Friday, August 31, 2007

Photoshop-addicts!

Ini adalah sebahagian dari hasil photoshop saya. Ya! Memang takde la gempak sangat sebab saya bukanlah Pro...masih bertatih lagi. Saya masih mengharapkan bantuan tutorials dalam proses meng'edit' nih. Jika anda mempunyai minat yang sama, sudi-sudikanlah berkongsi idea dengan saya.

Nasi Goreng Sardine Asparagus



Ha...inilah juadah sempena Merdeka! Resipi sendiri nih hasil perkongsian idea dengan my roomate, Nazirah. Bahan-bahannya ialah:-

1 tin sardin (dimasak)
Asparagus
Telur 3 biji
Nasi putih
Ikan Bilis
Bawang
Garam
Tomato

Cara membuatnya memang senang! Sebab...kitorang pun main campur aduk je ala-ala main masak-masak masa zaman kanak-kanak dulu. Hehehe...Mula-mula, goreng ikan bilis, tuskan minyak dan masukkan bawang. Tumis sampai naik bau, masukkan nasi, tambah sedikit minyak, masukkan telur yang dah dipukul. Gaulkan semuanya lalu masukkan sardin, asparagus dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kemudian, masukkan garam secukup rasa. Goreng campuran tadi sampai masak. Tomato dihiris dan dihiaskan pada makanan yang dah siap dimasak.

Ha...kan dah cakap, senang je..Thanks Nazirah for the ingredients. Selamat Mencuba!

Monday, August 20, 2007

Day 3


Lepas breakfast, ronda-ronda naik motor dengan Hana. Dah lama sangat tak naik motor nih…last sekali masa standard 3 kot. Kumpul kat Balai Raya dan kami di bawa Le Tour De Kampung. 1st destination ialah jeti…sesi bergambar dengan perahu, kesian kat derang yang tak berkesempatan nak naik perahu. Pastu kami ke tempat bermain gasing. Kena ada skill la kalau nak main gasing nih, kalau main baling je memang leh cederakan orang la. Dari nak pangkah gasing lawan, tertikam kaki sendiri…tak pasal-pasal. Usai, kami ke tempat penternakan Lokan. Lokan nih bentuk fizikalnya seakan-akan tiram la…pastu berposing kat tasik yang sangat banyak bunga teratai. Cantik! Kemudian, kami merentasi ladang getah untuk ke tempat penternakan kambing…

Seterusnya, kami dibawa melawat dusun rambutan, bukan setakat melawat je…siap berkenduri rambutan dan tapau bawa balik lagi. Dah kenyang, kami ke kebun sayur pulak. Bestnye kampung nih, semua ada. Takyah pegi pasar dah… Selesai melawat, kami pulang ke rumah dan packing untuk balik. Detik-detik nih memang sedih sangat… kejap je masa berlalu, dah abes 3 hari. Dah jatuh cinta dengan Kampung Solok Paya Lebar nih…tak puas rasanya~

Saturday, August 18, 2007


Day 2

Sebelum ke balai raya, Amad bawa kami lawat kampung dia. Dari kandang kambing ke reban ayam, seterusnya reban itik dan angsa. Selesai mini lawatan bersama Amad, kami ke balai raya.


Aktiviti hari ini dimulakan dengan tarian “poco-poco”. Susah nak explain gerak tari tarian ni. Lebih kurang cam aerobic gak le. Lepas tu, kami bergotong royong bersihkan Balai Raya dan surau kampung sambil bergembira dan usik-mengusik. Sempatlah borak-borak dengan abang Fauzi (orang kuat program homestay nih) dan Ustaz Kamal.

Sampai je rumah, mak gitau orang dah tunggu kat perahu nak bawak kitorang pegi sungai. Masa mula-mula sampai kampung nih semalam, abang Fauzi dah warning sungai tu ada buaya dan takleh mandi tapi kitorang still nak pegi gak. Sampai je kat jeti... Mak aih…ingatkan perahu cam yang selalu aku tengok kat TV; ada bumbung dan tinggi la dari paras air rupa-rupanya cam sampan berenjin. Mula-mula pakcik tu kayuh pakai dayung, dalam hati dah macam-macam doa nih, dahler ada buaya..perahu rendah…air sungai lak keruh sangat. Gegegege...

Jauh gak la kitorang menyusuri sungai tapi tak nampak-nampak gak buaya maybe sebab time tu air pasang kot; selalunya buaya timbul masa air surut tapi kalau air surut, perahu lak takleh gerak. Nampak banyak pokok nipah, buah nipah dan macam-macam jenis pokok yang tak pernah dilihat. On the way nak balik tu kami singgah ambil buah nipah. Adik ika cakap buah tu sedap tak rasa rugi…tengah-tengah ambil tu, pakcik yang bawa perahu nih ternampak ular sawa warna kuning atas pohon nipah tu. Dengan slumber dan beraninya dia goyangkan pokok tu sampai terjatuh ular tu dalam sungai. Daripada tujuan asal nak tengok buaya, alih-alih asyik jumpa ular je. Dari yang menjalar sampai yang terbang. Satu pengalaman yang sangat-sangat bermakna.

