara'. Selera memang besar sebab kitorang ni memang kuat makan pun. Maka pelbagai jenis lauk pauk di order seperti ikan pari masak sambal, ikan siakap bakar dan masak 3 rasa, udang masak pedas, sotong goreng tepung dan kupang bercili. Dengan keenakkan dan kesegaran jus orennya betul-betul membangkitkan selera kami malam itu. Ownernya sangat friendly dengan imej yang ala-ala koboi menjadi tarikan pengunjung. Trademark 'just nice' nya yang hanya shawal je yang pandai imitate ;P akan kami ingat sampai bila-bila.
Kedai nih memang murah dan berbaloi dengan keenakkan masakannya. Wahhh, promote abes nih!...kalau anda ke Umbai, pastikan 'Parameswara' menjadi pilihan anda ye.. da.....
Kenapa saya ingin mengutarakan isu ini? Kerana hari ini saya telah dikhabarkan tentang cakap-cakap panas mengenai kisah lagu 'cinta tiga segi' yang dinyanyikan oleh seorang banduan sehari sebelum arwah dihukum gantung dek kerana membunuh girlfriend dan ex-boyfriend girlfriendnya dengan motif : sakit hati kerana cintanya di tolak menjelang seminggu sebelum pernikahan mereka dan si jejaka ini tidak dapat menerima hakikat untuk melepaskan kekasihnya ke tangan lelaki lain. Saya tidak pasti tetapi tidak juga menafikan cerita ini benar atau tidak, pokoknya jika ini cerita benar dan dikatakan berkaitan seperti kes pembunuhan graduan UKM, Norzi Ayu maka situasi percintaan di zaman sekarang agak ekstrem dan menakutkan. Oleh itu, benar atau tidak cerita ini wajar dijadikan iktibar dan dinilai bersama.
Saya tidak pandai berbicara soal cinta kerana saya belum pernah benar-benar merasakan cinta. Tetapi, saya insaf dengan perkhabaran ini kerana bahayanya cinta sehingga menyebabkan seorang insan hilang pertimbangan akal dan mengetepikan iman dan agamanya kerana menurut amarah hati yang didorong syaitan laknatullah semata. Mudah untuk saya mengatakan kerana saya tidak pernah merasainya tetapi, bukankah jodoh itu sudah ditetapkan Allah? Sekiranya terjadi perpisahan, mungkin ada hikmahnya.
Cinta kepada manusia, harta benda tak akan berkekalan kecuali cinta kepadaNya. Maka, perlu apa cinta yang terlampau ekstrem sehingga sanggup membunuh? Bukan mengkritik tindakan arwah dan menampakkan ke tidak matangan fikirannya tetapi saya menulis di sini untuk sama-sama kita jadikan pedoman supaya kita tidak membenarkan nafsu dan amarah menguasai diri dan sehingga menyebabkan kita hilang pertimbangan. Blog ini kepunyaan saya dan saya punyai kebebasan untuk mencoretkan apa yang membelengu pemikiran saya. Maaf, jika ia menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Saya akhiri penulisan saya disini...wassalam~
note: Mari sedekahkan Al-Fatihah buat ketiga-tiga mereka...
Tuesday, April 29, 2008
flashback....
Jam sekarang dah dekat kul 1 am. Takleh tidur...nak study 'mood' belum ada so, saya pilih untuk mencoretkan sesuatu di sini. Tetiba je terkenang balik zaman kanak-kanak dulu...tak banyak tanggungjawab kecuali main, main dan main pastu makan cokelat pastu tidur..bangun..main lagi. Ingat lagi ketika bermanja-manja dgn tok wan dan arwah tok. Naik motor antik tok wan ke tadika...tumpang basikal tua arwah tok ke
Terkenang saat-saat mengikuti kelas muzik di tadika. Terujanya hati bila mana saya dapat bermain macam-macam alat instruments dengan kawan-kawan contohnya cam alat yang berbentuk katak tu, bila letak atas tapak tangan dan diketuk akan mengeluarkan bunyi, satu lagi ialah besi yang berbentuk triangle. Tak dapat recall la nama instruments tu... Lagu favourites time tu ialah 'ba ba black sheep', 'mary had a little lamb' ,'telefon berbunyi', 'tip tip hujan dah turun', dan 'twinkle twinkle little star'.
