Salam...
Dah berbulan rasanya saya menyembunyikan diri, pergi 'bertapa' kononnya...mencari masa yang sesuai dan mood yang molek untuk meneruskan minat yg mendalam dalam bidang blogging nih.
Banyak yang nak di-update tapi rasanya dah tak fresh lagi. Makanya, saya putuskan untuk summarise-kan kesemuanya sekaligus.
November 2008
To be post in the next entry...panjang cerita...=)
Disember 2008
'Bulan sakit'. 2 minggu pertama bulan Disember, saya asyik sakit je. Varial fever kata doktor, demam on and off sejak seminggu mendorong saya untuk ke Hospital Ampang Puteri. 1st time buat blood test. Mula-mula doktor suspect denggi, alhamdulillah hanya virus biasa. Entah ubat apa la yang doktor tu bagi. Asal makan je, mesti keluar balik semua makanan. Dekat 5 hari berlarutan sampai ada 1 malam tu, saya drive pun melelong dek kerana keletihan yang amat. Nasib baik tak terbabas. Peritnya rasa, bila lapar...makan...tapi terkeluar balik. Saya terpaksalah minum air je untuk elakkan dehydration. 3 Disember, mak, abah dengan adik ke KL. Asalnya, nak bersama-sama saya menyambut Hari Raya AidilAdha memandangkan saya tak dapat cuti. Alih-alih, sakit camni pulak...Saya tetap rasa bertuah, sekurang-kurangnya dalam kesakitan nih, saya boleh lagi beraya dengan mak dan abah, boleh lagi sembahyang raya bersama-sama mereka. Sehari sebelum raya, kami ke kubur 'Nani', nenek sebelah mak.
Disebabkan demam, berat saya turun lagi 2 kg, dah macam Skeleton bergerak je... =D... Apa lagi eh, Owh... ada surprise untuk saya sempena birthday yang ke-22 pada 12hb. Malam tu saya balik agak lewat dek kerana kerja yang berlambak, dengan demamnya lagi... lebih kurang kul 2 am baru sampai umah. Sampai je, gelap gelita rumah. Pelik gak sebab selalunya abah tunggu saya balik sesambil layan TV. Memang terkena, kejutan sungguh sampai terloncat saya dek disergah abang. Dengan terkejut, letih, dan otak yang ingat nak tidur je...sempat gak potong kek dan suap-menyuap dengan mak. Birth-date saya dengan mak berjiran... Birthday mak, 11hb dan saya 12hb. Lewat 5 minit je, kalau tak mesti birth-date saya sama dengan mak. Thanks Mak, Abah, Abang, Kak Sha dan Nana for the wonderful surprise. Biarpun simple je, namun tetap bermakna buat saya! Thanks mak, untuk hadiah yang sungguh bernilai...hadiah apa? hmm...biarlah rahsia.... heheheh ;P
29 Disember 2008
Entah mimpi apa la Manager saya tu, tiba-tiba je murah hati nak anugerahkan saya 'core-leave' selama seminggu. Apa lagi, terus beli tiket balik ke Penang la. Esoknya, saya, mak, abah dan adik ke Cameron Highlands. Dah macam KL jadinya, traffic jam teruk sangat, yelah pergi pun time cuti sekolah. Kami bermalam di Hotel Rosa Pasadena. Malam tu, dinner @ KFC, shopping di Tanah Rata, dan minum kopi di Restoran Kopitiam kegemaran abah sambil borak-borak menantikan hujan berhenti. Esoknya, kami breakfast di hotel...hujan lagi. Ikutkan, plan nak ke Sungai Palas. Dek kerana hujan lebat, terpaksalah kami tukar plan, jalan-jalan dengan kereta di Tanah Rata, singgah ke Strawberry Park dan beberapa tempat lagi untuk mencari Strawberry Chocolate. Hampanya, sampai ke sudah tak ditemui. Agaknya, time Siti kahwin dulu je kot Famous. Murahnya fresh flowers kat sana, 1 bouquet =RM5/RM3 sahaja. Kami borong ubi, jagung, strawberry, jambu kristal, oranges, cendawan goreng dan sayuran. Sempat juga singgah di Bharat House untuk bergambar di Ladang Teh, menikmati kehangatan Teh Bharat dan Chocolate Moise Cake with Strawberry Ice Cream.
Pulang ke Penang. Esoknya, saya sibuk ke pejabat Imigresen untuk menyiapkan passport. InsyaAllah, bulan March nih...saya akan bercuti ke Puncak Bandung, Jakarta selama seminggu bersama keluarga. 31 Disember, macam biasa...saya lebih suka duduk di rumah daripada bersesak-sesak dengan lautan manusia yang sanggup menantikan detik 12 malam. Tahun nih best sikit sebab saya,adik, abah dan mak lepak-lepak di balkoni sambil menyaksikan bunga api. Bukan saja bunga api di Padang Kota, Queensbay, Esplanade malah di Butterworth pun dapat dilihat kerana lokasi 'rumah baru' kami strategic di tengah-tengah bandar Pulau Pinang.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 !!! =)
No comments:
Post a Comment