Tuesday, February 28, 2006

sekadar bacaan-sempena kenaikan harga minyak

Melopenk: Peratus, Nisbah & Kadaran

Seorang bekas pemimpin berceloteh mengenai kenaikan harga minyak
yang dia anggap tersangatlah munasabah dan sungguh masuk akal.
Antara lain, dia berhujah dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual
iaitu harga minyak di Malaysia masih lagi terendah jika dibandingkan
dengan negara-negara lain. Dia memberi contoh, di Britain harga
minyak lebih kurang dalam RM7 seliter, jauh lebih tinggi, berlipat
kali ganda daripada harga di Malaysia.


Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan dengan tajuk PERATUS. Naik
sekolah menengah, ada tajuk advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-
tajuk ini adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu hisab.
Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham, makna kata, memang
kita buta ilmu hisab.

Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah dengan Britain,
kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH perbelanjaan minyak seliter
orang Britain(British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka?
Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak seliter orang
Malaysia pula (berbanding dengan gaji sebulan). Kemudian, baru kita
boleh buat satu perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair
comparison).

Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di Malaysia. Gaji
eksekutif muda di Britain lebih kurang dalam £2,000 sebulan. Gaji
eksekutif muda di Malaysia pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan.
Eksekutif di Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81)
seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.48 seliter.
Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga minyak seliter dengan gaji
sebulan bagi kedua-dua negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa
pulak yang lebih tinggi?

Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga barang
makanan lagi.Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur
dengan harga yang amat murah. Barang-barang makan seperti bijirin
sarapan pagi masih boleh dibeli pada harga di bawah £1. Coklat
Snickers boleh dibeli pada harga 30 pence satu. Bak kata orang,
kalau bawa £50 pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai
bawa barang keluar. Banding pula dengan eksekutif di Malaysia. Boleh
beli barang makan di bawah harga RM1? Boleh jumpa Snickers pada
harga 30 sen? Berapa banyak barang boleh dapat kalau bawa M50???
Dengar cerita, sardin cap ayam pun dah dekat RM5 setin, mampus tak
makanlah kalau orang takde duit! Memang tak hairan kalau eksekutif
muda Britain boleh pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash)
lepas kerja 6 bulan.Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena
berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand?? Kirim salam…….

Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat NISBAH besar
PERBELANJAAN BERBANDING dengan PENDAPATAN. Perbandingan nisbah
adalah perbandingan yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau
membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang Malaysia, memang
jelas dan terang seolah-olah harga di Malaysia adalah yang terendah
dalam dunia, tapi jangan kita lupa pula gaji bulanan kita pun
terendah juga! Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu
aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan.

Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan media-media
keluarkan statistik, nampak macam tak pernah pergi sekolah punya
orang. Nak kata tak pergi sekolah, tapi di belakangnya bergulung-
gulung ijazah dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam
dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari taraf hampas
kelapa sebab hampas kelapa masih lagi boleh diberi makan kepada
ayam.

courtesy of: http://ricecooker.kerbau.com

(sekadar berkongsi..jgn cepat melenting plak..:P )

Friday, February 24, 2006

women and what makes her special?

  Posted by Picasa
-gambar sekadar hiasan-


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam supaya
mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan
kelelahan tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-
anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi
dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk
berada disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau
bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan
seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana
itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Sunday, February 19, 2006

C-04-16 SPECIAL...





Introducing C-04-16...I love them soooo much!!!My 2nd family who have been so supportive and always being there when i was down and out and especially during those 'end-of-world' times.And no matter what shit I got into,they are there to listen and helps out.May the love remains and become stronger and stronger!~

In memories:

1)Nazihah Muhammad(shifted to UITM Sri Iskandar)
2)Najwa Alyaa(shifted to Curtin International College,Perth)

Wednesday, February 01, 2006

hitam putih kehidupan...




.....terkadang manusia teralpa,
dari fitrah diri sendiri....
terkadang ingin menjadi 'malaikat'...
terkadang pula tak sedar diri melebihi hukamat...
Tuhan menciptakan manusia dapat membedakan yang putih ataupun yang hitam..
tak salah jika kita mencorakkannya supaya ia tidak hanya berlatarkan warna hitam dan putih...
agar fitrah yang kita cipta itu tidak hanya kelabu
tapi biarkan ia sebu dan ceria dengan warna gembira....waallahualam
Salam Maal Hijrah 1427h.....