Aktiviti di sebelah petang hari memang busy.
Masih terbayang di ingatan sewaktu berkelah kat kebun tok wan. Bestnya...mandi kolam, petik buah-buahan dan makan puas-puas. Sekarang nih, kebun tu dah tak macam dulu, sebab sebahagian besarnya dah di jadikan empangan Teluk Bahang. Kalau nak ke sana pun kena naik bot. Tak boleh rentas rimba lagi.
Lepas Maghrib, pi ngaji Muqaddam kat umah Tok Penghulu...time nih mengajar erti kesabaran sebab lamanye nak tunggu giliran lepas sorang, sorang lagi. Usai je ngaji, cepat-cepat join budak-budak lain main 'aci lut'. Sampai la satu hari tu ustazah cakap kalau main 'aci lut' malam-malam nanti nenek kebayan bawa sembunyi. Terus kitorang takut nak main, tapi takut main bukan bermakna kitorang terus balik umah lepas ngaji tapi kitorang main 'pepsi-cola' dan 'police entry want to jaga'.
Kadang-kadang, bila kita kenang kembali zaman dulu-dulu, buatkan kita tersenyum penuh bermakna...terdetik juga di hati, andai masa dapat diputar kembali ke saat itu alangkah indahnya...
NOTE: Menjelang 1 May nih, genaplah 3 tahun arwah tok meninggalkan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah~
Saturday, April 26, 2008
judul filem: ayat-ayat cinta

Sebuah filem yang di adaptasikan dari novel karya Habibulrahman El Shirazy. Padat dengan pengisian rohaniah dan bukan hanya cerita cinta stereotype yang biasa kita tonton. Penceritaan yang begitu tersusun dan skrip yang menarik mungkin merupakan tarikan utama filem ini disamping menampilkan hero yang agak ganteng juga orangnya. =) Jika anda meminati filem cinta, maka filem inilah yang seharusnya anda tonton.
Berikut merupakan antara dialog-dialog yang masih segar dan melekat di minda saya:-
- "We don't recognize dating in Islam"
- "Jika Allah mengkehendaki, siapa pun bisa menjadi jodoh kamu"
- "Kita boleh membenci perbuatan buruk seseorang, tapi harus tetap adil"
- "Kalau tiada Sungai Nil, pasti tiada Mesir, tiada peradaban. Yang ada hanya gunung pasir. Aku rasa Sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit.
- "Jodoh bukan dari langit, tetapi dari hati....dekat sekali"
Sunday, April 20, 2008
orang baru...

Keesokan harinya merupakan hari kenduri. Meriah sungguh dengan tetamu yang tak putus-putus datang. Kemeriahan dan keriuhan lagi terasa bila kenduri ini dijalankan secara gotong-royong dan bukannya dengan upah catering. Biarpun penat, saya yakin semua orang berseronok dengan selingan lagu-lagu yang menarik diputarkan oleh DJ dan juga sesi karaoke.
Buat abang dan kak sha, semoga kalian berbahagia ke akhir hayat =) Aamin...
Tuesday, February 26, 2008
Settled!
Dilema yang mengganggu fikiran dan emosi saya semenjak dua menjak nih sudah pun berakhir... Tawakal jelah... Dan saya memilih untuk terus mengambil 7 Subject sem nih dan bersedia untuk berhadapan dengan apa jua risiko mendatang.
doakan saya berjaya, ye! =)
Sunday, February 24, 2008
Should I? Or....Shouldn't I?
