Tuesday, May 13, 2008


6 May yang lalu, saya dan kawan-kawan suzen, fafa, shawal dan ijad menikmati dinner yang ala-ala semi-farewell kami di Umbai. Bestnye makan....sedap.....Sudah lama saya tak ke Umbai dan kali nih kira cam lepas rindu dendam la =D


( sengaja saya upload gambar ini sebagai strategy
untuk mempromosi blog ini kepada mereka berdua) =D

Kami ke Umbai Lama dan kedai pilihan ialah Kedai 'Parameswara'. Selera memang besar sebab kitorang ni memang kuat makan pun. Maka pelbagai jenis lauk pauk di order seperti ikan pari masak sambal, ikan siakap bakar dan masak 3 rasa, udang masak pedas, sotong goreng tepung dan kupang bercili. Dengan keenakkan dan kesegaran jus orennya betul-betul membangkitkan selera kami malam itu. Ownernya sangat friendly dengan imej yang ala-ala koboi menjadi tarikan pengunjung. Trademark 'just nice' nya yang hanya shawal je yang pandai imitate ;P akan kami ingat sampai bila-bila.

(motif upload: mereka pun ingin dipromosikan
tapi saya tak kisah...sebab saya syg mereka berdua)

Kedai nih memang murah dan berbaloi dengan keenakkan masakannya. Wahhh, promote abes nih!...kalau anda ke Umbai, pastikan 'Parameswara' menjadi pilihan anda ye.. da.....
Topik saya hari ini mudah di sebut tetapi payah di definisikan kerana ia begitu subjektif. 'Cinta'!
Kenapa saya ingin mengutarakan isu ini? Kerana hari ini saya telah dikhabarkan tentang cakap-cakap panas mengenai kisah lagu 'cinta tiga segi' yang dinyanyikan oleh seorang banduan sehari sebelum arwah dihukum gantung dek kerana membunuh girlfriend dan ex-boyfriend girlfriendnya dengan motif : sakit hati kerana cintanya di tolak menjelang seminggu sebelum pernikahan mereka dan si jejaka ini tidak dapat menerima hakikat untuk melepaskan kekasihnya ke tangan lelaki lain. Saya tidak pasti tetapi tidak juga menafikan cerita ini benar atau tidak, pokoknya jika ini cerita benar dan dikatakan berkaitan seperti kes pembunuhan graduan UKM, Norzi Ayu maka situasi percintaan di zaman sekarang agak ekstrem dan menakutkan. Oleh itu, benar atau tidak cerita ini wajar dijadikan iktibar dan dinilai bersama.

Saya tidak pandai berbicara soal cinta kerana saya belum pernah benar-benar merasakan cinta. Tetapi, saya insaf dengan perkhabaran ini kerana bahayanya cinta sehingga menyebabkan seorang insan hilang pertimbangan akal dan mengetepikan iman dan agamanya kerana menurut amarah hati yang didorong syaitan laknatullah semata. Mudah untuk saya mengatakan kerana saya tidak pernah merasainya tetapi, bukankah jodoh itu sudah ditetapkan Allah? Sekiranya terjadi perpisahan, mungkin ada hikmahnya.

Cinta kepada manusia, harta benda tak akan berkekalan kecuali cinta kepadaNya. Maka, perlu apa cinta yang terlampau ekstrem sehingga sanggup membunuh? Bukan mengkritik tindakan arwah dan menampakkan ke tidak matangan fikirannya tetapi saya menulis di sini untuk sama-sama kita jadikan pedoman supaya kita tidak membenarkan nafsu dan amarah menguasai diri dan sehingga menyebabkan kita hilang pertimbangan. Blog ini kepunyaan saya dan saya punyai kebebasan untuk mencoretkan apa yang membelengu pemikiran saya. Maaf, jika ia menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Saya akhiri penulisan saya disini...wassalam~

note: Mari sedekahkan Al-Fatihah buat ketiga-tiga mereka...