//a.simple.minded.muslim.lady\\
"You are the best of peoples ever raised up for mankind. You enjoin good and forbid evil and you believe in Allah."
Saturday, December 31, 2011
Happy New Year, 2012!!!!!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! syukur sangat-sangat di atas ehsan tuan empunya dunia memberi peluang untuk saya terus menyedut oksigen sejak 26 tahun yang lepas. Happy New Year, all!!! Pengakhiran tahun 2011 saya tidak begitu baik. Masalah kesihatan yang tak putus-putus membuatkan diri merasa begitu diduga. Namun, saya percaya Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan seseorang itu. Di saat, diri diulit rasa bahagia dan kegembiraan...tiba-tiba Dia datangkan ujian mungkin untuk menyedarkan diri agar tidak terlalu seronok barangkali. Atau mungkin, untuk menghapuskan dosa-dosa terdahulu? Wallahualam..Dia lebih mengetahui.
Bermula dengan demam panas, doktor suspect demam denggi pastu demam kencing tikus. Keadaan saya yang teruk, platlet darah dropping dan suhu badan yang turun naik membuatkan saya ditahan di Ampang Puteri Specialist Hospital selama 5 hari. Sepanjang 5 hari itu, perasaan saya bercampur baur...terfikir, "mungkin dah nak mati kot"..lemah, takut, risau semuanya ada. Di penghujungnya, kata doktor mungkin hanya Viral fever. Selesai menjadi tawanan di Wad, dilanjutkan MC selama 3 hari lagi. Sekembalinya saya bekerja, sekali lagi saya diuji dengan jangkitan mata. Mata jadi merah, melekit-lekit dan kekadang gatal. Akibat sakit mata, saya dihadiahkan MC lagi 2.5 hari. Sungguh kaya dengan MC tahun 2011 nih. Harap-harap my year end review would not be affected. Sakit nih, bukan saya yang pinta. huhuhu~
Alhamdulillah, badan beransur pulih...selera makan makin ok. Impak daripada kejadian tersebut, berat badan saya kurang 3kg. Sudahlah susah nak menambah berat... :D pasnih, kena double up effort untuk besarkan badan la jawabnya...
Selamat Tahun Baru...semoga azam kalian yang tak terlangsai tahun lepas, dapat dilaksanakan tahun ini. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dijauhi dari bencana, dibanjiri cinta dan kasih sayang yang banyak sesama insan, keamanan sejagat dan keberkatan tuan empunya dunia sepanjang masa. Aamin..~
Saturday, November 26, 2011
Family Lunch Treats at Istana Bambu
Sepanjang perjalanan anda masuk ke restoran untuk ke tempat makan, anda disambut dengan puluhan ikan kod dan keindahan tanaman padi. (paddy field for real, ok!..sape ckp kat KL padi takleh tumbuh?) hehehe..
So, what do we had for lunch? Here's the menu:-
Siakap-Teo Chew Style Steamed (awesome! 5 star)
Baby Kailan
Butter Prawn
Hot and Spicy Crab (recommended!)
A combination of great lunch that we had~ Fresh seafood and cooling coconut pandan at reasonable price. You may view Istana Bambu website for the choice of other variety menus that they offers.
Girls Days Out at Botanical Garden, Putrajaya
We had so much fun! Let the pictures tells:-
Sunday, November 20, 2011
hutang manyak hutang...~
Agak lama jugak tak berasap blog nih. Hidup makin busy dengan kerja harian sebagai buruh kasar. Bila weekend, banyak pula kenduri kendara majlis kahwin dan tunang. Standardla, ujung2 tahun nih tok kadi mesti fully booked. Dewan-dewan semua penuh. Mak-mak andam tak menang tangan. Wedding planners bertambah stress dan kusut untuk menghasilkan kelainan dan keunikan sentuhan mereka. Pokoknya, entry kali nih setakat nak meng-highlight-kan entry-entry yang saya hutang dan asyik bertangguh bila untuk dilangsaikan. Nindiaaa :-
- Girls day out- cycling & picnicking at Botanical Garden, Putrajaya
- Family gathering at Istana Bambu
- Hot Spring, Sg Klah
So in total, saya hutang 3 entries. Bila nak settled? insyaAllah dalam masa terdekat nih...izinkan saya petik kata-kata David Teo " Bukan janji, tapi pasti" ...apa lagi, T.U.N.G.G.U =)
Saturday, November 05, 2011
Istikharah Cinta
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
C.I.N.T.A = L.O.V.E = S.A.R.A.N.G = A.M.O.R
¸.•´¸.•*¨) ¸♥.•*¨) (¸.•´¸♥➷♥¸.•´♥¸.•´♥¸.•*¨)♥.•*¨)¸.•*♥¸.•´¸.•*¨)¸.•*♥
In the West, they say that love is a madness that ends with marriage.
But in Islam, we say that love is a madness that only begins with marriage. ♥
¸.•´¸.•*¨) ¸♥.•*¨) (¸.•´¸♥➷♥¸.•´♥¸.•´♥¸.•*¨)♥.•*¨)¸.•*♥¸.•´¸.•*¨)¸.•*♥
In the West, they say that love is a madness that ends with marriage.
But in Islam, we say that love is a madness that only begins with marriage. ♥
¸.•´¸.•*¨) ¸♥.•*¨) (¸.•´¸♥➷♥¸.•´♥¸.•´♥¸.•*¨)♥.•*¨
Semoga perjalanan cinta kita semua sentiasa berada di landasan yang betul dan diredhaiNya. Semoga ia terlindung dari hasutan syaitan dan tuntutan nafsu yang selalu menggoda ke arah kemaksiatan. Aamin..~
Sunday, October 23, 2011
which of Allâh’s favours would you deny?
◘ You knock – He opens
◘ You attend – He welcomes
◘ You ask – He gives
◘ You sin – He tests
◘ You repent – He forgives
◘ You cry – He listens
Everything you do, is about you; and everything He does, is about you…
"So which of Allâh’s favours would you deny???"
[The Noble Quran ~► Surah Al-Rahman (55): 13]He is Allah, who will always be with you, eventhough you have walked away from Him..~
Friday, October 21, 2011
Kak Ira's Engagement Day
Alhamdulillah, bila adanya majlis camnih, baru la ramai warga isi rumah C-04-16 dapat berkumpul. Seronok rasanya bila kumpul ramai-ramai camnih...terubat sikit kerinduan kenangan tinggal serumah dulu.... Jom, kita layan gambar-gambar kat bawah nih:-
Sunday, October 16, 2011
Visiting C-04-16 Lil' hero- Izz Iman bin Ihtifazuddin
26th September 2011, kami (saya, kak lin, eli, kak ju, abg firdaus & mimi) ambush teratak Kak Marya & Abg E.T untuk beraya dengan hero kecik. Seronok rasanya bila berkumpul ramai-ramai camni walaupun tak cukup 12 orang..memang meriah rasanya. Walaupun, perjalanan yang ditempuh dalam mencari lokasi teratak ni agak mencabar dan menguji kesabaran viva saya nih...bila tengok muka Izz, hilang penat. He's such an adorable 2 months old baby,comel dan mata bulat-bulat.. keja makan & tido je..tak reti nak main lagi..dah cukupla bebel-bebel, jom layan gambar :-
Wednesday, September 28, 2011
Jangan buta kerana cinta
“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya"
Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir.
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.
Sunday, September 04, 2011
Eid Ul-Fitr 1432 H
Salam Lebaran 1432 H buat semua readers... Maaf dipinta di atas segala kekhilafan sepanjang saya ber-blogging nih. Andai kata ada entry-entry yang keterlaluan yang menyentuh sensitiviti anda yang membaca, saya pohon ampun dan maaf ye..
Alhamdulillah, tahun nih raya yang agak meriah. Dihadiahkan cuti yang panjang untuk saya manfaatkan sepenuhnya. 28 Ramadhan, kami berkumpul di rumah Tok Wan di Teluk Bahang untuk berbuka bersama-sama. Meriahnya juadah, ada kari ikan, itik masak kicap, kerabu, telur dadar, ikan kering goreng, dan cempedak goreng. Tengok je gambar kat bawah ni ha...penuh meja!
Sementara menunggu waktu berbuka, kami sempat mengadakan Tahlil ringkas buat arwah Tok dan Pak Su. Dah berbuka dan selesai solat Maghrib, kami adakan acara potong kek sempena Birthday Adik, Kak Sha dan Chik.
-------------------------------------------------------------------------------------------
1st Day Raya, dah siap bergaya dengan jubah dan bertelekung saya dan keluarga ke Masjid At-Taqwa di Gelugor untuk sama-sama bersolat sunat hari raya. Masjid 2 tingkat yang baru siap renovate penuh dengan jemaah-jemaah.
"satu pagi di Hari Raya, aku sujud memujiMu, satu pagi di Hari Raya, aku sujud membesarkanMu"
"Ku melafazkan takbir penuh rasa kehambaan, ku melafazkan tahmid penuh rasa kesyukuran"
Selesai solat, kami terus bersiap-siap untuk ke rumah Tok Wan beraya dengan sanak saudara. Itu dah menjadi rutin tahunan tiap kali raya. Berkumpul, makan, borak-borak dan photoshoot... biar gambar di bawah bercerita.. (tokwan tak bergambar ramai-ramai sekali macam tahun-tahun sebelumnya, sebab dia demam...*sad*sad*) --->
----------------------------------------------------------------------------------------------------
2nd Day Raya, mini open house. Kenapa mini, sebab buat kecil-kecilan je...tetamu yang dijemput pun tak ramai..hanya sedara mara terdekat dan beberapa kawan mak dan abah dan jiran-jiran.
Menu yang disajikan merupakan hasil air tangan bonda tercinta. Memang 'kick' la kepada sesiapa yang merasa Nasi Tomato, kari Dalca, Udang Sambal dan ayam goreng Negro yang mak sediakan. Hari nih merupakan hari yang bermakna juga buat diri saya..sungguh bermakna.. biarlah ia menjadi memori indah dalam perjalanan baru dalam hidup saya... =)
----------------------------------------------------------------------------------------------------
3rd Day Raya, dah abes beraya dah...kena kejar flight awal pagi ke KL. Petang tu dah kena kerja...owh, mood raya terbantut di situ... huhuhu :(
Tuesday, August 23, 2011
Petronas 2011 Raya & Merdeka ads
These are my hands
Every scar, every line
Is a reflection of my strength within
My hands are windows to the world
Always ready to receive love, give love
Reach out, seek forgiveness
My hands are my tools
They give hope, start the imagination
And they will turn my dreams into reality
These are my hands, my hands are who i am
The values i hold dear are right here...
Sunday, August 07, 2011
Mixed feelings= "7 hari mencintaiku"
Sinopsis:-
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Sebelum ini, saya pernah baca sebuah lagi hasil nukilan Siti Rosmizah, "Cinta Kau dan Aku" dan pernah membuat 1 entry khas untuk review kepuasan membacanya. Sila klik sini. Kepada peminat novel yang belum mendapatkan novel terbaru ini, sila dapatkannya segera oke..
p/s: harap-harap 7 Hari Mencintaiku akan didrama/difilemkan. Confirm, meletup rating.. =)
Saturday, July 30, 2011
Ahlan Wassahlan, ya Ramadhan..~
Assalamualaikum...
Sekali lagi Ramadhan menjelma. Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi kesempatan untuk melalui bulan penuh kerahmatan ini sekali lagi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Ramadhan buat semua readers, family and friends.. Maaf diatas segala kekhilafan baik dalam percakapan mahupun penulisan saya. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga ibadat puasa kita diterima oleh Allah dan dapat menjalaninya dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan ketaqwaan.
Saturday, July 23, 2011
C.I.N.T.A keranaNya
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada
taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu. Aamin~
Saturday, July 16, 2011
Novels for sale, at cheaper price!!!
I have few novels that I want to let go and I'm selling them at much cheaper price with free postage. You may read the synopsis by clicking on the links below.
