14 feb?? Takde Maknanya...
Rasul junjungan kita lahir pada 9 Rabi’ul Awwal(pendapat yang lebih rajih berbanding 12 Rabiul Awwal) manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam adalah pada 14 Februari. Tetapi mengapa tarikh 14 Februari itu lebih senang diingati oleh umat Islam itu sendiri? Bahkan mereka berasa rugi sekiranya terlepas peluang meraikannya.
Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali hatta di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah? Sejarah Valentine’s Day sememangnya mempunyai pelbagai versi. Pun begitu, tidak ada satu pun di antara versi-versi sejarah tersebut yang dapat memberi manfaat kepada kita untuk turut meraikannya. Bahkan ia telah pun dihukum haram dan syirik oleh majoriti ulama’ seluruh dunia.
“Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh, kerana Pertama: ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syariat Islam. Kedua: ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara rendahan(remeh) seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salafussoleh(umat terbaik yang hidup pada 3 kurun pertama umat Islam) –semoga Allah meredhai mereka. Maka tidak halal melakukan ritual raya, baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, nerpakaian, saling bertukar hadiah ataupun lainnya. Hendaknya setiap Muslim merasa bangga dengan agamanya, tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan. Semoga Allah melindungi kaum muslimin dari segala fitnah, yang nampak ataupun yang tersembunyi dan semoga meliputi kita semua dengan bimbingan-Nya.”Syeikh al-Utsaimin Rahimahullah
Additional points:-
*Be my valentine?"Perkataan “Valentine” berasal dari Latin yang bererti “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, yang orang Romawi menganggap mereka sebagai Tuhan. Maka samada ianya disedari atau tidak, jika kita meminta seseorang “to be my Valentine”, hal itu telah menjatuhkan si pelakunya ke dalam syirik dan terkeluar dari Islam(sekiranya disedari) dan berdosa besar serta dimurkai Allah(sekiranya tanpa disedari) kerana memintanya menjadi “Sang Maha Kuasa” dan menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala.
*Cupid?-Adapun Cupid (the desire), si bayi bersayap dengan panah adalah dikatakan Putera Nimrod “The Hunter” dewa matahari. Disebut sebagai Tuhan Cinta kerana ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia juga berzina dengan ibunya sendiri!!
[sumber: Ken Sweiger, Should Biblical Christians Observe It?]
Itulah serba sedikit sejarah tentang Valentine’s Day yang diagung-agungkan itu, yang keseluruhannya tidak lain bersumberkan paganism orang musyrik, penyembahan berhala dan penghormatan kepada paderi. Di manakah letaknya “kasih sayang” itu? Lalu mengapakah kita masih juga menyambut Hari Valentine? Adakah ia hari yang istimewa bagi kita umat Islam? Adat? Atau hanya ikut-ikutan semata tanpa tahu asal-usulnya? Sangat menyedihkan bila teman-teman kita, remaja putera puteri Islam yang terkena penyakit ikut-ikutan “mengekor budaya Barat” dan acara ritual agama lain.
No comments:
Post a Comment