Tuesday, June 27, 2006

Sujud dan kebaikannya untuk otak

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) di Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika bersembahyang.

"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam
kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf tertentu di otak manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, hari ini.

Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang
dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuk darah.

"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya.

Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut. "Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.

"Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.

Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka mudah hilang pertimbangan untuk membuat keputusan secara normal.

"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah. Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara lebih normal." tambahnya.

Actually artikel ni dah lama..tapi sekadar nak refresh our mind tentang kebesaran Allah swt

Monday, June 26, 2006

Maut semakin dekat...

Bila tentera Allah telah tiba
Semuanya berlari dan terus berlari
Cuba menyelamatkan diri sepenuh hati
Hingga lucut dan hilang harga diri
Penuh ketakutan dan kegelisahan
Kerana maut semakin menghampiri

Tanpa belas-kasih tanpa simpati
Merobek seluruh tubuh yang sudah lama berkarat
Bergelumang dengan dosa-dosa yang tak terhitung lagi
Merana dan meratap pilu
Hina dan merempat dalam warna kehitaman
Semuanya sudah terlambat
Alangkah ruginya diri

Maut semakin mendekati
Nak lari kemana lagi?
Cubalah.....
Pasti kecundang
Menangis lara penuh kekesalan
Alahai..ruginya,kenapa dulu tak nak berubah ?
Memperhambakan diri pada Allah yang esa
Menjalankan satu amanah
Berlandaskan Al Quran dan Sunnah
Menjulang panji kebenaran Islam
Sepenuh jiwa raga

Nak lari?
Larilah sepuas hati sekuat tenaga
Bisakah ?
Atau diri sudah uzur dan semakin tenat
Penuh lara terdampar dalam sejuta kekesalan
Yang sudah tak berguna lagi

Cuba pandang pada diri
Sudah kah kita bersiap sedia ?
Menghadapi sakitnya maut
Tak kira masa tak kira waktu
Pasti akan tiba
Semuanya akan pergi
Tinggal segalanya

Diri..
Cubalah sedar dari segala lamunan
Memperbaiki segala kesilapan
Memperbanyakan segala amalan
Penuhkan iman dan ketakwaan
Penuhkan kasih dan keikhlasan
Sepenuh kekuatan
Sebelum ajal tiba
Pada bila-bila masa dari sekarang...

Thursday, June 22, 2006

Perdana Global Peace Forum


22 June 2006 (Thursday): PUBLIC FORUM
VENUE: TUN DR ISMAIL HALL, PUTRA WORLD TRADE CENTRE,
41,JLN TUN ISMAIL, KUALA LUMPUR
'The Middle East Agenda: Oil, Dollar Hegemony and Islam'
(The Coming Nuclear Wars).



Setelah berfikir berkali-kali dan mencapai kata sepakat untuk sama-sama ponteng kelas hari Khamis, akhirnya sampailah kitorang( saya,farrah dan suzanna) ke PWTC.At first, tak nak pi tapi disebabkan 3 markah untuk midterm..pegi je la.Bertolak ke KL kul 8 pagi, sampai stesen LRT Ampang dalam kul 10 lebih. Tinggal kereta kat Ampang dan ambil LRT ke PWTC sebab takut jam. Lagipun Farrah tak sure jalan ke PWTC.Sampai PWTC dlm kul 11am.Jenuh cari tempat untuk registration.Dahla banyak event berlangsung on the same day. Hall pula bukan main banyak.Hampir sesat dibuatnya.Lepas register dan dah dapat *prove yang kitorang ada kat PWTC maka, masuklah kami ke dalam hall di mana berlangsungnya Global Peace Forum ni.Actually forum ni start kul 8am and ended at 4pm. Disebabkan forum ni amat bosan dan kitorang pun sangat letih dan ngantuk, kul 1pm dah chao.


Sebelum balik, sempatlah kami beramah mesra dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali. Tercari-cari gak di mana Tun dr Mahathir tapi tak ketemuan. Maybe beliau sangat lapar dan terus ke dewan makan.=) kebetulan Tun Dr Siti Hasmah ialah causelor MMU jadi sempat juga kami berbual-bual.Ade la dalam 10 minit.
After taking LRT and went back to Ampang,we headed to Ampang Point to have our lunch at a restaurant called "My mom's Chicken Rice Shop" owned by the popular radio DJ at Era Fm-Linda Onn. We spotted a cosy spot facing the stairs and ordered the same menu, "My mom's selection" and fruit juices.(apple for farrah and sue, and orange for me). Memang kenyang habis.The price is also reasonable Rm9.90 includes drink.Kira O.K lah..ayam pun banyak. Lepas makan, kami gerak ke rumah Farrah. Lepas solat Zuhur,borak-borak kejap then tidur sampai kul 6.Bangun solat Asar, turun bawah dan tonton sinetron Ku Tlah Jatuh Cinta.Family Farrah memang best dan sporting especially her mom.Lepas tengok cite tu, kami pun bertolak pulang ke Melaka.Memang bestlah hari ni, walaupun letih. Dalam kereta, banyak benda-benda gila yang kitorang borakkan.Sesambil tolong ingatkan cik Farrah dengan had laju. Pantang lupa sikit dia bawak sampai 130km/j..bila tegur, kurang balik..alhamdulillah,kami selamat sampai ke Melaka dalam kul 9 malam...



*Inilah prove yang kitorang dah sampai PWTC*

Monday, June 19, 2006

gamma 1st sem, PWTC,C-04-16

New semester started but I'm still in holiday mood...hehe.Subjects registered for this sem:-

1) Applied Business Statistics
2) Financial Management 2
3) Financial Markets and Institutions
4) Bank Management
5) Macroeconomics
6) Organisational Behavior
7) Introduction to Cyberpreneurship

Semester baru dimulakan dengan kelas Bank Management. Satu kejutan bila Madam Azmin minta kitorang buat assignment then present in a week time.Belum apa-apa lagi dah ada assignment..we are required to seat in a bank for an hour and observe whether the bank have Islamic windows,then kena ambil license number,BLR(Base Landing Rate) and all the info about the bank that we choose.AND also the bank's layout.Lastly, comment on the bank's performance.Itu baru assignment..satu lagi kejutan bila Madam Azmin offer 3 marks for those who attend the Perdana Global Peace Forum. Ingatkan forum tue kat Exam Hall je, rupa-rupanya kat PWTC.*sigh* How can I attend?Dahler on Thursday..ade kelas lain.3 markah tu bukannya sikit.~

Pasal C-04-16, sunyi sangat-sangat rumah ni.Dah tinggal 5 orang..me, Kak Nadia, Kak Ju, Kak Farah and Zeti. Kak Linda dengan Kak Marya tengah praktikal. Kak Nor,Kak Ira and Eli dah grad. Faezah shifted to Taman Melawis and Nana ke Cyberjaya. Bosan, sunyi dan sangat-sangat rindukan suasana bila rumah ni riuh dengan gelak tawa dan usik mengusik. Dah 2 tahun tinggal bersama, dah cukup untuk menjadi bukti keakraban kami. Bila salah sorang ada masalah, semua ada untuk membantu.Kami dah macam adik beradik tak seiras ;P I really miss the good old days.Anyhow, apa yang boleh dibuat ialah istiqamah.Semoga kami diberi kesempatan olehNya untuk bertemu semula nanti.Aamin..

Isu hangat: Nikah misyar...

WACANA Nikah Misyar anjuran Wanita Dan Jawatankuasa Ulama Jemaah Islah Malaysia (JIM) baru-baru ini cuba menjelaskan polemik mengenai nikah misyar yang secara tiba-tiba menjadi isu nasional.

Menurut definisi, nikah misyar menepati syarat-syarat serta hukum nikah. Cuma bezanya isteri dengan rela hati melepaskan hak menuntut nafkah zahir (saraan diri dan tempat tinggal) daripada lelaki yang dikahwininya. Pentakrifan kedua mengenai nikah ini ialah isteri melepaskan hak gilirannya untuk bersama suami dalam perkahwinan yang melibatkan poligami. Penggunaan istilah misyar amat popular di kalangan masyarakat Arab untuk membezakan nikah bersyarat (tidak menuntut nafkah zahir dan tempat tinggal) dengan perkahwinan biasa tanpa syarat di atas

Merenung kembali perkahwinan misyar bagi masyarakat Arab, pernikahan ini mendapat jolokan travellers marriage kerana pasangan suami isteri tidak tinggal serumah dan suami tidak bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan. Misyar dipercayai berlaku di kalangan masyarakat Islam berfahaman Sunni di Mesir pada awal 1825. Ia telah difatwakan dalam undang-undang secara rasmi di Mesir oleh Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada 1999.

