Saturday, May 26, 2007

Selesai sudah....

Selesai Sudah...

Alhamdulillah, final exam Gamma 3rd Semester dah selesai dilalui dengan penuh kepayahan dan keperitan. How was it? Hmm..ntahla..dah study, dah berdoa dan sekarang hanya tinggal bertawakal sahaja. Memang satu sem yang mencabar. Dan sepanjang saya di MMU, inilah pertama kali aku dapat kejutan di mana ke lima-lima subjek adalah berformat essay semata-mata dan tiada langsung MCQ. 1 essay=10 markah....yang lebih mencabar ialah hampir ke semua subjek melibatkan ke seluruhan chapters dan TANPA TIPS! adoihhh...susahnya. Takut sangat tunggu results nih. Doakan lah mudah-mudahan semuanya lulus...haish... Harap-harap courseworks dapat membantu.

Oklah...nak bersiap-siap. Malam nih ada farewell untuk Kak Lin, Kak Ju dan Kak Marya yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di MMU. InsyaAllah, aku akan update cerita-cerita best dan gambar-gambar sepanjang farewell itu. Oh ya! Esok aku dah start cuti dan akan berada di Penang selama 3 minggu (Semester Break). Maka dengan itu, selepas cuti barulah boleh upload gambar-gambar semua kerana sebab utama ialah keinginan untuk bercuti dari sebarang aktiviti internet dan memanfaatkan segala masa yang ada untuk diluangkan bersama family dan kawan-kawan sekolah, sebab ke-2 ialah kelembapan internet di rumah dek kerana menggunakan dial-up connection.

Reunion (Cptarians-SPM Batch 2003): 9 June 2007
Place: Pantai Kerachut, Penang
Activities: Jungle Tracking, Mandi manda,
membina istana pasir, usik mengusik
dan bercerita sakan


Monday, May 14, 2007


16/5 : ReSeaRcH MeThoDoLoGy
17/5 : iSLaMiC BaNkInG aNd FiNaNcE
18/5 : rIsK mAnAgEmEnT
23/5 : bUsInEsS LaW
26/5 : iNveStMeNt

Monday, May 07, 2007

Finally.....

Hallue...

Dah lama rasanya tak blogging ni kan? Alhamdulillah...projects semua dah settle and tomorrow I'll submit the report and have an interview session with Mr Halim which will be the very final assignment for this long, stressful and tiring semester. Bulan April merupakan bulan menghabiskan duit untuk format laptop (3 kali dalam masa sebulan...can u imagine how old and problematic my laptop is?) Selain tu, aku telah berjaya merajinkan diri dengan melakukan perjalanan pergi-balik ke Penang sebanyak 2 kali dalam sebulan atas alasan bercuti dan melarikan diri dari kepenatan otak melayan assignment-assignment yang melimpah ruah semester nih.Fuh! (Apesal bila taip nih rasa malas nak letak noktah?;P)

Dalam banyak-banyak project, project yang paling memberi kepuasan adalah untuk subject Risk Management. 1st task: Sexual Harrassment, 2nd task: Journalist report- get rich quick scheme. Alhamdulillah...ke dua-duanya berjaya dihasilkan dengan jaya dan memuaskan hati penonton dan lecturer. Kerja edit-mengedit video ini telah menimbulkan minat baru bagi aku selain 'bermain conteng-conteng' menggunakan photoshop. Aku ada simpan 1 copy vcd untuk journalist report itu dan berhasrat untuk bawa pulang ke kampung dan membuat tayangan percuma kepada saudara mara dan jiran tetangga...hehehe ;P

Kenalan baru yang berjaya diperoleh sepanjang melakukan assignments dan projects untuk sem ini:-

1) Staff Ibu Pejabat Polis Melaka termasuk pak guard yg menggerunkan dan penyedia sarapan yang sedap
2) Staff Persatuan Pengguna Melaka termasuk kakak penyedia minuman
(yang suka interframe dlm video)
3) 4 orang customer Jaya Jusco termasuk seorang makcik cleaner. Dan..seorang pak guard (yang suka bermain kejar-mengejar dengan kitorang yang senang-senang hati masuk Jusco dan berlagak seperti reporter dan cameraman ;P...atau mungkin dia bosan takde sape nak layan dia main kejar-kejar?)
4) Staff Orang Kampung Corporation yang terlampau friendly
(1st time minum kacip fatimah, dan ia adalah sedap rupanya!)
5) Pakcik dan Makcik penjual kuih di depan EP
6) Abang Sharidan, pencantik video
(beliau sungguh sabar melayan kerenah kitorang yg agak fussy nih)
7) Penjual kuih-muih di Duyung...
(putu piring+keropok lekor+cendol-Kami telah membantu menghabiskan jualan mereka :D)
8) Operator Yayasan Melaka, Affin Securities dan Majlis Agama Islam Melaka
(mereka sabar menjawab panggilan dari orang yang sama berkali-kali dalam sehari)
9) Cik Suzanna, Affin Securities's Secretary
10) Abang dan Kakak yang menjual nasi lemak di depan EP
11) Pak Fadzil Catering
(Oh, saya rendu karipap yg sedap dan panas itu!)

Terima Kasih di atas jasa dan pertolongan mereka membantu menyiapkan dan memudahkan kerja-kerja kami. Banyak yang aku belajar sem ini...O.K lah...doakan aku berjaya dalam final exams yang akan bermula 16/5 ini. Kemudian, cuti semester selama sebulan!!! bye bye gamma year...~ Next semester will be the 1st semester of my final year in MMU...semangat!!