Friday, January 06, 2006

side by side...

They lie on the table side by side
The Holy Quran and the T.V. Guide.
One is well worn and cherished with pride.
Not the Quran, but the T.V. Guide.

One is used daily to help folks decide.
Not the Quran, but the T.V. Guide.
As the pages are turned, what shall they see?
Oh, what does it matter, turn on the T.V.

So they open the book in which they confide.
No, not the Quran, but the T.V. Guide.
The Word of Allah is seldom read.
Maybe a verse before they fall into bed.

Exhausted and sleepy and tired as can be.
Not from reading the Quran, from watching T.V.
So then back to the table side by side,
Lie the Holy Quran and the T.V. Guide.

No time for prayer, no time for the Word,
The plan of Istiqama is seldom heard.
But forgiveness of sin, so full and free,
Is found in the Quran, not on T.V.

Friday, December 30, 2005

Anda bahagia??

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu ketawa kerana tawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuatkan tampak muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana ibadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

::course registration::




Seperti sem2 yang lepas,inilah part yg paling memenatkan sekali..nak register course,awal2 lagi dah buat time table tapi esok nih bila nak reg mesti kelas dah full.Online registration mula kul 9am slalunya..tapi agaknya la kan kul 9 tepat smua dah ade depan pc tgh ready nak register kot sebab tu bila lewat sikit je kelas dah penuh.Amat pelik bin ajaib betul la..next sem,satu semester yg panjang..4 1/2 bulan untuk 6 subjek.Semua subject yg di offer untuk Beta 3rd sem ni memang tough2 belaka.


1) Managerial Communication
2) Financial Management
3) Management Accounting 1(urfhhh!!!)
4) Principles of Marketing(cam best jerk :P)
5) Statistics for Managers
6) Advanced English


3 reading subjects and the other 3-calculation..huhu kan dah ckp ada account lagi.I'm scared to death when it comes to accounting.Entah mengapa, dengar account je..ish xsuka la,nyampah betul.Alergic betul dgn accounting..kerana accountlah yg telah menjatuhkan pointer aku Ingat nak ambil 5 subject je,nak hold advanced english untill Gamma 2nd sem.Abang pun cakap, "Biaq lambat pi industrial training asal pointer hang ok..lagipun lambat sikit ja".Tapi, dengan perancangan yg bijak dan efficient nih,dapatlah saya ke praktikal cam org lain, sebabnya industrial training bermula pada Delta 2nd sem.Mesti sempatnyer kan?Tambah2 takde pre-requisite utk advanced english.Jadual dah pun segak disusun dengan rapi,kebanyakan kelas mula kul 8 pagi..Salah satu cara untuk menghalang diri daripada tidur selepas subuh.Tak sabar rasanya nak final exam dan cuti..pastu masuk 3rd sem..sekian..

Thursday, December 29, 2005

demam datang lagi...

bukan cinta datang lagi ye Dina..hehe..mcm dier baca je blog nih..Di saat saya menulis post ini,telah masuklah hari ke-4 saya demam.Demam yg plg teruk di tahun 2005 nih.Tekak perit,suara sengau,hidung pedih,kepala sakit..byk lagi la.(Saje nak ngadu kat sini).Masa 1st+2nd day demam tu,blum pape dah ngade2 nak nangis..yela lapar sangat tp xbleh mkn sbb xterdaya nak telan.Pedihnye tekak Allah je yg tahu.Mulalah teringat time sakit-sakit kalau kat umah mesti dapat makan bubur.Khasiatnya sebab air tangan pembuat bubur tu..(bonda saya).Baru jerk jumpa weekend lepas,tapi..huhu..manja betullah budak nih kan?
Nih dialog saya dgn kak ira(housemate):-

kak ira:"ika teringin nak mkn ape?"
saya :"nak bubur..(dier dah belikan nasi lemak..demand betul aku nih!)
kak ira: "bubur ayam mcd kan ade..pesanla dgn kak farah,dia nak kuar"


**just like mom's cooking**

huhu..ada apa dgn bubur ayam mcd??xbest!! nak bubur nasi yg homemake punyer..ngade kan?apesallah bila sakit ni lain macam jadinye perangai nih.~Special thanks to nana(roomate) kerana sanggup tidur dalam panas, bukan saya selfish tapi sebab saya memang dah tak tertahan lagi sejuk.Siap dgn sweater and stokin sampai kak ira cakap dah macam org berpantang je. Tapi, part yg best di sini, time demam2 nih tetibe rajin plak pegi kelas.Bukannya time sihat malas pegi kelas, tapi doctor dah bg MC..lagi nak pegi.Alasannya, final week of lectures.Huhu cam sedih je riaknye nak tinggalkan lecturer tu.Apesal ntah...susah nak predict la emotion nih..time sakit jadik rajin,mengada..haihs..payah..xpaham..jumpe lagi..mata dah berat.Assalamualaikum~

Tuesday, December 27, 2005

Tuhan...

Tuhan,
Saat aku menyukai seorang teman,
ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir,
sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir


Tuhan,
Ketika aku merindukan seorang kekasih,
rindukanlah kepada yang rindu Cinta Sejati-Mu,
agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi


Tuhan,
Jika aku mesti mencintai seseorang,
temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu,
agar bertambah kuat cintaku pada-Mu


Tuhan,
Ketika aku sedang jatuh cinta,
jagalah cinta itu,
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu


Tuhan,
Ketika aku mengucapkan "aku cinta padamu",
biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMu

surah membakar syaitan



Surah ini elok diamalkan..sekadar ingin berkongsi dgn anda semua~

This is Islam

People of the world
Do you know the truth about ISLAM
Or do you think it's about bombing planes
and killing innocent people
Forget about the lies
I here to tell you how it really is
You deserve to know the truth about the beautiful way of life

People of the world
Islam is all about peace
Terrorism it doesnt teach
Its all about LOVE,FAMILY AND CHARITY
And Praying to One GOD
This is ISLAM

Something you should know
I know its really helped me grow
It does away with gread filth and arrogant
And teaches us morality

The perfect way to live
So dont believe all u SEE and HEAR
Too many people wear a title of a muslim
But they dont practice ISLAM

People of the world
Islam is all about peace
Terrorism it doesnt teach
Its all about LOVE,FAMILY AND CHARITY
And Praying to One GOD
This is ISLAM

And It teaches us the creator's made this life for us a test
If we follow truth and do good deeds we will be reward in the Next
If we remember god n teach each other the Truth and patience in His way
Together we can make PEACE
This is ISLAM

Islam is all about peace
Terrorism it doesnt teach
Its all about LOVE,FAMILY AND CHARITY
And Praying to One GOD
This is ISLAM

Saturday, December 24, 2005

i'm back

Kembali lagi..setelah lama saya menyepi.Bukan merajuk, tetapi kekangan masa yg menghalang saya dari menulis.Semester 2 yg begitu memenatkan.Short sem, jadi dah tentu saya tidak punya byk masa.Dengan quizzes, exams, dan assignments yg bertimbun ditambah lagi dgn masalah2 yg terlalu mencabar kewibawaan saya.Tension! Stress beserta tahap kesihatan yg kurang memuaskan akhir2 ni.Biar apapun saya redha kerana saya percayakan hadis yg mengatakan:-


"Apabila Allah menyintai seseorang hamba, nescaya diujikanNya,kalau hamba itu sabar, nescaya dipilihNya.Kalau hamba itu redha nescaya disucikanNya"


Selang 2 minggu lagi saya akan berjihad kecil..final exam! doakan kejayaan saya.Hanya 2 subject yg saya ambil utk sem nih.Hopefully boleh score dan akhirnya akan menaikkan semula pointer saya.Saya sudah kembali aktif blogging jadi nantikan byk lagi bahan2 ilmiah untuk santapan rohani anda..

Saturday, November 12, 2005

Albert Einstein

"Jika Albert Einstein dengan persamaannya,
Jika Sir Isaac Newton dengan hukum daya &
gravitinya,
Jika Neil Amstrong dengan pengembaraannya ke bulan,
Jika Abraham Bell dengan telefon rekaannya,
Jika hari ini Shah Rukh Khan dengan kemachoannya,
Jika hari ini Orang Barat menakluki dunia,

Namunpun begitu, kita semua jauh lebih hebat
berbanding mereka dengan nilaian IMAN & ISLAM
yang tiada tolok bandingnya.
Dengan nikmat ini juga, kita semua dapat
merasakan suatu kemanisan di sudut hati.
Menjadikan kita semua adalah UMAT YANG TERBAIK."

Saturday, October 15, 2005

.::Fesyen wanita Islam::.

Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam

Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.

Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.

Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.

Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.

Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.

Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.

Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.


-courtesy of http://kasihkekasih.blogspot.com-

Friday, October 14, 2005

Salah siapa?

hmm..bersua kembali.Bosan pulak bila cuti ni..the same rutine goes day by day,kemas umah,tgk tv,online..*sigh*.Tengah2 bosan ni otak mulalah berfikir..Bulan Ramadhan ni,patutnya bleh buat benda baik dgn senang,sebab syaitan dan iblis semua dah kena tambat..tinggal nafsu je.Tapi betullah menurut kata Datuk dr Fadzilah Kamsah.."pengaruh syaitan yg selama 11 bulan tetap ada walaupun suku sakat iblis tu dah kena tambat".Lagi satu..nak buat apa-apa sket,mesti nak bertangguh..at last,tak buat pun..itulah lumrah manusia.Nie dah melaut dah pegi jauh menyimpang dari topik asal.Mudah-mudahan kita berjaya mengelakkan diri jadi terus menjadi hamba syaitan dan nafsu.Syaitan itu ada..makhluk Allah tapi kehadirannya hanya utk menyesatkan..sama2 kita sedar dan fikirkan.Esok belum tentu ada,andai 5 minit selepas ni malaikat sakaratulmaut datang menjemput kita kembali kepada Pencipta..sudah bersediakah kita?Segala yang tertangguh sudah disettlekan ke belum?Abg Azmir(Usrah) pernah bagi tazkirah pasal masa.What's the most effective way to manage time and to avoid delaying something that's need to be done.Raihan pun ada berbicara pasal masa..dalam lagu 'demi masa'..yang menekankan tentang 5 perkara..renungkan...

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


*Sihat sebelum sakit(waktu sihat..ingat ke kita pada Tuhan?)
*kaya sebelum miskin(Musuh manusia adalah hartanya..time kaya raya,ingat katTuhan?)
*lapang sebelum sempit(Awal2 dapat task,relax je..byk masa lagi tapi bila dah sampai due date baru nak kelam kabut)
*muda sebelum tua(Muda lagi..banyak masa,enjoy dulu..esok2 dah tua baru la taubat~confident je bleh hidup sampai tua)
*hidup sebelum mati(masa hidup sia-sia je..bila mati esok,tanggunglah sorang2..hadiah berupa azab yg begitu lumayan)

-wallahualam-Sesungguhnya yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang buruk itu segalanya dari saya.Coretan ini hanya sekadar penulisan,mengisi masa terluang di samping menyampaikan peringatan kepada teman-teman.wassalam~

Saturday, October 01, 2005

Ramadhan 2005



Salamz..3 hari lagi Ramadhan akan menjelma.Syukurlah masih diberi kesempatan olehNya untuk memperoleh rahmat Ramadhan buat tahun yang ke-18.Alhamdulillah...apa kata,Ramadhan ni kita sama-sama berusaha untuk khatam Al-Quran,bukannya susah pun..just spend 1/2-an hour per day untuk baca.Kalau sehari baca 4 1/2 mukasurat insyaAllah menjelang Syawal, dah boleh abes 1 Quran.Tak susah kan?cuma antara nak atau tidak je.Tahun nie puasa agak best compared dgn tahun lepas..sebabnya tahun ni dapatla puasa sebulan dengan family..last year sempat 3 hari je.Selebihnya puasa dekat c-04-16 ni..tapi sedih gak sebab dah tak berkesempatan buka puasa ramai-ramai.Tak dapatla makan putu piring favourite kak farah, tak dapatla nak pegi pasar Ramadhan sesamer..tak dapatla pegi terawikh dgn kak ju and najwa(najwa!! rindu bangat sama kamu!!*najwa skang belajar kat Perth..)Sabtu ni..8/10 berangkatlah saye pulang ke Penang..insyaAllah sepanjang cuti ni..saye akan lebih kerap mengupdatekan blog disebabkan blog saye ni dah ade regular viewer.Saye bercadang nak letak radio blog dan download link kat sini..tapi tengoklah keadaan camne nanti.InsyaAllah semuanya masih dalam perancangan..kalau ada rezeki..adala ye.sehingga berjumpa lagi di lain posting..wassalam~

Friday, September 30, 2005

13 alasan rindukan Ramadhan

Seperti seorang kekasih, selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

Sesungguhnya, inilah yang terkandung di dalam Ramadhan:-

1. Gelar taqwa
Taqwa adalah gelar tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelar yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelar taqwa, ia dijamin hidupnya di surga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah sarana untuk mendapatkan gelar taqwa itu.

"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(QS al-Baqarah: 183)
Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

* Jalan keluar dari semua masalah
Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, istri, saudara, orang tua, kantor dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan berbagai persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, karena Dialah pemilik kehidupan ini.

"...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."
(QS. Ath Thalaaq: 2)
"...Dan barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
(QS. Ath Thalaaq: 4) >

* Dicukupi kebutuhannya
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya...."(
QS. Ath Thalaaq: 3)

* Ketenangan jiwa, tidak khawatir dan sedih hati
Bagaimana bisa bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.

"Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-KU, maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
(QS. al-A'raaf: 35)

2. Bulan pengampunan
Tidak ada manusia tanpa dosa, sebaik apapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkin. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertobat dan bernjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Kerana dosa manusia itu setompok, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadis menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan karena keimanannya dan karena mengharap ridha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."

3. Pahalanya dilipatgandakan
Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada siapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipad gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya." (HR. Bukhari Muslim).

Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakana amalan wajib (HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah). Maka perbanyaklah amal dan ibadah, mumpung Allah menggelar obral pahala.

4. Pintu surga dibuka dan neraka ditutup
"Kalau datang bulan Ramadhan terbuka pintu surga, tertutup pintu neraka, dan setan-setan terbelenggu."(HR Muslim)

Kenapa pintu surga terbuka? Karena sedikit saja amal perbuatan yang dilakukan, bisa mengantar seseorang ke surga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan obral. Orang yang tidak membeli akan merugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya sedemikian banyak. Obral ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian otomatis pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan buat setan menggoda manusia.

5. Ibadah istimewa
Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah lewat hadis qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya karena ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya karena Aku." (HR Bukhari Muslim)

Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir kondang dari IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam arti untuk meneladani sifat-sifat Allah. Itulah subtansi puasa.

Misalnya, dalam bidang jasmani, kita tahu Tuhan tidak beristri. Jadi ketika berpuasa dia tidak boleh melakukan hubungan seks. Allah tidak makan, tapi memberi makan. Itu diteladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar meneladani Allah.

Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekedar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita teladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar bisa lewat membaca al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.

Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa meneladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.

Perlu ditekankan meneladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari saja.

4. Dicintai Allah
Nah, sesesorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada-Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadis Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya." (HR Bukhari)

5. Do'a dikabulkan
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, katakanlah bahwa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdo'a apabila dia berdo'a, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku."
(QS. al-Baqarah: 186)

Memperhatikan redaksi kalimat ayat di atas, berarti ada orang berdo'a tapi sebenarnya tidak berdo'a. Yaitu do'anya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku."

Benar, berdo'a pada Ramadhan punya tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga do'a yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan do'anya orang teraniaya. Allah mengangkat do'anya ke awan dan membukakan pintu-pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang." (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Namun harus diingat bahwa segala makanan yang kita makan, kecucian pakaian, kesucian tempat, itu punya hubungan yang erat dengan pengabulan do'a. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah kumuh pakaiannya, kusut rambutnya berdo'a kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang kumuh itu bisa mengantarkan do'anya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya terambil dari barang yang haram, bagaimana bisa dikabulkan doa'nya?

Jadi do'a itu berkaitan erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan do'a.

6. Turunnya Lailatul Qodar
Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Saking mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan (QS. al-Qadr). Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal al-Qur'an diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah dijatuhkan pada malam itu.

Beberapa hadits shahih meriwayatkan malam laulatul qodar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluhb terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir malam Ramadhan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (shalat malam) pada malam tersebut karena mengharap ridha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

Mengapa ditaruh diakhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Rupanya karena dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qodar.

Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan,
"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar
. (QS al-Qadr: 4-5)

Malaikat bersifat gaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, "Kalau Anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati Anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!' Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!' Bisikan pertama adalah bisikan setan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahwa ia telah bertemu dengan lailatul qodar.

7. Meningkatkan kesihatan
Sudah banyak terbukti bahwa puasa dapat meningkatkan kesehatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat istirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan kurang lebih delapan jam. Empat jam diproses di dalam lambung dan empat jam di usus kecil (ileum).

Jika malam sahur dilakukan pada pukul 04.00 pagi, bererti pukul 12 siang alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 siang sampai waktu berbuka, kurang lebih selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat total.

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesehatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara otomatis akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteri, virus dan sel kanker. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteri-bakteri dan sel-sel kanker tidak akan bisa bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan ampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam lambung, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan syaraf.

8. Penuh harapan
Saat berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harap. Harapan itu kian besar menjelang sore. Sehari penuh menahan lapar dan minum, lalu datang waktu buka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah, menjadikan hidup lebih bermakna.

"Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, yaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya." (HR. Bukhari).

9. Masuk surga melalui pintu khusus, Rayyaan
"Sesungguhnya di surga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilewati oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, tidak diperbolehkan seseorang melewatinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup." (HR. Bukhari)

10. Minum air telaganya Rasulullah saw
"Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi ampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.

Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.' Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau sesisip susu...Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telagak dimana ia tidak akan haus hingga masuk surga." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

11. Berkumpul dengan sanak keluarga
Pada tanggal 1 Syawal ummat Islam merayakan Hari Raya Idhul Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syetan selama bulan Ramadhan. Di Indonesia punya tradisi khusus untuk merayakan hari bahagia itu yang disebut Lebaran. Saat itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh datang berkumpul. Orang-orang yang bekerja di kota-kota pulang untuk merayakan lebaran di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari Raya selalu terjadi pemandangan khas, yaitu orang berduyun-duyun dan berjubel-jubel naik kendaraan mudik ke kampung halaman.

Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam bisa berlangsung kapan saja. Tidak mesti pada Hari Raya. Tetapi itu juga tidak dilarang. Justru itu momentum bagus. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan saudara yang lain. Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadis, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahmi!" (HR. Bukhari)

12. Qaulan tsaqiilaa
Pada malam Ramadhan ditekankan (disunnahkan) untuk melakukan shalat malam dan tadarus al-Qur'an. Waktu paling baik menunaikan shalat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir (QS Al Muzzammil: 3). Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah shalat isya' dengan berjamaah di masjid. Shalat ini populer disebut shalat tarawih.

Shalat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula usai shalat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, karena al-Qur'an memang sumber pengetahuan dan ilham.

Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengaruniai qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan-perkataan yang berbobot dan berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan shalat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.

13. Hartanya tersucikan
Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.

Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barakah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta yang barakah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barakah akan mengundang kekhawatiran dan ketidaksejahteraan.· (Bas)

Sunday, September 18, 2005

nisfu syaaban

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib


Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Doa Malam Nisfu Syaaban.

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."

Thursday, August 25, 2005

Adam

Bukan senang kalau dah bergelar Kaum Adam...

Pertama:-
AYAH
Apabila seseorang yang bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama
seperti
mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup
aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya
memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan
ditarik oleh anaknya.

Kedua:-
SUAMI
Apabila seorang suami tidak
memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yang bukan mahram, apabila
suami mendiam diri......walaupun dia
seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
tidak tinggal) maka dia akan
ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-
ABANG
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh pula kepada abang-abangnya.....jikalau mereka
hanya mementingkan keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran
ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-
ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan
yang haram dari islam, maka anak itu akan
disoal dan dipertangungjawabkan
di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita
bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat...maka kaum
lelaki yang bergelar ayah / suami
/abang atau anak harus memainkan
peranan mereka yang sebenar tidak
silap

firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI
KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA,
DIMANA
BAHAN PEMBAKARNYA IALAH
MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Sunday, August 21, 2005

simplicity



The trouble with so many of us is that we underestimate the power of simplicity. We have a tendency it seems to over complicate our lives and forget what's important and what's not. We tend to mistake movement for achievement. We tend to focus on activities instead of results. And as the pace of life continues to race along in the outside world, we forget that we have the power to control our lives regardless of what's going on outside.