Wednesday, January 03, 2007

special dedication : C-04-16




The Ladies:-

1) Maslinda Abdul Halim
The eldest, the most caring and sensitive with other people's feelings.
Sometimes, too 'berhati-hati' in giving out her opinion on any matters.
Generous; Hungry? Kindly come to her, she's the biggest food supplier in house.
(menu: Maggie Mee, Muffins, Gardenia, Peanuts)

2) Juliana Nordin
2nd Maya Karin. Yerp, she's beautiful BUT beware!!
'Soft outside, Hard inside'. In other word, nice to see, once broken; considered sold! Hehehe ;P (Additional point: A good listener and a good advisor)

3) Marya Mustafa
'Yang Paling Ringan'. She's the thinnest among all. Quite? Nah...ur 1st impression is totally wrong! She's a good story-teller. Once she open her mouth and tell the stories, you might want to stay and hear it till the end.

4) Nurul Huda Nadiah Mohd Khair
A person who I'll refer when it comes to Korean artist. She's pro in Korean+Japanese+Chinese celebrities. If you are unable to find her in the room, kindly proceed to the hall. She'll be there, watching TV. A home-type person. My 'peneman setia' when it comes to weekend.
(Additional point: Alive-TV Guideline ;P)

5) Farah Nuraina Ahmad
The loudest and the reason of 'kecoh' in C-04-16. Without her, the house will be boring. A happy-go-lucky type. Hardly to see her because travelling is one of her hobbies. Today, she's in Kedah..the next day she'll be in KL...JB..Singapore. She's fun to be with =) and...pandai mengurut. Actually, lebih kpd menggeletek sambil mengurut..hehehe

6) Mastura Salleh
Cute, caring, loving and soft spoken. Owns a very nice heart and a beautiful smile. She's in cyber now and I miss her 'cucur tepung' and teh o panas.

7) Nurhidayati Ahmad Shahibuddin
Her philosophy: "Sleep during the daytime and work at night till dawn". A GSC's regular customer. Jalan-jalan cari makan is her hobby. Introducer of restaurants and places in Melaka.
(Favourite place: MP,CD, JPJ, Tomyam, Nasi Ayam Special, Dawood, Amsterdam)

8) Eliyuhanith Ahmad
The smallest. Teman berangan fasal masa depan. Teman merepek dan huru hara.
(Hobi: Makan+Tdo+usik manusiakiut bernama ika. Promoter maggie vege+cili padi.) Recently, she becomes the owner of agar-agar enterprise. 3pcs sold for RM1...congratulations!

9) Nurfaezah Azmi
A good friend and a joker. IT pro...if you have any prob regarding pc,laptop..kindly refer to her. Movie freak..vcd's collector.Bosan? ha...cari la dia,oke~

10) Nurizzati Abd Malik
Miss beautiful hair. Her nickname is 'poyos'. But be careful when having a ride with her.
(Ambition: Formula 1 champion)

* Thanks for all the good deeds done to me. I'll always appreciate that. Thanks for all the support and motivation when I was down. Love you all so much sis..may the sista-ship we have remains forever..insyaAllah~ *

Tuesday, January 02, 2007

5 Sebab menjadikan ber'couple' HARAM!


Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA


Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA


Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

sumber: www.muslimdiary.com

Be Fully in Love- But- Be in Love with Righteousness