- Di Bawah Naungan Cinta - Ibnu Hazm El Andalusy (SOLD)
- Rindu Asmaraku - Noraini Johaini
- Emilya Zulaikha- Ariff Affandy
- Tunas - Hlovate
- Kalimah Cinta Suci - Nani Nuraini
- Titis-titis Gerimis - Rozita Mohd Noor
- Nilai Cintanya - Rozita Abdul Wahab (SOLD)
- Dengan Nama Cinta & Nur Kasih - Bikash Nur Idris
- Rela Ku Menanti - Damya Hanna
- Untukmu Sayang - Marwati Wahab
- Zulaikha - Jessy Mojuru (SOLD)
- Rindu Saliha - Anita Abdullah
- Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha (SOLD)
- Ombak Rindu- Fauziah Ashari (SOLD)
If you are interested or have any inquiries, kindly email szeiqa_zircon@yahoo.com or drop them at comment box. Please provide your name, contact number, address and item that you wish to order. Once I responded to your email and confirming your order, you may forward your payment to my CIMB account. (account number will be provided together with the confirmations).
p/s: Cash on Delivery for Selayang,Gombak and KL City Area
Friday, July 15, 2011
Sinopsis: Ombak Rindu
Penulis: Fauziah Ashari
Terbitan: Alaf 21
Normal Price: RM19.90
Now selling at: RM 18 (not inclusive postage-read once, still in good condition)
Condition: 5/5
(SOLD)
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Interested? Read here to know how to order
Saturday, July 02, 2011
Visit Malaysia 2011- 3rd Trip
Kami meneruskan perjalanan. Disebabkan terlalu jauh untuk ke Kuala Terengganu selepas menempuh traffic jam di Kelantan, kami singgah bermalam di Jerteh. Awal-awal pagi lagi, kami terus ke Kuala Terengganu. Destinasi pertama ialah, Masjid Kristal. Kami menaiki Cruise menyusuri sungai sambil diberi penerangan mengenai Terengganu, sejarah masyarakat dan penempatan mereka.
Seterusnya, kami ke Pasar Payang untuk shopping dan ke Restoran Chilada untuk lunch. Bila perut dah kenyang, mata pun dah berat kami check in Hotel Grand Continental. Aktiviti malam, kami kembali ke Masjid Kristal untuk melihat pemandangan indah pencahayaan masjid di waktu malam.
Keesokkan harinya, kami ke Perkampugan Keropok Losong memborong beberapa jenis keropok kering dan keropok lekor. Dalam perjalanan ke Kelantan, kami sempat singgah berkelah keropok losong di pesisir Pantai Terengganu. Setibanya di Kelantan, kami terus check in di hotel Grand Riverview. Lokasi hotel ini betul-betul di tepi Sungai Kelantan.
Dah puas berehatan, kami ke Pantai Cahaya Bulan dan ke Restoran Buluh untuk dinner.
Restoran ini pernah keluar di rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Memang masakan di sini sedap-sedap belaka. Antara menu yang kami order ialah Ikan siakap bakar Oriental, ikan siakap bakar sambal, Ketam Stim Halia dan Tomyam Udang. Superb taste!
Selepas menikmati makan malam, kami membeli belah di Wakaf Che Yeh. Suasana di sini seperti Pasar Malam di Danau Kota,KL malah lebih meriah lagi. Banyak kain yang murah-murah dan cantik-cantik di sini, membuatkan pengunjung-pengunjung rambang mata jadinya.Badan dah penat dan letih, kami pulang ke hotel untuk beradu.
Hari terakhir sebelum pulang, kami sempat singgah di Pasar Siti Khadijah...shopping lagi! dan Rantau Panjang...lagi lagi...shopping! Kelantan dan Terengganu memang syurga shopping...! Jadi, jika anda ke Pantai Timur, pastikan bawak duit banyak-banyak ok... =)
Monday, June 20, 2011
Hipokrasi
kau tersenyum
tetapi kau menangis
Hati...
Kau benar
tetapi kau berdusta
Rasa...
Kau gembira
tetapi kau berduka
Jiwa...
Kau tenteram...
tetapi kau bergolak
Ketawa...
Kau riang
tetapi kau diulit sedu-sedan
Kenapa Hipokrasi ini?
Mengapa penipuan ini?
Untuk siapa pendustaan ini?
Hanya dia mengerti...hanya dia yang ketahui
Untungnya mereka, ruginya dia...
p/s: Sengaja ingin berpuitis...bakat kurang ada, biar yang membaca menilai. Andai yang tersirat bisa di mengerti, maka aku berjaya, jika sebaliknya...pun, aku berjaya kerana ini karyaku.