Ramai orang mahukan duit. Ramai mahu menjadi kaya dengan cepat. Tambahan pula, belajar di MMU; Money Making University la katakan. Segalanya wang! Bukan mahu membebel, bukan nak iri hati dengan kekayaan yang mereka perolehi tetapi cuma ragu-ragu adakah duit itu memang benar-benar 'bersih' yakni halal untuk di makan? Sana sini orang berbicara fasal bisnes. "Masuklah...nak tolong orang Islam", "Masuklah boleh cepat kaya".Macam-macam ada...
Ok, untuk membicarakan tentang isu 'bersih' itu tadi, biar saya jelaskan dulu apa maksud riba.
Riba: An act of 'zulm'; oppresive, in justice, unfair, slavery, deceit, corrupt, ill-treated, manipulation,speculative etc.
Banyak lagi yang boleh diletakkan di bawah definisi riba. Tapi, cukuplah saya senaraikan mana yang termampu. Di dalam Quran sendiri ada menyatakan bahawa bai'ah(trade) dihalalkan TETAPI riba adalah diharamkan! Rasanya ini sudah cukup sebagai sesi pengenalan dan suai kenal antara manusia dan riba.
Menceritakan pengalaman saya apabila diajak oleh seorang rakan untuk menyertai sebuah business menjual sejenis produk 'X' (bukan nama sebenar). Dengan bermodalkan sekurang-kurangnya RM1000, syarikat tersebut akan menjual produk yang dimaksudkan dan saya akan menjana profit bulanan sebanyak RM250. Ertinya, dalam masa 8 bulan, saya akan mendapat pulangan RM2000. Wow! Pulangan berganda? Hebat betul! Saya boleh mengklasifikasikan business jenis ini jatuh ke dalam kategori 'in justice' untuk definisi riba. Kenapa? Jawapannya ialah, syarikat tersebut memberi jaminan bahawa saya akan dapat RM250 sebulan; Adakah benar mereka akan berjaya mendapat profit setiap bulan hasil jualan produk itu dan akhirnya dapat memberi saya pendapatan bulanan;RM250....bagaimana jika ia gagal?Memang advantage nya nampak pada kita yang melabur sebab walau apapun, kita akan tetap dapat RM250 tetapi sampai bila syarikat itu dapat berpegang pada janjinya?
Jalan yang bersih ialah; sepatutnya di dalam akad(offer and acceptance) ataupun perjanjian itu, ia mestilah mengandungi statement seperti ini;
Syarikat akan memberi 10%(sebagai contoh) daripada keuntungan kepada pelabur.
Maksudnya di sini, sekiranya syarikat itu tidak mendapat profit; maka tidak perlulah diberi bahagian kepada pelabur. Barulah fair and square kan? Mana mungkin, perniagaan yang rugi dapat mengotakan apa yang dijanjikan...RM250 sebulan?Logikkah?
Lihatlah kawan-kawan, ramai di antara kita yang tidak ambil berat tentang perkara ini. Ya! Memang ia adalah sesuatu yang remeh tetapi hal yang remeh inilah jika dibiarkan akan menjadi semakin melarat kelak. Tujuan saya bukan untuk mengkritik atau mencari point untuk menimbulkan was-was kepada orang yang ingin menjana pendapatan. Tetapi, sekadar untuk mengingatkan supaya hasil yang diperoleh itu adalah halal untuk dimakan yang akhirnya akan menjadi darah daging kita sendiri. Sentiasalah ingat bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya.
p/s: Saya pasti ramai yang hanya faham bahawa riba adalah interest. Itu hanyalah 'a small portion' of riba. Menurut sumber, jika interest yang dikenakan adalah 4%; ia adalah halal. Soal saya, sekiranya dalam sepinggan nasi campur itu, terselit hanya sedikit sahaja pork skin, adakah ia halal? Hukumnya, tetap haram kan?
Wallahualam. Saya hanya berkongsi ilmu yang saya dapat. Jika ada salah dan silap; harap dapat ditegur.
1 comment:
wow! hujah yang menarik dan kuat!
Post a Comment