Friday, August 31, 2007

Nasi Goreng Sardine Asparagus



Ha...inilah juadah sempena Merdeka! Resipi sendiri nih hasil perkongsian idea dengan my roomate, Nazirah. Bahan-bahannya ialah:-

1 tin sardin (dimasak)
Asparagus
Telur 3 biji
Nasi putih
Ikan Bilis
Bawang
Garam
Tomato

Cara membuatnya memang senang! Sebab...kitorang pun main campur aduk je ala-ala main masak-masak masa zaman kanak-kanak dulu. Hehehe...Mula-mula, goreng ikan bilis, tuskan minyak dan masukkan bawang. Tumis sampai naik bau, masukkan nasi, tambah sedikit minyak, masukkan telur yang dah dipukul. Gaulkan semuanya lalu masukkan sardin, asparagus dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kemudian, masukkan garam secukup rasa. Goreng campuran tadi sampai masak. Tomato dihiris dan dihiaskan pada makanan yang dah siap dimasak.

Ha...kan dah cakap, senang je..Thanks Nazirah for the ingredients. Selamat Mencuba!

No comments: