Masa mula-mula dapat task dari Madam Iza untuk buat friendly match nih, semua orang bingung. Apa kena mengena subjek investment dengan volleyball nih? Dahla banyak assignment dan project lain..Duk tak duk kena main volleyball pulak.
Biarpun dalam kebingungan itu, masing-masing tetap komited dengan tugasan yang diberi. Kami hanya diberitahu pada hari Khamis(8/2) dan match itu akan berlangsung pada hari Selasa.(13/2) Ada 5 hari sahaja untuk prepare. Memang sukar tambahan pula untuk orang yang dah lama tak bersukan cam aku nih. Sejak masuk MMU, memang dah tak aktif main sport.
Sesi training bermula. Baru 1st day training dah bengkak tangan. Kerasnya bola volleyball nih. Sakit sangat sampai tak boleh nak genggam tangan. Bagus jugak la sebab aku hanya dipilih menjadi substitute. Kalau tak, memang kalahlah team tu ;P.
Hari Isnin, aku dikejutkan oleh berita yang team aku langsung tak bersedia dengan cheer song. Cuma slogan semata-mata? Nasib baik aku ada sedikit pengalaman jadi cheerleader masa form 3 dulu. Daripada seorang simpanan, sekarang aku jadi trainer ;p Alhamdulillah, derang cepat pick up. Dan kini...hari yang dinanti-nantikan pun tiba. We won the game!!! 25-24 against Soldier. Memang happening sangat malam tu.
After that, I come to realize the purpose of Madam Iza's doing this. I have to admit that by doing this friendly match, we were able to get to know each other better. After a year of being in the same course, now only I know who is Mr... who is Miss... Madam Iza has succeed in her mission to unite our team!
No comments:
Post a Comment