Lepas breakfast, ronda-ronda naik motor dengan Hana. Dah lama sangat tak naik motor nih…last sekali masa standard 3 kot. Kumpul kat Balai Raya dan kami di bawa Le Tour De Kampung. 1st destination ialah jeti…sesi bergambar dengan perahu, kesian kat derang yang tak berkesempatan nak naik perahu. Pastu kami ke tempat bermain gasing. Kena ada skill la kalau nak main gasing nih, kalau main baling je memang leh cederakan orang la. Dari nak pangkah gasing lawan, tertikam kaki sendiri…tak pasal-pasal. Usai, kami ke tempat penternakan Lokan. Lokan nih bentuk fizikalnya seakan-akan tiram la…pastu berposing kat tasik yang sangat banyak bunga teratai. Cantik! Kemudian, kami merentasi ladang getah untuk ke tempat penternakan kambing…
Seterusnya, kami dibawa melawat dusun rambutan, bukan setakat melawat je…siap berkenduri rambutan dan tapau bawa balik lagi. Dah kenyang, kami ke kebun sayur pulak. Bestnye kampung nih, semua ada. Takyah pegi pasar dah… Selesai melawat, kami pulang ke rumah dan packing untuk balik. Detik-detik nih memang sedih sangat… kejap je masa berlalu, dah abes 3 hari. Dah jatuh cinta dengan Kampung Solok Paya Lebar nih…tak puas rasanya~
No comments:
Post a Comment