Monday, January 02, 2012

Ombak Rindu..terbaekk~

Saya baru je berkesempatan menonton Ombak Rindu. Patutlah, ramai orang kecoh-kecoh cakap cerita nih best, filem terbaik 2011, sinematografi cantik, soundtracks yang sedap-sedap belaka, lakonan mantap, hero yang kacak ;p dan garapan skrip yang menarik. Saya setuju! Meskipun, saya mengharapkan lebih kerana dah 4-5 kali baca novel nukilan Fauziah Ashaari ini namun, outcome filem ini tidak menghampakan. Cuma saya membayangkan kalau watak Izzah diberikan kepada Lisa Surihani. Mungkinkah akan meninggalkan kesan dan lebih dramatis dari yang dihidangkan oleh Maya Karin? hmm... papepun, jom layan OST Ombak Rindu:-





Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

No comments: