Alor Gajah, Melaka
Day 1
“Sapelah mak angkat aku nih”…
Next, kami diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Nama ibu angkat saya ialah Norhayati Ibrahim (cam nama novelis lar..) ayah angkat lak nama dia Karim kot kalau tak silap..Derang ada 5 orang anak yang sulung belajar kat Kolej Kejururawatan, 2nd tu nama dia Erul (17thn), Ika (12thn), Awie (10thn) and yang paling bongsu dan sangat hyper-active Mohamad Adi Putra (3thn). Dah abes sesi agih-mengagih, saya dan 3 lagi dak MMU Kathy, Sarah dan Hana (semua junior nih, saya yg paling tua..hehehe ;P ) naiklah van ayah kitorang untuk pulang ke rumah. Sampai umah tu Amad (Adi Putra) kenalkan kitorang dengan kucing dia yg sangat lah ‘slim’ bernama Mamet.
Tengah borak-borak mak ajak pegi pasar malam. Kitorang pun ikutlah…pasar malam tu kat Pekan Kuala. Memang meriah ler, pasar malam yang paling panjang pernah saya pegi. Kitorang pun borong lah macam-macam. Cendawan goreng pun ada…dan yang paling banyak kitorang borong; keropok lekor. Balik umah dah nak maghrib, kelam kabut mandi, solat, makan pastu pegi balai raya balik.
Aktiviti pada sebelah malam ialah mencipta lagu sorak, kitorang pun formlah 1 group yang semuanya perempuan. Tengah duk diskusi, tetiba ada 3 belia lelaki join group kitorang. Maka terhasil lah nama group kitorang; “Bunga 3 Kumbang”. Dah abes sume, kitorang pun balik umah...sesi karaoke dengan family…jangan terkejut, sound system umah family saya tip top abes! Disebabkan saya batuk dan dah nak kehabisan suara, tak dapatla nak join nyanyi sekali...jadi pendengar je. Dah lewat dan derang nak tengok cite hantu, apa lagi...cabutler masuk bilik dan tidur. ZzzzZzz….
No comments:
Post a Comment