Just to share Petronas 2011 Raya & Merdeka ads.. such a meaningful words by the narrator. Will make us think whether we have appreciate the tools given to us, whether we have used them all wisely towards our own self, people around us- the community, and the most essential thing is towards the Creator as well.. =)
These are my hands
Every scar, every line
Is a reflection of my strength within
My hands are windows to the world
Always ready to receive love, give love
Reach out, seek forgiveness
My hands are my tools
They give hope, start the imagination
And they will turn my dreams into reality
These are my hands, my hands are who i am
The values i hold dear are right here...
//a.simple.minded.muslim.lady\\
"You are the best of peoples ever raised up for mankind. You enjoin good and forbid evil and you believe in Allah."
Tuesday, August 23, 2011
Sunday, August 07, 2011
Mixed feelings= "7 hari mencintaiku"
Satu lagi buah tangan dari Siti Rosmizah, dan sekali lagi ia tidak menghampakan saya. Novelis ini sangat bijak bermain dengan emosi pembaca. Novel setebal 1048 muka surat ini sarat dengan pelbagai emosi, sekejap anda tersenyum, sekejap anda ketawa, kemudian anda menangis..kembali senyum diikuti dengan ketawa, menangis lagi. Aduhai..anda berjiwa kental? tak main la nak feeling2 menangis baca novel nih? ok, 1 cabaran...sila baca dulu, baru tahu anda cukup kental ke tidak..? hehehe.. 5 star rating untuk karya yang digarap sebegitu indah, dengan pemilihan perkataan yang tip top, jalan cerita, sub plots, conflicts yang disusun rapi. Memang terbaik lah! Terasa berbaloi membayar RM32.90 untuk sesuatu yang sangat berkualiti =)
Sinopsis:-
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Sebelum ini, saya pernah baca sebuah lagi hasil nukilan Siti Rosmizah, "Cinta Kau dan Aku" dan pernah membuat 1 entry khas untuk review kepuasan membacanya. Sila klik sini. Kepada peminat novel yang belum mendapatkan novel terbaru ini, sila dapatkannya segera oke..
p/s: harap-harap 7 Hari Mencintaiku akan didrama/difilemkan. Confirm, meletup rating.. =)

Subscribe to:
Posts (Atom)