Monday, June 26, 2006

Maut semakin dekat...

Bila tentera Allah telah tiba
Semuanya berlari dan terus berlari
Cuba menyelamatkan diri sepenuh hati
Hingga lucut dan hilang harga diri
Penuh ketakutan dan kegelisahan
Kerana maut semakin menghampiri

Tanpa belas-kasih tanpa simpati
Merobek seluruh tubuh yang sudah lama berkarat
Bergelumang dengan dosa-dosa yang tak terhitung lagi
Merana dan meratap pilu
Hina dan merempat dalam warna kehitaman
Semuanya sudah terlambat
Alangkah ruginya diri

Maut semakin mendekati
Nak lari kemana lagi?
Cubalah.....
Pasti kecundang
Menangis lara penuh kekesalan
Alahai..ruginya,kenapa dulu tak nak berubah ?
Memperhambakan diri pada Allah yang esa
Menjalankan satu amanah
Berlandaskan Al Quran dan Sunnah
Menjulang panji kebenaran Islam
Sepenuh jiwa raga

Nak lari?
Larilah sepuas hati sekuat tenaga
Bisakah ?
Atau diri sudah uzur dan semakin tenat
Penuh lara terdampar dalam sejuta kekesalan
Yang sudah tak berguna lagi

Cuba pandang pada diri
Sudah kah kita bersiap sedia ?
Menghadapi sakitnya maut
Tak kira masa tak kira waktu
Pasti akan tiba
Semuanya akan pergi
Tinggal segalanya

Diri..
Cubalah sedar dari segala lamunan
Memperbaiki segala kesilapan
Memperbanyakan segala amalan
Penuhkan iman dan ketakwaan
Penuhkan kasih dan keikhlasan
Sepenuh kekuatan
Sebelum ajal tiba
Pada bila-bila masa dari sekarang...

No comments: