Tuesday, February 28, 2006

sekadar bacaan-sempena kenaikan harga minyak

Melopenk: Peratus, Nisbah & Kadaran

Seorang bekas pemimpin berceloteh mengenai kenaikan harga minyak
yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh masuk akal.
Antara lain, dia berhujah dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual
iaitu harga minyak di Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan
dengan negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain harga
minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh lebih tinggi, berlipat
kali ganda daripada harga di Malaysia.


Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan dengan tajuk PERATUS. Naik
sekolah menengah, ada tajuk advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-
tajuk ini adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu hisab.
Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham, makna kata, memang
kita buta ilmu hisab.

Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah dengan Britain,
kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH perbelanjaan minyak seliter
orang Britain(British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka?
Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang
Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan). Kemudian, baru kita
boleh buat satu perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair
comparison).

Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di Malaysia. Gaji
eksekutif muda di Britain lebih kurang dalam £2,000 sebulan. Gaji
eksekutif muda di Malaysia pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan.
Eksekutif di Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81)
seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.48 seliter.
Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga minyak seliter dengan gaji
sebulan bagi kedua-dua negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa
pulak yang lebih tinggi?

Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga barang
makanan lagi.Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur
dengan harga yang amat murah. Barang-barang makan seperti bijirin
sarapan pagi masih boleh dibeli pada harga di bawah £1. Coklat
Snickers boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang,
kalau bawa £50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai
bawa barang keluar. Banding pula dengan eksekutif di Malaysia. Boleh
beli barang makan di bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada
harga 30 sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa M50???
Dengar cerita, sardin cap ayam pun dah dekat RM5 setin, mampus tak
makanlah kalau orang takde duit! Memang tak hairan kalau eksekutif
muda Britain boleh pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash)
lepas kerja 6 bulan.Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena
berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand?? Kirim salam…….

Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat NISBAH besar
PERBELANJAAN BERBANDING dengan PENDAPATAN. Perbandingan nisbah
adalah perbandingan yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau
membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang Malaysia, memang
jelas dan terang seolah-olah harga di Malaysia adalah yang terendah
dalam dunia, tapi jangan kita lupa pula gaji bulanan kita pun
terendah juga! Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu
aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan.

Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan media-media
keluarkan statistik, nampak macam tak pernah pergi sekolah punya
orang. Nak kata tak pergi sekolah, tapi di belakangnya bergulung-
gulung ijazah dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam
dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari taraf hampas
kelapa sebab hampas kelapa masih lagi boleh diberi makan kepada
ayam.

courtesy of: http://ricecooker.kerbau.com

(sekadar berkongsi..jgn cepat melenting plak..:P )

No comments: