Tuesday, February 26, 2008

Settled!

Alhamdulillah....

Dilema yang mengganggu fikiran dan emosi saya semenjak dua menjak nih sudah pun berakhir... Tawakal jelah... Dan saya memilih untuk terus mengambil 7 Subject sem nih dan bersedia untuk berhadapan dengan apa jua risiko mendatang.

doakan saya berjaya, ye! =)

Sunday, February 24, 2008

Should I? Or....Shouldn't I?

As told before, this should be my final semester but I’m lack of confidence if I will be able to cope with 7 subjects. 7 subjects dgn 4 major subjects memang betul-betul susah untuk average student macam saya ni. Saya dalam dilema sekarang ni…should I extend another semester or should I just continue with it since it’s already Week 5? These questions keep on bordering me…

Saya pergi jumpa Mr Mazni few days ago upon this matter. Yang tak bestnya, dia hanya akan offer 2 subject je next semester iaitu Offshore Banking and Finance dan Mergers and Acquisition. Patut ke saya extend semata-mata untuk ambil hanya 2 subjects ni? Kalau pun saya score, pointer tak akan naik banyak mana sebab semester panjang tapi saya hanya ambil 2 subjek. Main issue sekarang bukan sebab pointer tapi sebab boleh ke saya cope dengan 7 subjects sem nih? Berat tu…dah la ada subject Financial Derivatives which is the hardest subject among finance subjects. Ramai senior ‘sangkut’ sebab Derivatives! Kalau dah banyak-banyak subject nih, bila final exam mesti ‘gila’ sebab exam schedule pasti akan pack sangat-sangat. Assignments pun banyak…

Dah dengar macam-macam opinion dari ramai orang. Lagi ramai yang saya tanya, lagi kusut jadinya. Parents saya tak kisah nak extend ke tak. Derang biar saya yang decide. Tapi, sampai sekarang saya belum dapat buat apa-apa decision. Macam mana nih???? Perlu ke saya ambil risiko dengan teruskan apa yang saya dah lalui 5 minggu nih, atau saya drop je 2 subjek tu? Finance Department pun dah charged tuition fees untuk sem ni…jadi saya akan kerugian 30% untuk setiap subjek yang saya drop. Ini akan menyebabkan saya berhadapan dengan masalah PTPTN pula. Aduhhhh….apa patut saya buat? =(

Thursday, February 21, 2008

BBQ Nite

Salaam...

'KENDURI' yang diadakan tanggal 17 feb ari tu memang meriah dan happening sangat. Biarpun tak semua yang dapat menghadirkan diri kerana sengaja atau tak disengajakan, suasana tetap meriah dengan aktiviti memasak, bbq, makan, bergambar, borak-borak, ijad's belated birthday celebration dan gotong-royong. Thanks to tuan rumah, Fa dan Sue kerana men-offerkan rumah mereka untuk dijadikan lokasi majlis berkenaan. Majlis bermula lepas Isyak jadi pada siang harinya kami menyibukkan diri di dapur dan menyediakan pelbagai juadah seperti spaghetti, macaroni, corn, potato salad sesambil mengintai-intai ke 'idiot box'. =D Kalau dah semua se'kepala' yang ada kat dapur tu, memang boleh agak la cane proses memasak tu berlangsung...dah cam theme park. Kecoh!!

*Gambar-gambar yang sempat dicuri tangkap oleh professional photographers...










Rugi rasanya sebab program camni tak diadakan sejak awal Beta lagi...dah final sem baru nak 'ngam'...tapi takpe, masih ada masa lagi untuk menambahkan kenangan! So, what's next??? ;P

p/s: Cam biasa...please click on the picture to enlarge!

Friday, February 08, 2008

c-04-16....1st reunion

aloha....saya baru balik dari Penang semalam (9/2/08). Sesaje sibuk nak balik kampung dengan harapan dapat makan limau mandarin banyak-banyak. Well, it happens...tapi yang tak bestnya, baru makan 3 biji, dah demam...hehehe...sorang-sorang kat umah nih, housemates sume balik ari Ahad. Kalau nak balik cuti masa raya Cina nih, kena ambil risiko kehabisan tiket bas. Kali nih nasib tak berapa 'ong', tiket sold out....kenalah balik awal.

Okies...jom cerita pasal reunion ari tu. Predictable, kalau buat reunion kat KL...mesti banyak masa yang dihabiskan kat jalan. Jam je memanjang....haishhh~ Sian Kak nor, sampai sesat nak ambil saya dgn kak lin kat Pudu. Dari Pudu, kitorang terus ke Ampang Point...jumpa Kak Ira, Eli dan Zihah. Sambil-sambil tunggu Kak Ju dan Zeti, kitorang pegi isi perut yang dah tak henti-henti 'berkeroncong untuk ana' nih. Sasaran kami : Lemongrass Restaurant.

Curry Mee + Cincau
( Nampak cam banyak kan? Memang pun...
tengoklah mangkuk tu besar mana. Takut tak habis kang...membazir lak
so, share la dengan Kak Lin. Cincau pun ada Uumph....
and it's worth for dehydration.)


Next, we headed to Flamingo. Kunun-kunun nak main bowling la. Tunggu punya tunggu...lambat nye nak sampai turn kitorang. Mula-mula memang excited nak main, tapi dah penat menunggu...mood pun tarak. Takpela, dah bukan rezeki pin tu nak strike di tangan kitorang...hehehe... Zeti ajak dinner di Gombak. Restaurant ala kampung; Kunang-kunang...



Saya makan: Nasi lemak sambal sotong
( Boleh tahan...sotong banyak tapi pedas.
Saya yang tahan pedas nih pun rasa
pedas, kalau zeti...mesti meraung punye.. =D )

Zihah + Kak Ju + Abg Azhar makan: Nasi Goreng Seafood

Kak Lin makan: Nasi Lemak Sambal Ayam

Kak Nor makan: Spaghetti Cabonara
(Biarpun tak dapat makan kat Restoran Kapal-Kampung Baru, Kak Nor masih mengekalkan semangat Western Food nye...Tahniah!) ;P

Actually, ade lagi side dish yang di order cam keropok lekor + cucur udang. Tapi tak sempat nak snap gambar sebab kejap je dah abes...hehehe.

Jauh gak perjalanan nak ke Restaurant nih. Lepas makan, bergambar dan borak-borak...sampai pelayan kat situ pun agaknye dah nyampah dah dan cam tengah berharap je kitorang balik. Dek kerana tak nak hampakan derang, kitorang pun akur dan bersurai..

Bermalam kat Kondo Kak Nor kat Pandan Indah...thanks Kak Nor for the hospitality! Awal-awal pagi dah bangun dan bersiap untuk kejar bas ke Melaka kul 9am tapi sempat tengok cite 'Anak Halal' kejap dan singgah di drive-thru Mcd untuk tapau breakfast set. Pendek kata, reunion nih hanya ada 1 aktiviti iaitu...MAKAN!! hehehe

Biarpun macam-macam kekangan yang berlaku seperti kehadiran yang tidak penuh, traffic-jam, dan sesat...reunion nih tetap best! Pasnih, gather kat umah Kak Ju lak pakat rewang ramai-ramai...sempena WEDDING dia nanti...tahun nih kan, Kak Ju? =)


  • Kehadiran: Linda, Juliana, Ira, Zeti, Eli, Zihah, Ika, Nor, Azhar, Amri, Fitri.
  • Agak-agak kalau tak puas nak tengok sebab gambar tak cukup besar...jangan segan...just click on the pic to enlarge!

Friday, February 01, 2008

Back after 3 Months..

salaam....

I'm back after 3 months been away from blogging =) Where should I start...hurmm...internship was great. As told in previous entry, the industrial training took place at MAS-Penang. Antara kerja harian di Accounts Department ialah prepare invoices, data entry, update utility bills and staffs medical report, refund clearance and credit control.

HR buat rotation department, so kejap kat Ticketing & Reservations, kejap kat Cargo Sales dan kejap kat Airport Operations. I also got the chance to visits the aircrafts. That was one of the bestest moment! Dapat masuk dalam kokpit and holds ( some part of the aircraft where all the baggage and cargo are placed). Saya di-assigned hampir ke semua department under Airport Operations; Golden Lounge, Boarding Gate, Check-in Counter, RAMP, Baggage Service Unit Lost & Found and Control Unit.

It is undeniable that each moment I spent in Malaysia Airlines System Berhad, the experience and the extra knowledge obtained are very precious. I did took some pictures in the aircrafts, but I apologize for I will not upload it here since, the captain allowed the photo-taking for personal use only and not for publications. So, no other options except... I have to obey the rules... ;)

How's the new look for the blog? Do you like it? Sorry about the font size, I'll try to do some amendment on the coding part later. This time I choose white as the background and the header; I did it myself. Putih nampak bersih...kan? Hehe...

p/s: Tomorrow...I'll be in KL attending a gathering for C-04-16. Will update the news by next week, insyaAllah. =)