Dah selesai, kami kembali ke Balai Raya. Kali nih, diberi tugasan untuk prepare group performance untuk Culture Night malam ni. Masa yang diberikan setengah jam je. Gelabah ler dari menyanyi ke bersajak…dan akhirnya kami buat keputusan untuk buat sketsa. Petang, acara sukaneka. Dah lama tak main sukaneka nih…antara permainannya ialah passing/baling belon berair, bawa telur pakai sudu, pass getah dengan menggunakan straw, kopek kelapa, cari gula-gula dalam tepung dan yang paling pelik ialah acara memberus gigi kawan. Erkk~

Malam, pembentangan persembahan berkumpulan dan diteruskan dengan pertandingan karaoke. Balik umah, rehat-rehat bersama family sambil tonton Pemburu Emas Yamashita dan makan keropok lekor berselang-seli dengan buah mata kucing. Perut dah buncit, mata pun dah berat…masa untuk tidur...Oh, malam ni Amad tidur dengan kitorang dan dia tidur ‘logam’. Hehehe

*Logam-berdengkur

Monday, August 13, 2007

Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2007
Kampung Solok Paya Lebar
Alor Gajah, Melaka
4 to 6 August 2007

Homestay!!! It was my first time joining this homestay program and I found out that it was really great. Mula-mula rasa cam was-was je sebab kawan pun takde yang nak join biarpun pada awalnya ada, tapi due to some unexplained circumstances it ends up me went there alone. Macam-macam aktiviti yang dibuat kat sana…here’s the flow of the awesome program:-

Day 1

Bertolak dari MMU lebih kurang jam 1.30pm. Yang tak bestnye masih lagi tak berpeluang nak merasa naik bas MMU. Naiklah bas sekolah yang kaler kuning tu…*sigh* After 1.5 hours journey sampailah kat kampung tu. Kami disambut dengan meriah oleh orang-orang kampung semua. Sambil dengar ucapan sorang demi sorang kat Balai Raya tu sempatlah tengok gelagat makcik-makcik yang datang.. dalam hati, tertanya-tanya...
“Sapelah mak angkat aku nih”…


Next, kami diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Nama ibu angkat saya ialah Norhayati Ibrahim (cam nama novelis lar..) ayah angkat lak nama dia Karim kot kalau tak silap..Derang ada 5 orang anak yang sulung belajar kat Kolej Kejururawatan, 2nd tu nama dia Erul (17thn), Ika (12thn), Awie (10thn) and yang paling bongsu dan sangat hyper-active Mohamad Adi Putra (3thn). Dah abes sesi agih-mengagih, saya dan 3 lagi dak MMU Kathy, Sarah dan Hana (semua junior nih, saya yg paling tua..hehehe ;P ) naiklah van ayah kitorang untuk pulang ke rumah. Sampai umah tu Amad (Adi Putra) kenalkan kitorang dengan kucing dia yg sangat lah ‘slim’ bernama Mamet.

Tengah borak-borak mak ajak pegi pasar malam. Kitorang pun ikutlah…pasar malam tu kat Pekan Kuala. Memang meriah ler, pasar malam yang paling panjang pernah saya pegi. Kitorang pun borong lah macam-macam. Cendawan goreng pun ada…dan yang paling banyak kitorang borong; keropok lekor. Balik umah dah nak maghrib, kelam kabut mandi, solat, makan pastu pegi balai raya balik.

Aktiviti pada sebelah malam ialah mencipta lagu sorak, kitorang pun formlah 1 group yang semuanya perempuan. Tengah duk diskusi, tetiba ada 3 belia lelaki join group kitorang. Maka terhasil lah nama group kitorang; “Bunga 3 Kumbang”. Dah abes sume, kitorang pun balik umah...sesi karaoke dengan family…jangan terkejut, sound system umah family saya tip top abes! Disebabkan saya batuk dan dah nak kehabisan suara, tak dapatla nak join nyanyi sekali...jadi pendengar je. Dah lewat dan derang nak tengok cite hantu, apa lagi...cabutler masuk bilik dan tidur. ZzzzZzz….

Wednesday, August 01, 2007

manisnya iman



-Petikan dari buku Renungan Tasawuf –
"Manisnya iman" oleh Prof Dr Hamka

Di mana Engkau hai kekasihku
apakah di asap menjulang langit
di awan bermega turun
di angin sepoi-sepoi

Di mana Engkau hai kekasihku
di tangis anak bendungan ibu
apakah di kembang yang mulai mekar
apakah di senyum anak ketika ayah pulang dari pekerjaan

Allah.. di mana Engkau hai kekasihku
apakah pada waktu lampu kehabisan minyak
pada nafas yang akan keluar dari badan
mana dia yang tadinya bergerak
mana tadinya yang masih bercakap
mana dia

Di manakah Engkau hai Tuhanku
apakah di nisan dua sesaing
apakah di kubur dengan puding pancawarna
di pohon kemboja yang telah tumbuh
di tanah merah penggalian

Di mana Engkau hai kekasihku
Engkau ada
dalam dadaku
Allahu Akhbar