Dipercayai ia menjadi amalan lelaki kaya dari Kuwait Dan Arab Saudi yang berkahwin secara misyar semasa dalam percutian. Ini menghalalkan mereka mengadakan hubungan seks. Mereka mengembara ke negara-negara miskin seperti Mesir atau Syria dan berjumpa dengan orang tengah yang boleh mengatur perkahwinan mereka dan sesetengahnya melalui online.Lelaki Mesir yang bekerja di Negara-negara Teluk juga gemar berkahwin misyar daripada hidup sendirian.

Menurut Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zulfakar Ramlee, terdapat tiga pandangan ulama berhubung nikah misyar iaitu harus, harus tetapi tidak digalakkan dan haram. Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi menyarankan agar syarat-syarat yang termaktub dalam nikah misyar tidak ditulis dalam akad supaya ia menjadi persetujuan lisan antara pasangan atau 'menang-menang' dan bukannya dipaksa.

Pandangan ulama yang menyatakan nikah misyar haram kerana ia merupakan satu bentuk penghinaan terhadap kaum wanita dan mengambil kesempatan di atas situasi yang dialami oleh wanita. Malah syarat yang diletakkan adalah tidak sah dan membatalkan nikah kerana syarat tersebut bertentangan dengan objektif syarak dalam perkahwinan.

"Untuk meluluskan pernikahan misyar di negara ini, beberapa perkara perlu diberikan perhatian terutama membabitkan undang-undang keluarga Islam. Misalnya, dalam undang-undang terdapat definisi jelas berkaitan dengan misyar dan seksyen lain yang melibatkan tanggungjawab nafkah kepada anak-anak," kata Zulfakar.

Sementara itu, perunding syarie JIM, Prof. Madya Alias Osman berkata, perkahwinan misyar akan memberikan kesan dari segi hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami, suami terhadap isteri dan masa depan anak-anak. Saranan yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi berkenaan syarat misyar adalah bertujuan untuk melindungi kaum wanita. Sekiranya setiap syarat tertulis semasa akad nikah, ia akan menjadi lebih rigid dan wanita akan kehilangan hak-hak mereka.

Tegas beliau, walaupun isteri rela untuk tidak diberikan nafkah, mereka tetap berhak mendapat nafkah batin, kebahagiaan rumah tangga, didikan agama, perlindungan, penghormatan, tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan hak sebagai isteri jika dimadukan. Begitu juga anak-anak berhak mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada bapa mereka. Kerelaan isteri melepaskan hak pemberian nafkah tidak menggugurkan hak-hak suami dari segi kebenaran poligami, harta sepencarian dan pusaka jika isterinya meninggal dunia. Bagaimanapun, suami menanggung sendiri hidupnya dan bukan daripada harta isteri kerana ia bukan kewajipan bagi isteri.

"Sekiranya isteri kehilangan punca pendapatan dan tidak mampu menyara hidupnya, isteri berhak menuntut nafkah berdasarkan qiyas aulawi. Namun, Kita tidak boleh menolak bahawa lebih banyak unsur negatif daripada positif dalam perkahwinan secara misyar. Yang paling dibimbangi ialah lelaki menggunakan helah berkahwin misyar untuk lari daripada tanggungjawab dan wanita dijadikan alat pemuas nafsu. Malah ia juga dibimbangi akan menjadi trend di kalangan belia termasuk pelajar menengah dan institusi pengajian tinggi," kata beliau mengenai kesan negatif yang bakal berlaku jika misyar disalahertikan pihak tertentu.

Beliau memberikan satu senario yang berlaku pada hari ini iaitu kepincangan institusi kekeluargaan yang membawa kepada penceraian dan akhirnya anak-anak terbiar tanpa bimbingan emosi dan mental. Ini akan menjejaskan generasi muda yang berketrampilan dan berperibadi unggul kerana mereka tidak mendapat kasih sayang keluarga.

Comment saya: Untuk short term atau mengikut keadaan semasa nikah misyar ni boleh dikatakan hanya utk avoid berlakunya zina dan dari segi tu memang kita nampak nak membela perempuan daripada menjadi pemuas nafsu..tapi untuk long term, advantage tentunya lebih kepada pihak lelaki sebab tak payah bagi nafkah zahir.