
Salam...sekadar ingin berkongsi keterujaan saya dengan aktiviti santai di petang hujung minggu 2 minggu lepas. Seronok rasanya, menghabiskan masa di Padang Layang-layang, di Kepong... Dah penat berjalan-jalan di Taman, saya mencari port terbaik untuk berehat sambil membaca Novel. Betul-betul di bawah pohon besar...duduk bersandar konon-konon feeling cam drama melayu tu... hehehe..sambil membaca karya Siti Rosmizah-'Andai itu takdirnya', sambil turut serta melihat kebahagiaan kelompok kanak-kanak bermain layang-layang bersama ibu bapa...berkelah dan bersantai.
Terus mengimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak. Petang hari minggu, selalunya mak akan bawa saya dan abang ke Pantai Hujung Batu, di Teluk Bahang, Penang untuk bermain layang-layang. Lingkungan umur saya waktu tu lebih kurang 7-8 tahun...adik pun belum ada lagi masa tu. Saya tukang baling layang-layang, pastu abang tarik dan naikkan layang-layang...mak akan bersantai sambil menikmati 'kacang cap tangan' kegemarannya. Bahagianya kalau dapat kembali ke zaman itu kan...

Sorry, gambar tak berapa jelas sebab tak bawa DSLR...sekadar menggunakan kamera Nokia C6 je..kualiti gambar pun pepahamla ye...yang pasti, anda perlu datang sendiri ke padang ini untuk menyaksikan puluhan layang-layang pelbagai design dan size menghiasi langit biru...Meriah!
No comments:
Post a Comment