Tuesday, April 29, 2008

flashback....


Jam sekarang dah dekat kul 1 am. Takleh tidur...nak study 'mood' belum ada so, saya pilih untuk mencoretkan sesuatu di sini. Tetiba je terkenang balik zaman kanak-kanak dulu...tak banyak tanggungjawab kecuali main, main dan main pastu makan cokelat pastu tidur..bangun..main lagi. Ingat lagi ketika bermanja-manja dgn tok wan dan arwah tok. Naik motor antik tok wan ke tadika...tumpang basikal tua arwah tok ke sana ke mari. Basikal tu tak ada tempat duduk di belakang so, arwah tok letakkan sejenis raga buat dijadikan 'seat' untuk saya.

Terkenang saat-saat mengikuti kelas muzik di tadika. Terujanya hati bila mana saya dapat bermain macam-macam alat instruments dengan kawan-kawan contohnya cam alat yang berbentuk katak tu, bila letak atas tapak tangan dan diketuk akan mengeluarkan bunyi, satu lagi ialah besi yang berbentuk triangle. Tak dapat recall la nama instruments tu... Lagu favourites time tu ialah 'ba ba black sheep', 'mary had a little lamb' ,'telefon berbunyi', 'tip tip hujan dah turun', dan 'twinkle twinkle little star'.

Aktiviti di sebelah petang hari memang busy. Ada je agenda. Hari nih main senapang (dibuat dari kayu dan buah getah dijadikan peluru), esok main motorboat (duduk atas pelepah kelapa dan ada 'driver' yang tolong tarikkan), lusa main pondok-pondok....kemudian main masak-masak. Rindunya saat itu bersama sepupu-sepupu dan kawan-kawan yang entah ke mana hilangnya.


Masih terbayang di ingatan sewaktu berkelah kat kebun tok wan. Bestnya...mandi kolam, petik buah-buahan dan makan puas-puas. Sekarang nih, kebun tu dah tak macam dulu, sebab sebahagian besarnya dah di jadikan empangan Teluk Bahang. Kalau nak ke sana pun kena naik bot. Tak boleh rentas rimba lagi.

Lepas Maghrib, pi ngaji Muqaddam kat umah Tok Penghulu...time nih mengajar erti kesabaran sebab lamanye nak tunggu giliran lepas sorang, sorang lagi. Usai je ngaji, cepat-cepat join budak-budak lain main 'aci lut'. Sampai la satu hari tu ustazah cakap kalau main 'aci lut' malam-malam nanti nenek kebayan bawa sembunyi. Terus kitorang takut nak main, tapi takut main bukan bermakna kitorang terus balik umah lepas ngaji tapi kitorang main 'pepsi-cola' dan 'police entry want to jaga'.

Kadang-kadang, bila kita kenang kembali zaman dulu-dulu, buatkan kita tersenyum penuh bermakna...terdetik juga di hati, andai masa dapat diputar kembali ke saat itu alangkah indahnya... kan?

NOTE: Menjelang 1 May nih, genaplah 3 tahun arwah tok meninggalkan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah~

Saturday, April 26, 2008

judul filem: ayat-ayat cinta


Sebuah filem yang di adaptasikan dari novel karya Habibulrahman El Shirazy. Padat dengan pengisian rohaniah dan bukan hanya cerita cinta stereotype yang biasa kita tonton. Penceritaan yang begitu tersusun dan skrip yang menarik mungkin merupakan tarikan utama filem ini disamping menampilkan hero yang agak ganteng juga orangnya. =) Jika anda meminati filem cinta, maka filem inilah yang seharusnya anda tonton.


Berikut merupakan antara dialog-dialog yang masih segar dan melekat di minda saya:-
  • "We don't recognize dating in Islam"
  • "Jika Allah mengkehendaki, siapa pun bisa menjadi jodoh kamu"
  • "Kita boleh membenci perbuatan buruk seseorang, tapi harus tetap adil"
  • "Kalau tiada Sungai Nil, pasti tiada Mesir, tiada peradaban. Yang ada hanya gunung pasir. Aku rasa Sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit.
  • "Jodoh bukan dari langit, tetapi dari hati....dekat sekali"
Banyak lagi scenes dan dialog-dialog menarik dalam filem nih yang berjaya menyentuh jiwa sentimental dan merembeskan air mata nih...Saya dengan ini menyeru anda semua yang membaca posting nih, untuk menonton filem hebat dan penuh suspens ini... Cam trademark Sarimah Ibrahim, " buat suspens je..." hehehe =)

Sunday, April 20, 2008

orang baru...


Tanggal 9 Mac yang lalu, merupakan hari bersejarah buat keluarga saya. Kami menyambut 'orang baru' dalam family kami. Abang saya, Zulkhairi telah selamat di ijabkabulkan bersama pasangannya Sharina di Banting, Selangor. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar begitu juga kenduri di sebelah keluarga saya di Penang. 14 Mac, kami mengadakan kenduri doa selamat untuk kedua mempelai dengan hidangan lauk ala kampung seperti gulai ikan kering, ulam-ulaman dan sambal udang.

Keesokan harinya merupakan hari kenduri. Meriah sungguh dengan tetamu yang tak putus-putus datang. Kemeriahan dan keriuhan lagi terasa bila kenduri ini dijalankan secara gotong-royong dan bukannya dengan upah catering. Biarpun penat, saya yakin semua orang berseronok dengan selingan lagu-lagu yang menarik diputarkan oleh DJ dan juga sesi karaoke.


Buat abang dan kak sha, semoga kalian berbahagia ke akhir hayat =) Aamin...