Saturday, February 10, 2007

Katakan TAKNAK kepada Valentine's Day!

Katakan TAKNAK kepada Valentine's Day

Sana sini kelihatan fliers dan banners mempromosikan hari Valentine. Sejak awal bulan Februari lagi, dedication booth dibuka di CLC Concourse-MMU untuk pasangan-pasangan kekasih membuat dedikasi, membeli bunga dan hadiah. Bersemangatnya warga MMU menyambut Hari Valentine ini. Maulidur Rasul, Maal Hijrah pun tak semeriah begini. 'Hebatnya pengaruh barat'!! Isu ini tidak akan saya utarakan jika tiada pelajar muslim yang turut sama beria-ia menyambut hari merepek dan tidak berasas ini. Di atas tindakan mereka itu, saya ingin mengkategorikan mereka ini sebagai orang yang 'bodoh' kerana bersikap seperti lembu di cucuk tali di hidung yang mengikut ke mana sahaja tuan nya pergi. Orang kafir sambut, kita pun nak sambut padahal perayaan itu tidak memberi apa-apa kebaikan sebaliknya menghadiahkan berjuta keburukan. Entahla...tepuk dada, tanya iman!


Di antara keburukan meniru budaya kafir:
1. mempopularkan ritual-ritual mereka sehingga terhapuslah nilai-nilai Islam.
2. mengikuti mereka bererti memperbanyakkan jumlah mereka, mendokong dan membenarkan agama mereka, sedangkan seorang muslim dalam setiap rakaatnya membaca;

“Tunjukkanlah Kami jalan Yang lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” [Surah al-Fatihah(1) : 6-7]

Tidak malukah mereka yang setiap hari memohon kepada Allah agar ditunjukkan kepadanya jalan orang-orang mukmin dan dijauhkan darinya golongan mereka yang sesat dan dimurkai, sedangkan mereka sendiri menempuh jalan yang sesat itu dengan sukarela walaupun telah diberi berbagai-bagai peringatan?

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jambatan ke syurga yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kita termasuk dalam golongan yang disebutkan di dalam sabda Nabi:

“Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah pada Hari Kebangkitan di mana tiada perlindungan lain melainkan hanya perlindungan Allah. (Mereka itulah) pemimpin yang adil, pemuda yang terdidik supaya menyembah Allah, pemuda yang mengingati Allah dalam keadaan mengasingkan diri dan menangis kerana Allah, pemuda yang hatinya terikat dengan masjid (menawarkan kewajipan bagi dirinya solat berjemaah di masjid), dua orang yang mencintai kerana Allah, pemuda yang apabila diajak oleh wanita bangsawan yang cantik untuk melakukan zina dan dia berkata: ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah,’ dan pemuda yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya sendiri tidak tahu apa yang diberi oleh tangan kanannya.” [Hadith Riwayat Abu Hurairah, Sahih Bukhari, no 798]

wallahu a'lam bis-shawab


No comments: