Mai sini mai...pakat mai ghamai-ghamai no.. :D
OK, as promised in my previous entry... i'll talk about Penang and the food.
Jalan-jalan cari makan di pulau ini memang berbaloi.. murah+segar+sedap.
Anda mahukan masakan Thai?
1) Restoran Tomyam Pak Husin (Relau)
Mesti cuba: Tomyam seafood yang uumpphh... dan sotong kangkung...
2) Restoran Bangkok Tomyam (Jelutong)
Mesti cuba: Ikan Siakap Stim dan kerabu mempelam
3) Su Ail Tomyam (Jalan Larut)
Mesti cuba: Ikan masak ala thai (sos yang sgt 'kick')...dan udang masak petai
Anda inginkan nasi kandar/masakan India terbaik di Pulau Mutiara?
1) Restoran Kapitan (Chulia Street)
Mesti cuba: Briyani Claypot (ayam/kambing/daging- superb! disajikan dengan kuah dal dan jeruk timun), tandoori chicken (1 set dengan roti naan yang sangat lembut+kuah dal). Jika anda penggemar susu, di sini anda boleh menikmati susu badam segar.
2) Restoran Sultania (Little India)
Mesti Cuba: Nasi kandar berlauk gulai itik, gulai ayam piru-turkey, gulai angsa, gulai ayam cincang dan air lassam (indian's herbal drink). Di sebelah malam, menu yang disajikan ialah capati bakar dan lauk pauk seperti daging cincang dan kima.
3) Nasi Kandar Misai (Belakang Pasar Chowrastaa-buka malam sahaja)
Mesti Cuba: Gulai Ikan (panas-panas lagi!), ayam goreng (berempah,rangup), dan sambal nyiokk (sambal kelapa). Restoran ni dah lama beroperasi, sejak saya sekolah rendah lagi sampai la sekarang nih dah bekerja. Mamak tu pun dah beruban, misai pun dah takde :D
Anda ingin merasai masakan melayu yang berbaloi-baloi dan murah?
1) Restoran Mutiaraku (Teluk Bahang)- Ini merupakan restoran keluarga saya yang diuruskan oleh Pak Lang saya sendiri. Restoran ni dah beroperasi sejak tahun 1982 lagi.
Kena cuba: Nasi berlauk (masakan ala kampung, ayam ros, gulai ikan, sotong sambal,ikan cencaru belah belakang bersambal). Ada masakan panas, yang paling best ialah mee udang special dan mee kuah(resipi warisan turun temurun!) Western food pun ada disajikan.
2) Restoran Kak Azie (Pasar Bayan Baru)
Kena cuba: Nasi berlauk Gulai ikan kering, gulai ketam, ikan masak lemak etc
3) Restoran Minah (Taman Sardon)
Kena cuba: Nasi berlauk gulai ikan, ikan sumbat dan kerabu taugeh
Kenyang la, nak makan ringan-ringan sahaja? Ha...anda boleh cuba yang ini:-
1) Pasembur (Gurney Drive) ada banyak pasembur di jual di sini, pastikan anda locate kedai yang betul, satu-satunya mamak yang memotong cucur sambil head-banging lagu 'barbie girl'.
2) Mee Bangkok (Bangkok Lane)
Menu hebat: Mee/bihun/kuey tiow goreng sotong, boleh pilih nak berkuah or kering
3) kuih muih di Pasar Taman Sardon. (pelbagai jenis semuanya sedap-sedap belaka,dan yang mesti anda cuba ialah pulut sekaya dan pulut sambal)
4) cucur udang-dalam bazar Chowrastaa
5) Penang Road Cendol (Komtar Walk)-sangat famous dan sangat sedap! anda mesti cuba, cendol durian dan cendol pulut. Tauke kedai ini bermula dengan meniaga cendol di tepi jalan sehingga akhirnya berjaya membuka restoran yang gah di Komtar Walk. Selain cendol, ABC, cincau dan lai chi kang juga ada dijual di sini.
Ini adalah tempat-tempat top dan highly recommended untuk anda yang suka makan. Oklah readers, Saya tinggalkan anda dengan sepinggan Pasembur-Gurney Drive.. selamat menjamu mata!!! hehehe.. :D
No comments:
Post a Comment