Sunday, September 23, 2012

Lama menghilang dan mimpi pelik...

Salam..

Ya Allah, dah 5 bulan blog nih tak berhapdet. Sememangnya, dah berkali-kali saya nak update blog ni tapi asyik bertangguh je. Kesuntukan masa, dan weekends yang sentiasa padat dengan aktiviti membuatkan saya tak berkesempatan untuk merealisasikan niat itu.

Dan hari nih, baru la terasa ada kelapangan dan mood untuk mencoretkan sesuatu di laman ini yang cetusannya bermula sejak tahun 2004 lagi. Entah masih ada reader lagi ataupun tidak..kan? Dulu-dulu ramai followers blog nih tapi silap sendiri jugak sebab tak dapat komited meng-update blog nih sekerap mungkin.

Ok..dah-dah membebel sorang-sorang. Untuk entry kali nih, saya ingin berkongsi tentang mimpi pelik saya minggu lepas. Namun, masih terbayang-bayang lagi di ingatan.Suasana mimpi tu lebih kurang camnih :-

Saya berada di sebuah kawasan yang kiri kanannya bangunan-bangunan tinggi. Kemudian, ada ramai orang berkumpul di jalanan dan mendongak ke atas melihat langit. Saya sangkakan ada orang nak bunuh diri ke apa..dan saya pun turut mendongak ke atas. Rupa-rupanya kejadian di langit yang aneh. Ada sepotong ayat Quran di celah-celah awan..keadaan langit ketika tu merah dan bercahaya. Saya pun tertanya-tanya, ayat apa tu... kemudian, terdengar satu seru suara lelaki garau...yang menjawab, "Al-Imran ayat 69"!

Dan..saya terus sedar dari mimpi. Cepat-cepat bukak Quran dan terjemahan apps di Iphone. Wujud ayat tu..dan begini maksudnya.



Tapi, saya tak faham kenapa mimpikan ayat ni tiba-tiba ye? hmmm.




No comments: