Saturday, April 25, 2009

Nekad...Tekad dan beraksi...



Setiap hari Isnin-Khamis, tepat jam 11am memang akan terpacak la saya depan TV...melayan drama di TV2, "air mata Arisa". Dari episod pertama lagi, saya dah cam boleh syak,

' nih adaptation dari Novel nih..'
'eh, nama-nama watak pun cam pernah dengar'
'jalan cerita pun cam pernah tahu je'

rupa-rupanya betul sangkaan saya... drama ni diadaptasikan dari Novel karya Bikash Nur Idris, 'Kau sayangku' terbitan Alaf 21.

Jodoh saya dengan novel tu tak lama, sebab saya hanya sempat baca 2 kali je sebelum novel tu hilang, ntah sape la yang pinjam, tak pulangkan balik...isk isk... Tadi, saya ke Pesta buku di PWTC, niat di hati memang nak memburu novel tu.. sampai ke booth Alaf 21, orang tu cakap novel tu dah dihentikan cetakan, sadis sungguh. ;(

Selain 'Kau sayangku', 'Ria Qistina' juga termasuk ke dalam senarai novel yang menjadi kegemaran saya. 'Lagenda Budak Setan' by Ahadiat Akasyah is still at the top ranking of my favourite malay novels...oh ya! kepada sesiapa yang masih belum membaca novel nih, cepat-cepatlah serang PWTC, esok last day dan harga novel nih dah diturunkan ke RM23!! Go grab a copy of it while stocks last! Selain Bikash dan Ahadiat, saya juga gemarkan penulisan Aisya Sofea dan Damya Hanna.

Kekecewaan saya untuk mendapatkan 'Kau sayangku' diubati oleh saranan seorang penjual kat booth tu, dia cakap

'try la baca karya penulis-penulis baru, cam novel nih best seller kat MPH'

...bersungguh-sungguh orang tu promote, maka saya pun memutuskan untuk membeli novel 'Cinta kau dan aku' garapan Siti Rosmizah...nak tahu best ke tak...biar saya baca dulu... ;P

till then.....da.....

No comments: