Wednesday, July 30, 2008

Macam mimpi….semuanya berlaku begitu pantas sekali. Siapa sangka, tanggal 14/8 nih saya akan bergelar wanita bekerjaya. Global Support Executive will be the starting point of building my career in HSBC. Specifically, been placed under HSBC Electronic Data Processing to deal with U.K Securities Trading. So, working hours + public holidays semuanya ikut U.K. Cuti raya? Entahlah…saya tak nak fikirkan pasal tu lagi. Kalau perlu lakukan pengorbanan, saya akan lakukan.

2 hari lepas, saya ke KL untuk buat medical check up dan collect offer letter. Complicated gak proses check-up nih dek kerana klinik panel tu takde specialist untuk buat X-ray. Biar saya ringkaskan apa yang berlaku. Dari Ampang Park, saya ke City Square untuk buat Urine Test. Kemudian, saya diminta ke Ampang Park semula untuk buat X-ray dan kembali ke City Square untuk submit report X-ray tu dan ambil full medical report. Akhir sekali, ke Ampang Park semula untuk naik LRT balik ke rumah. Macam mudah je kan? Hakikatnya, tak semudah itu. Memanglah Ampang Park dengan City Square tak jauh mana tapi, bayangkan berapa kali saya kena panjat naik turun jejantas tu. Fuh, pancit!!!

Dah sampai rumah, baru perasan yang saya tersalah ambil kunci. Adoi yai…ke KLCC balik, ambil kunci rumah dari kakak. Macam-macam hal. Serba tak kena jadinya. Hari tu dengan jelas bukanlah hari saya =(

Ke- tidak-biasaan dengan KL menjadi masalah utama bagi saya. Sesat + salah naik LRT sememangnya perkara yang normal bagi ‘pendatang’ cam saya nih. Namun, saya percaya ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Doa saya, semoga Dia permudahkan segala urusan. Aamin… tak lama lagi, bermula lah satu fasa baru dalam kehidupan saya. Teruja, takut, nervous semuanya ada, bercampur baur cam 'pasemboq' Gurney Drive! Hehe...

p/s: Next entry, will talk about the Convocation Ceremony. Seven more days to go!!! =)

2 comments:

Anonymous said...

tahniah siti zulaikha ...

Anonymous said...

hehehe..
berpeluh ketiak yer?