As told before, this should be my final semester but I’m lack of confidence if I will be able to cope with 7 subjects. 7 subjects dgn 4 major subjects memang betul-betul susah untuk average student macam saya ni. Saya dalam dilema sekarang ni…should I extend another semester or should I just continue with it since it’s already Week 5? These questions keep on bordering me… Thursday, February 21, 2008
BBQ Nite
Salaam...'KENDURI' yang diadakan tanggal 17 feb ari tu memang meriah dan happening sangat. Biarpun tak semua yang dapat menghadirkan diri kerana sengaja atau tak disengajakan, suasana tetap meriah dengan aktiviti memasak, bbq, makan, bergambar, borak-borak, ijad's belated birthday celebration dan gotong-royong. Thanks to tuan rumah, Fa dan Sue kerana men-offerkan rumah mereka untuk dijadikan lokasi majlis berkenaan. Majlis bermula lepas Isyak jadi pada siang harinya kami menyibukkan diri di dapur dan menyediakan pelbagai juadah seperti spaghetti, macaroni, corn, potato salad sesambil mengintai-intai ke 'idiot box'. =D Kalau dah semua se'kepala' yang ada kat dapur tu, memang boleh agak la cane proses memasak tu berlangsung...dah cam theme park. Kecoh!!
*Gambar-gambar yang sempat dicuri tangkap oleh professional photographers...

Rugi rasanya sebab program camni tak diadakan sejak awal Beta lagi...dah final sem baru nak 'ngam'...tapi takpe, masih ada masa lagi untuk menambahkan kenangan! So, what's next??? ;P
p/s: Cam biasa...please click on the picture to enlarge!
Friday, February 08, 2008
c-04-16....1st reunion
Okies...jom cerita pasal reunion ari tu. Predictable, kalau buat reunion kat KL...mesti banyak masa yang dihabiskan kat jalan. Jam je memanjang....haishhh~ Sian Kak nor, sampai sesat nak ambil saya dgn kak lin kat Pudu. Dari Pudu, kitorang terus ke Ampang Point...jumpa Kak Ira, Eli dan Zihah. Sambil-sambil tunggu Kak Ju dan Zeti, kitorang pegi isi perut yang dah tak henti-henti 'berkeroncong untuk ana' nih. Sasaran kami : Lemongrass Restaurant.
( Nampak cam banyak kan? Memang pun...
tengoklah mangkuk tu besar mana. Takut tak habis kang...membazir lak
so, share la dengan Kak Lin. Cincau pun ada Uumph....
and it's worth for dehydration.)
Next, we headed to Flamingo. Kunun-kunun nak main bowling la. Tunggu punya tunggu...lambat nye nak sampai turn kitorang. Mula-mula memang excited nak main, tapi dah penat menunggu...mood pun tarak. Takpela, dah bukan rezeki pin tu nak strike di tangan kitorang...hehehe... Zeti ajak dinner di Gombak. Restaurant ala kampung; Kunang-kunang...
( Boleh tahan...sotong banyak tapi pedas.
Saya yang tahan pedas nih pun rasa
pedas, kalau zeti...mesti meraung punye.. =D )
(Biarpun tak dapat makan kat Restoran Kapal-Kampung Baru, Kak Nor masih mengekalkan semangat Western Food nye...Tahniah!) ;P
Actually, ade lagi side dish yang di order cam keropok lekor + cucur udang. Tapi tak sempat nak snap gambar sebab kejap je dah abes...hehehe.
Jauh gak perjalanan nak ke Restaurant nih. Lepas makan, bergambar dan borak-borak...sampai pelayan kat situ pun agaknye dah nyampah dah dan cam tengah berharap je kitorang balik. Dek kerana tak nak hampakan derang, kitorang pun akur dan bersurai..
Bermalam kat Kondo Kak Nor kat Pandan Indah...thanks Kak Nor for the hospitality! Awal-awal pagi dah bangun dan bersiap untuk kejar bas ke Melaka kul 9am tapi sempat tengok cite 'Anak Halal' kejap dan singgah di drive-thru Mcd untuk tapau breakfast set. Pendek kata, reunion nih hanya ada 1 aktiviti iaitu...MAKAN!! hehehe
Biarpun macam-macam kekangan yang berlaku seperti kehadiran yang tidak penuh, traffic-jam, dan sesat...reunion nih tetap best! Pasnih, gather kat umah Kak Ju lak pakat rewang ramai-ramai...sempena WEDDING dia nanti...tahun nih kan, Kak Ju? =)
- Kehadiran: Linda, Juliana, Ira, Zeti, Eli, Zihah, Ika, Nor, Azhar, Amri, Fitri.
- Agak-agak kalau tak puas nak tengok sebab gambar tak cukup besar...jangan segan...just click on the pic to enlarge!
Friday, February 01, 2008
Back after 3 Months..
I'm back after 3 months been away from blogging =) Where should I start...hurmm...internship was great. As told in previous entry, the industrial training took place at MAS-Penang. Antara kerja harian di Accounts Department ialah prepare invoices, data entry, update utility bills and staffs medical report, refund clearance and credit control.
HR buat rotation department, so kejap kat Ticketing & Reservations, kejap kat Cargo Sales dan kejap kat Airport Operations. I also got the chance to visits the aircrafts. That was one of the bestest moment! Dapat masuk dalam kokpit and holds ( some part of the aircraft where all the baggage and cargo are placed). Saya di-assigned hampir ke semua department under Airport Operations; Golden Lounge, Boarding Gate, Check-in Counter, RAMP, Baggage Service Unit Lost & Found and Control Unit.
It is undeniable that each moment I spent in Malaysia Airlines System Berhad, the experience and the extra knowledge obtained are very precious. I did took some pictures in the aircrafts, but I apologize for I will not upload it here since, the captain allowed the photo-taking for personal use only and not for publications. So, no other options except... I have to obey the rules... ;)
How's the new look for the blog? Do you like it? Sorry about the font size, I'll try to do some amendment on the coding part later. This time I choose white as the background and the header; I did it myself. Putih nampak bersih...kan? Hehe...
p/s: Tomorrow...I'll be in KL attending a gathering for C-04-16. Will update the news by next week, insyaAllah. =)
Monday, October 08, 2007
Finals dah abes!! Bye-Bye Melaka....
Alhamdulillah, dah selesai pun final exam setelah hampir 2 minggu berhempas pulas memenuhkan capacity otak untuk memuntahkan segala input yang ada dengan men'utilizekan' masa selama 2 jam untuk satu-satu paper. Fuh! Sekali lagi...kalau menaip, memang payah dan sengaja me'mayah'kan diri untuk letak "titik". Arakian itu, kalau nak baca posting saya...anda perlu lah menarik nafas panjang-panjang sebab kebanyakan ayat akan memestikan anda menghabiskan sebutannya dengan satu lafaz...cam akad nikah tu...hehehe ;P
Saya ingin memohon maaf kerana kemungkinan besar saya akan bercuti dari alam siber ini selama 3 bulan dek kerana saya terlibat dengan internship yang akan bermula pada 16/10/2007 ini dan berakhir pada 7/01/2008. Beralasan kelembaban talian internet dirumah membuatkan saya agak kurang rajin untuk mengupdatekan blog ini. Faham-fahamlah...kalau dah pakai dial-up, nak load 1 page pun amek masa yang lama. Tambahan pula, saya akan ber'internship' TANPA ELAUN dari pukul 9am-5pm setiap weekdays.
Saya semakin cintakan dunia blogging. Lebih-lebih lagi apabila dikhabarkan yang viewer blog ini makin bertambah. Saya pasti rindukan dunia siber yang saban hari menjadi peneman saya biar untuk membuat research, ber'friendster', berkongsi bahan ilmiah dan mencari entertainment. Untuk pengetahuan pembaca, blog ini dibuka pada tahun 2005...(boleh rujuk archieve untuk kepastian) Terima kasih kerana terus menyokong dan mendorong saya untuk memperbanyakan lagi penulisan. Blog ini adalah 'wajah' saya dan penulisan saya adalah dari hati saya sendiri, biarpun gaya bahasa bersahaja dan kadang-kadang membosankan. Saya tidak pandai menyusun kata apa lagi nak ber'ayat' bunga-bunga, saya bukan sasterawan, bukan penulis professional...saya hanya seorang yang suka menaip dan merepek, Hehehe...
