Tuesday, September 30, 2008

raya

salaam...

Hari nih, 1 Oct 2008 bersamaan 1 Syawal 1429....sejak 22 tahun yang lalu, sepatutnya tika dan saat ini saya bersama family berkumpul dan berkunjung ke rumah sanak saudara, makan kuih raya sambil bergurau senda. Namun, lain pula untuk tahun 2008 nih...buat pertama kali saya beraya di perantauan...(Ye ye je perantauan...padahal KL je pun =D)

Sekarang, jam 2 petang dan saya sedang 'park' diri saya di office sambil menantikan jam 3 petang untuk memulakan rutin kerja harian. Payah juga menahan emosi kerana asyik terbayangkan ketupat, rendang, dodol dan 'halwa maskat' air tangan Tok Wan.

Alhamdulillah, saya masih bersyukur sekurang-kurangnya terbuka gak pintu hati bos untuk menganugerahkan 1 + 1/2 hari cuti....Makanya, saya akan balik kampung pada malam raya ke-2. Kebetulan raya ke-3 nanti, kitorang nak adakan kenduri tahlil buat Arwah Pak Su yang baru kembali ke Rahmatullah 2 minggu yang lepas dan Arwah Tok yang dah 3 tahun meninggalkan kitorang. Dek kerana, saya se-family masih dalam mood berkabung...persiapan pun sederhana je. Kepada yang ikhlas, sedekahkanlah al-fatihah buat arwah...semoga roh mereka dicucuri rahmat selamanya.

Berbalik kepada juadah istimewa hari raya yang merupakan satu kemestian pada setiap kali lebaran kecuali tahun ini ialah 'halwa maskat'... rasanya, negeri-negeri di bahagian utara je yang tahu akan kewujudan juadah nih. Cara membuatnya ala-ala dodol...tetapi memerlukan minyak yang sangat banyak, dan digaul dengan buah badam dan kismis...Memang ber-jam gak la proses untuk menghasilkan juadah nih...Tenaga kena kuat untuk dayung halwa dalam periuk besar pastu, kena tahan dengan pedihnya percikan minyak.

Oklah...buat semua teman-teman yang mengenali saya, Salam Lebaran! Maaf Zahir dan Batin... =)

No comments: