Saturday, May 26, 2007

Selesai sudah....

Selesai Sudah...

Alhamdulillah, final exam Gamma 3rd Semester dah selesai dilalui dengan penuh kepayahan dan keperitan. How was it? Hmm..ntahla..dah study, dah berdoa dan sekarang hanya tinggal bertawakal sahaja. Memang satu sem yang mencabar. Dan sepanjang saya di MMU, inilah pertama kali aku dapat kejutan di mana ke lima-lima subjek adalah berformat essay semata-mata dan tiada langsung MCQ. 1 essay=10 markah....yang lebih mencabar ialah hampir ke semua subjek melibatkan ke seluruhan chapters dan TANPA TIPS! adoihhh...susahnya. Takut sangat tunggu results nih. Doakan lah mudah-mudahan semuanya lulus...haish... Harap-harap courseworks dapat membantu.

Oklah...nak bersiap-siap. Malam nih ada farewell untuk Kak Lin, Kak Ju dan Kak Marya yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di MMU. InsyaAllah, aku akan update cerita-cerita best dan gambar-gambar sepanjang farewell itu. Oh ya! Esok aku dah start cuti dan akan berada di Penang selama 3 minggu (Semester Break). Maka dengan itu, selepas cuti barulah boleh upload gambar-gambar semua kerana sebab utama ialah keinginan untuk bercuti dari sebarang aktiviti internet dan memanfaatkan segala masa yang ada untuk diluangkan bersama family dan kawan-kawan sekolah, sebab ke-2 ialah kelembapan internet di rumah dek kerana menggunakan dial-up connection.

Reunion (Cptarians-SPM Batch 2003): 9 June 2007
Place: Pantai Kerachut, Penang
Activities: Jungle Tracking, Mandi manda,
membina istana pasir, usik mengusik
dan bercerita sakan


No comments: