Tuesday, May 31, 2005

:::hikmah 5 jari:::



Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Sunday, May 29, 2005

Aku Cari Damai Abadi


Aku cari bukan ilmu bertimbun-timbun
Untuk hidup bersama ilmuan
Aku cari bukan idea berjuta-juta
Untuk hidup bersama idealisme
Aku cari bukan rakan-sahabat
Untuk hidup sekadar bermain-main
Aku cari
Mana dia Doraiman
Aku cari mana dia Power Raihan
Kita bongkar rahsia kitab al-Quran
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah rasul
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah Malik
Dialah Ilahi
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

-pak lah-

Friday, May 27, 2005

:::reunion 2005:::

Posted by Hello

date:24/5/05
venue:gurney plaza,penang
time:12 noon

xde kata yg bleh menggambarkan betapa happynya bila dapat jumpa dgn kengkawan lama..this is our 2nd reunion...the 1st one was on November 04..Kali nie nyer reunion..dpt lebey sambutan..lebey sket je la compare dgn last year.Lepas gather kat main door gurney..kitorang terus isi perut kat sunrise gurney...makan pizza lagi.Lepas perut dah penuh apa lagi.."cheese time"..amek gambo la..pose xabes2..sampai ke pantai gurney tu kitorang redah..pastue gi tgk movie..Kingdom of Heaven..mahal tiket..rm9..slalunye rm5-rm8 je..student la katakan..cmne ntah bleh lupa..reunion tue ari sabtu..jadi harga ticket mmg dah fixed..dah penat jalan..layan jela cite tue..kan?Kingdom of Heaven=5 star movie...xcaye??pegila tengok..

Thursday, May 26, 2005

Jalinan persahabatan yg tulen...seumpama dgn kuku.kukuhnya x bersangsi walau hidangan apa di depan mata...kesetiaan&keluhuran x mungkin ranap hanya kerana harta kemewahan kerana kalau kita percaya...manusia semuanya sama..tidak akan ada kita bersengketa.

-Ahadiat Akashah-

~courtesy of zati-

Saturday, May 07, 2005

"Tentang Dia..." [Hasrat menyampaikan rasa kehilangan~~]


Pengarah: Rudi Soedjarno
Pelakon:Sigi Wimala,Fauzi Baadila, Adinia Wirasti
Genre: Love story

Fuh!~ habis je tengok cite nie..mmg puas ati..padat dgn mesej2. Bukan nak merendahkan filem tempatan tp inilah realiti..kalau nak dibandingkan dgn filem2 cinta buatan Malaysia yg ntah hape2..dan lebih menunjukkan perangai anak2 melayu yg tergedik2..sudahlah lemah dari segi perkembangan plot..mesej pulak xdpt disampaikan kpd penonton dgn sebaik2nya..satu2nya pengarah Malaysia yg saya kagumi..the one and only..Aziz M. Osman..garapan ceritanya sungguh memberi impak kpd penonton..lain dr yg lain..unik..sbg contoh: trauma,xxray,idola..

Papepun..saya just nak bagi pendapat jer..kalau ade yg protes..maaflah ye..{roger and out!}

Thursday, May 05, 2005

::novels::

Inilah dia antara novel2 terbaik yg pernah saye baca..bab novel mmg fanatik giler..especially karya anis ayuni+norhayati berahim+ahadiat akasyah..minat habis..
ika960

Wednesday, May 04, 2005

AL-fatihah~~

::al-fatihah::

my granma passed away on sunday(010505) at 9am..senill natural death..1st time in my life..saye dpt tgk camne procedure urusan jenazah dijalankan..camne mayat dimandi+dikafan+dikebumi. Insaf sesangat...especially bila dgr talkin dibacakan..3 hari berturut-turut kitorang buat tahlil.Mudah2han roh my granma dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman hendaknya..amin..me agak rapat dgn my granma dari kecik lagi.Used to sleep with her when i was child...kire cam cucu kesayangan arwah dgn my granpa la..i spent most of my child life with them..cuz parents saye bz working from morning till evening and sometimes till night..urfhhh!! sedey bila kenang balik all the sweet memories with my granma..anyway, saye redha dgn pemergian arwah...-al-fatihah-