Saturday, October 15, 2005

.::Fesyen wanita Islam::.

Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam

Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.

Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.

Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.

Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.

Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.

Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.

Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.


-courtesy of http://kasihkekasih.blogspot.com-

Friday, October 14, 2005

Salah siapa?

hmm..bersua kembali.Bosan pulak bila cuti ni..the same rutine goes day by day,kemas umah,tgk tv,online..*sigh*.Tengah2 bosan ni otak mulalah berfikir..Bulan Ramadhan ni,patutnya bleh buat benda baik dgn senang,sebab syaitan dan iblis semua dah kena tambat..tinggal nafsu je.Tapi betullah menurut kata Datuk dr Fadzilah Kamsah.."pengaruh syaitan yg selama 11 bulan tetap ada walaupun suku sakat iblis tu dah kena tambat".Lagi satu..nak buat apa-apa sket,mesti nak bertangguh..at last,tak buat pun..itulah lumrah manusia.Nie dah melaut dah pegi jauh menyimpang dari topik asal.Mudah-mudahan kita berjaya mengelakkan diri jadi terus menjadi hamba syaitan dan nafsu.Syaitan itu ada..makhluk Allah tapi kehadirannya hanya utk menyesatkan..sama2 kita sedar dan fikirkan.Esok belum tentu ada,andai 5 minit selepas ni malaikat sakaratulmaut datang menjemput kita kembali kepada Pencipta..sudah bersediakah kita?Segala yang tertangguh sudah disettlekan ke belum?Abg Azmir(Usrah) pernah bagi tazkirah pasal masa.What's the most effective way to manage time and to avoid delaying something that's need to be done.Raihan pun ada berbicara pasal masa..dalam lagu 'demi masa'..yang menekankan tentang 5 perkara..renungkan...

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


*Sihat sebelum sakit(waktu sihat..ingat ke kita pada Tuhan?)
*kaya sebelum miskin(Musuh manusia adalah hartanya..time kaya raya,ingat katTuhan?)
*lapang sebelum sempit(Awal2 dapat task,relax je..byk masa lagi tapi bila dah sampai due date baru nak kelam kabut)
*muda sebelum tua(Muda lagi..banyak masa,enjoy dulu..esok2 dah tua baru la taubat~confident je bleh hidup sampai tua)
*hidup sebelum mati(masa hidup sia-sia je..bila mati esok,tanggunglah sorang2..hadiah berupa azab yg begitu lumayan)

-wallahualam-Sesungguhnya yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang buruk itu segalanya dari saya.Coretan ini hanya sekadar penulisan,mengisi masa terluang di samping menyampaikan peringatan kepada teman-teman.wassalam~

Saturday, October 01, 2005

Ramadhan 2005



Salamz..3 hari lagi Ramadhan akan menjelma.Syukurlah masih diberi kesempatan olehNya untuk memperoleh rahmat Ramadhan buat tahun yang ke-18.Alhamdulillah...apa kata,Ramadhan ni kita sama-sama berusaha untuk khatam Al-Quran,bukannya susah pun..just spend 1/2-an hour per day untuk baca.Kalau sehari baca 4 1/2 mukasurat insyaAllah menjelang Syawal, dah boleh abes 1 Quran.Tak susah kan?cuma antara nak atau tidak je.Tahun nie puasa agak best compared dgn tahun lepas..sebabnya tahun ni dapatla puasa sebulan dengan family..last year sempat 3 hari je.Selebihnya puasa dekat c-04-16 ni..tapi sedih gak sebab dah tak berkesempatan buka puasa ramai-ramai.Tak dapatla makan putu piring favourite kak farah, tak dapatla nak pegi pasar Ramadhan sesamer..tak dapatla pegi terawikh dgn kak ju and najwa(najwa!! rindu bangat sama kamu!!*najwa skang belajar kat Perth..)Sabtu ni..8/10 berangkatlah saye pulang ke Penang..insyaAllah sepanjang cuti ni..saye akan lebih kerap mengupdatekan blog disebabkan blog saye ni dah ade regular viewer.Saye bercadang nak letak radio blog dan download link kat sini..tapi tengoklah keadaan camne nanti.InsyaAllah semuanya masih dalam perancangan..kalau ada rezeki..adala ye.sehingga berjumpa lagi di lain posting..wassalam~