Antara penulisan saya yang paling mendapat banyak feedback dari pembaca ialah berkenaan isu 'riba'. Sampai ada yang nak ajak berjumpa untuk berbahas tentang isu ini. Saya bukanlah pandai dan mencipta sendiri teori-teori itu, saya bertanya kepada seseorang yang ilmunya sangat tinggi dari pangkat yang diberikan. Dalam erti kata lain, saya cuma mem'publishkan' akal dari dia yang dikurniakan Allah. Bagaimanapun, terima kasih atas kesetiaan anda melayari blog ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf dipohon sekiranya ada penulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak. Kepada warga MMU yang akan ke industrial training sem depan, semoga berjaya menjadi buruh sementara. Sesiapa yang dapat elaun tu, simpan-simpanlah...boleh gak belanja saya masa final sem nanti. Sekian, saya mengumumkan bercuti selama 3 bulan dari Blogger.com. Wassalam~
p/s: Sedihla pulak...insyaAllah kalau ada masa terluang, saya akan curi-curi ke CyberCafe!~
Sunday, September 30, 2007
Cat Craziness!!
Does your cat always seem to end up in the lap of the one visitor to your home who's allergic? Or maybe it's the one visitor who doesn't like cats? Why is it that, very often, your cat-loving visitors get passed over for the one person who doesn't want to interact with Fluffy?
Most cats are friendly to everyone who comes through the front door, but other cats are very concerned with potential territorial intrusion. These cats don't necessarily want somebody barging right over to pick them up and interact. So while your cat-loving visitors may be just trying to be friendly, the act of reaching down to pet or pick up your cat before the cat's had time to investigate this unfamiliar person can cause your cat to back away.
The cat-avoiding visitor, however, makes no move toward the cat, and usually avoids eye contact. That may actually allow the kitty to feel comfortable enough to come closer for an investigation of this stranger. As the cat inches closer to sniff the visitor's shoes, the visitor makes no overtures. This is another indication to the cat that there is no immediate threat. The cat may then jump onto the couch, sit next to the visitor, and continue to check her or him out.
If YOU have a cat who's suspicious of strangers, tell your guests to let the cat set the pace! As always, it's just at matter of looking at things from your cat's point of view, and learning to ... Think like a Cat!!!Thursday, September 20, 2007
Final Exams
29/9- Credit Management
2/10- Business Ethics
3/10- Malaysian Studies
8/10- Malaysian Economics
- Corporate Finance
9/10- International Finance
Doakan saya berjaya melaluinya dengan penuh kesempurnaan ye!
Thursday, September 13, 2007
Eid-Mubarak 1428
Kepada semua pembaca muslim, Selamat Berpuasa! Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk melaluinya sekali lagi. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Tiada kata seindah 'zikir', tiada bulan seindah 'Ramadhan'. May this be a month of inspiration filled with Iman and Taqwa. May Allah swt bestow Nur and Barakah in our life and always keep us on the right path. Aamin...
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang di kalangan kamu berpuasa, dia tidak boleh (bercakap kotor) dan melakukan maksiar. Apabila seseorang mencacinya atau ingin bergaduh dengannya, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya,aku sedang berpuasa"
Monday, September 10, 2007
Jika anda seorang MMUian...
1) Anda faham apa itu RSU, RSI,Sempoi, Time Milennium
*Memang faham bebenar...tapi jarang le pegi sana. Kedai Kuning gak yang best!
2) Perkara pertama yang anda lakukan lepas bangun tidur ialah switch onpc/laptop, check emel, friendster,myspace & semua favourite webpage anda ;p .. Mandi atau gosok gigi kira
kemudian...
*hehehe...Mana tau nih?
3) Anda asyik terserempak dengan orang yang sama tapi tidak dikenali hampir tiap-tiap hari...
*Statement nih memang betul sesangat!
4) Anda pernah makan nasi ayam Mak Cik Shima ;p
*Pernah! Tapi skang dia dah tak jual nasi ayam lagi. (RM2.20 sepinggan.)
5) Anda tahu betapa hampehnya server di Emerald Park... =))
*100% agree! Tapi biarpun begitu, saya tetap setia dgn EP. Almost 4 years!
6) Anda pernah dengar atau sangat familiar dgn nama bAJING (bagi budak2 IT)
*Entah....sebab saya bukan dak IT kot
7) Jaya Jusco (JJ) menjadi tempat paling penting dalam hidup anda...MP dan JJ sudah menjadi satu kebiasaan atau kemestian bagi anda..
*Betul-betul
9) Anda sudah rasa bosan dgn MP dan JJ.
*Sangat bosan! Tapi skang dah ade Melaka Mall...
10) Anda sudah biasa tido pukul 5 pagi atau lepas subuh sebab chatting, main games etc.
Owh..tidak! Slalunya kalau takde assignments, kul 12 dah tido.
11) Anda tidak boleh hidup tanpa pc/laptop & internet.
Of course! Semua pakai internet. Nak download notes, YM! as the main medium of communication
12) Anda tahu apa itu MMLS
*Multimedia Learning System-tempat download notes dan baca lecturer's announcement
13) Anda boleh mengalami depression kalau sehari tak bukak pc/laptop. =D
*depression? Heheheh
14) Anda pernah rasa nak bom Finance dan Exam Unit...
*Dah lama rasa nak buat camtu....
15) Anda selalu stadi last minute... =D
*Normal la tue....
16) Anda rasa sukar utk decide utk makan kat mana mlm ni...
*A'ah...asyik kedai yang sama dan menu yang lebih kurang sama. Kalaulah saya berkereta...
17) Anda pernah pegi Klebang
*Pernah! Tapi Pantai Kundur dan Pantai Puteri lagi best
18) Anda pernah guna komputer kat CITS (selalunya masa awal2 alpha dan diploma ) :-p
*Betul...untuk renew ICEMS Password
19) Anda pernah beli barang kat Uptown Minimart, Kah Kah atau U Center.
*Saya memang banyak habiskan duit kat Uptown.
20) Playlist MP3 anda lebih dari 300 lagu.
*Dah sampai ke 300?Sat...nak kira
21) Anda rasa Yahoo Messenger sudah menjadi medium komunikasi yang utama..
*BETUL! Tak payah top up Hp
22) Anda sudah biasa balik rumah lewat malam atau awal pagi..
*Biasa? Tak sangatlah...
23) Anda ada kawan-kawan di MMU Cyber
*Ada...kawan-kawan masa foundation
24) Anda pernah pegi ke MMU Cyber atau
*Pernah...bangunan STAD cyber sangat kelakar...hehehe
25) Anda tidak pernah jejak langsung MMU Cyber
*Pernah
26) Anda selalu terserempak dengan budak2 MMU dalam cinema ;p
*It's an ordinary thing
27) Anda pernah pegi Jonker.
*Baru pegi last week
28) Anda masih boleh online sehingga pukul 10.05am walaupun kelas start
pukul 10am. =D
*Hik hik hik
29) Anda boleh jer tido masa gap antara kelas
*Ade gak la...especially kelas petang 4pm and above
30) Anda tahu library selalu penuh time exam week.. :-p
*Memang! Siap ade yang booking carrel.
31) Anda tertanya-tanya majlis konvo nanti either di Melaka or Cyber
*Skang semua kat Cyber
32) Ada antara senior MMU anda bekerja di MMU..
*Yezza!
33) Anda selalu skip kelas awal pagi atau lewat petang =D
*Selalu ke?
34) Anda sehabis boleh tak nak ada kelas Jumaat petang ngan Isnin pagi
*Takde masalah...sebab hometown jauh nun di Utara, nak balik pun susah
35) Anda nervous masa last week trimester break.. (result xm kuar) :-p
*Mestilah!
36) Anda pernah fikir untuk quit dari MMU..
*Btul! Asyik nak duit je..
37) Anda rasa rindu dgn life di MMU masa cuti.. :-p
*Yerp! Especially time hang out dengan kawan-kawan
38) Anda tertanya-tanya apa fungsi ID card selain dari diguna kat library :-/
*A'ah kan....hmmm
39) Anda pernah konfius whether nak stay Melaka atau pegi Cyber (utk student alpha dan diploma) ;p
*Ada la...masa nak decide nak major in what course
40) Anda rasa lagu Permata Dunia unik dari lagu-lagu universiti lain.
*That's absolutely true!










