Monday, October 09, 2006

Lelaki yang bagaimana?

Lelaki yg ku KASIHI...
Adalah pecinta Tuhannya,
Yang mengalir cinta,takut dah harap,
Yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa,
sehingga Dia memanggilnya...

Lelaki yg ku RINDUI...
Adalah lelaki yg di wajahnya terpancar sinar nur Illahi,
Lidahnya basah dengan zikrullah,
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah...

Lelaki yg ku CINTAI...
Yang menutup pandangannya dari melihat benda-benda yang menghairahkan, Kehormatan diri menjadi mahal nilainya,
Biarpun nama tidak terkenal di bumi,
Tetapi di langit ia di sanjung tinggi...

Lelaki yg ku SAYANGI...
Bersyukur dengan apa yg ada yang menerima diriku seadanya,
Yang bersabar dengan apa yg tiada,
Cinta kepada hidup yg sederhana yg tidak bermata dunia...

Lelaki yg ku SUKAI...
Adalah sejuk mata memandang,
Dek terlihat keluhuran akhlaknya,
Menjadi sumber ketenangan jiwa,
Bila hati bergelora...

Lelaki yg ku IDAMI...
Adalah yg mengingatkan hatiku kepada,
Ar-Rahman dan Ar- Rahim,
Bila rohku melupai janji kepada Ilahi,
Yang membimbingku ke jalan yg diredhai Ilahi,
Yang mendidikku apa yg tidak ku ketahui...

Lelaki yg ku SANJUNGI...
Menjadi dian pada dirinya serta diriku,
Menjadi pelita kepada putera-puteriku,
Untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari,
Semoga lelaki yg selalu berada dalam doaku,
Adalah...bakal..suamiku...
Amiin Ya Rabbal A'lamin...


p/s: Hati ini tidak mudah terusik hanya dengan wajah yang tampan dan harta kekayaan...kerana yang kucari adalah lelaki yang bercirikan perkara di atas..memanglah jangan asyik mencari kesempurnaan pada orang kerana tiada manusia yang sempurna..tetapi cukuplah dikatakan kesempurnaan yang aku cari adalah keimanan yang teguh pada Illahi..kecintaannya yang utuh pada Allah..kerana persamaan kami adalah pada satu titik..iaitu titik pertemuan yang menyatukan kecintaan kami padaNya...=)

Ya Allah, jika ditakdirkan aku telah bertemu dengan insan yang telah Kau jodohkan untukku..peliharalah cinta kami supaya tidak melebihi cinta kami kepadaMu..kerana keberkatan dariMu adalah kepentingan yang terutama dalam setiap yang aku kerjakan.. aamin

No comments: