Friday, February 08, 2008

c-04-16....1st reunion

aloha....saya baru balik dari Penang semalam (9/2/08). Sesaje sibuk nak balik kampung dengan harapan dapat makan limau mandarin banyak-banyak. Well, it happens...tapi yang tak bestnya, baru makan 3 biji, dah demam...hehehe...sorang-sorang kat umah nih, housemates sume balik ari Ahad. Kalau nak balik cuti masa raya Cina nih, kena ambil risiko kehabisan tiket bas. Kali nih nasib tak berapa 'ong', tiket sold out....kenalah balik awal.

Okies...jom cerita pasal reunion ari tu. Predictable, kalau buat reunion kat KL...mesti banyak masa yang dihabiskan kat jalan. Jam je memanjang....haishhh~ Sian Kak nor, sampai sesat nak ambil saya dgn kak lin kat Pudu. Dari Pudu, kitorang terus ke Ampang Point...jumpa Kak Ira, Eli dan Zihah. Sambil-sambil tunggu Kak Ju dan Zeti, kitorang pegi isi perut yang dah tak henti-henti 'berkeroncong untuk ana' nih. Sasaran kami : Lemongrass Restaurant.

Curry Mee + Cincau
( Nampak cam banyak kan? Memang pun...
tengoklah mangkuk tu besar mana. Takut tak habis kang...membazir lak
so, share la dengan Kak Lin. Cincau pun ada Uumph....
and it's worth for dehydration.)


Next, we headed to Flamingo. Kunun-kunun nak main bowling la. Tunggu punya tunggu...lambat nye nak sampai turn kitorang. Mula-mula memang excited nak main, tapi dah penat menunggu...mood pun tarak. Takpela, dah bukan rezeki pin tu nak strike di tangan kitorang...hehehe... Zeti ajak dinner di Gombak. Restaurant ala kampung; Kunang-kunang...



Saya makan: Nasi lemak sambal sotong
( Boleh tahan...sotong banyak tapi pedas.
Saya yang tahan pedas nih pun rasa
pedas, kalau zeti...mesti meraung punye.. =D )

Zihah + Kak Ju + Abg Azhar makan: Nasi Goreng Seafood

Kak Lin makan: Nasi Lemak Sambal Ayam

Kak Nor makan: Spaghetti Cabonara
(Biarpun tak dapat makan kat Restoran Kapal-Kampung Baru, Kak Nor masih mengekalkan semangat Western Food nye...Tahniah!) ;P

Actually, ade lagi side dish yang di order cam keropok lekor + cucur udang. Tapi tak sempat nak snap gambar sebab kejap je dah abes...hehehe.

Jauh gak perjalanan nak ke Restaurant nih. Lepas makan, bergambar dan borak-borak...sampai pelayan kat situ pun agaknye dah nyampah dah dan cam tengah berharap je kitorang balik. Dek kerana tak nak hampakan derang, kitorang pun akur dan bersurai..

Bermalam kat Kondo Kak Nor kat Pandan Indah...thanks Kak Nor for the hospitality! Awal-awal pagi dah bangun dan bersiap untuk kejar bas ke Melaka kul 9am tapi sempat tengok cite 'Anak Halal' kejap dan singgah di drive-thru Mcd untuk tapau breakfast set. Pendek kata, reunion nih hanya ada 1 aktiviti iaitu...MAKAN!! hehehe

Biarpun macam-macam kekangan yang berlaku seperti kehadiran yang tidak penuh, traffic-jam, dan sesat...reunion nih tetap best! Pasnih, gather kat umah Kak Ju lak pakat rewang ramai-ramai...sempena WEDDING dia nanti...tahun nih kan, Kak Ju? =)


  • Kehadiran: Linda, Juliana, Ira, Zeti, Eli, Zihah, Ika, Nor, Azhar, Amri, Fitri.
  • Agak-agak kalau tak puas nak tengok sebab gambar tak cukup besar...jangan segan...just click on the pic to enlarge!

1 comment:

Anonymous said...

yeay .. blog berwajah baru ... kaklin x aktif sgt la ni sbb kt off xde internet access ... luv the piccs ... nice onee ... :p