Monday, October 08, 2007

Finals dah abes!! Bye-Bye Melaka....

Salam...

Alhamdulillah, dah selesai pun final exam setelah hampir 2 minggu berhempas pulas memenuhkan capacity otak untuk memuntahkan segala input yang ada dengan men'utilizekan' masa selama 2 jam untuk satu-satu paper. Fuh! Sekali lagi...kalau menaip, memang payah dan sengaja me'mayah'kan diri untuk letak "titik". Arakian itu, kalau nak baca posting saya...anda perlu lah menarik nafas panjang-panjang sebab kebanyakan ayat akan memestikan anda menghabiskan sebutannya dengan satu lafaz...cam akad nikah tu...hehehe ;P

Saya ingin memohon maaf kerana kemungkinan besar saya akan bercuti dari alam siber ini selama 3 bulan dek kerana saya terlibat dengan internship yang akan bermula pada 16/10/2007 ini dan berakhir pada 7/01/2008. Beralasan kelembaban talian internet dirumah membuatkan saya agak kurang rajin untuk mengupdatekan blog ini. Faham-fahamlah...kalau dah pakai dial-up, nak load 1 page pun amek masa yang lama. Tambahan pula, saya akan ber'internship' TANPA ELAUN dari pukul 9am-5pm setiap weekdays.

Saya semakin cintakan dunia blogging. Lebih-lebih lagi apabila dikhabarkan yang viewer blog ini makin bertambah. Saya pasti rindukan dunia siber yang saban hari menjadi peneman saya biar untuk membuat research, ber'friendster', berkongsi bahan ilmiah dan mencari entertainment. Untuk pengetahuan pembaca, blog ini dibuka pada tahun 2005...(boleh rujuk archieve untuk kepastian) Terima kasih kerana terus menyokong dan mendorong saya untuk memperbanyakan lagi penulisan. Blog ini adalah 'wajah' saya dan penulisan saya adalah dari hati saya sendiri, biarpun gaya bahasa bersahaja dan kadang-kadang membosankan. Saya tidak pandai menyusun kata apa lagi nak ber'ayat' bunga-bunga, saya bukan sasterawan, bukan penulis professional...saya hanya seorang yang suka menaip dan merepek, Hehehe...

Antara penulisan saya yang paling mendapat banyak feedback dari pembaca ialah berkenaan isu 'riba'. Sampai ada yang nak ajak berjumpa untuk berbahas tentang isu ini. Saya bukanlah pandai dan mencipta sendiri teori-teori itu, saya bertanya kepada seseorang yang ilmunya sangat tinggi dari pangkat yang diberikan. Dalam erti kata lain, saya cuma mem'publishkan' akal dari dia yang dikurniakan Allah. Bagaimanapun, terima kasih atas kesetiaan anda melayari blog ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf dipohon sekiranya ada penulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak. Kepada warga MMU yang akan ke industrial training sem depan, semoga berjaya menjadi buruh sementara. Sesiapa yang dapat elaun tu, simpan-simpanlah...boleh gak belanja saya masa final sem nanti. Sekian, saya mengumumkan bercuti selama 3 bulan dari Blogger.com. Wassalam~

p/s: Sedihla pulak...insyaAllah kalau ada masa terluang, saya akan curi-curi ke CyberCafe!~

No comments: