Day 2
Sebelum ke balai raya, Amad bawa kami lawat kampung dia. Dari kandang kambing ke reban ayam, seterusnya reban itik dan angsa. Selesai mini lawatan bersama Amad, kami ke balai raya.
Aktiviti hari ini dimulakan dengan tarian “poco-poco”.
Sampai je rumah, mak gitau orang dah tunggu kat perahu nak bawak kitorang pegi sungai. Masa mula-mula sampai kampung nih semalam, abang Fauzi dah warning sungai tu ada buaya dan takleh mandi tapi kitorang still nak pegi gak. Sampai je kat jeti... Mak aih…ingatkan perahu cam yang selalu aku tengok kat TV; ada bumbung dan tinggi la dari paras air rupa-rupanya cam sampan berenjin. Mula-mula pakcik tu kayuh pakai dayung, dalam hati dah macam-macam doa nih, dahler ada buaya..perahu rendah…air sungai lak keruh sangat. Gegegege...
Jauh gak la kitorang menyusuri sungai tapi tak nampak-nampak gak buaya maybe sebab time tu air pasang kot; selalunya buaya timbul masa air surut tapi kalau air surut, perahu lak takleh gerak. Nampak banyak pokok nipah, buah nipah dan macam-macam jenis pokok yang tak pernah dilihat. On the way nak balik tu kami singgah ambil buah nipah. Adik ika cakap buah tu sedap tak rasa rugi…tengah-tengah ambil tu, pakcik yang bawa perahu nih ternampak ular sawa warna kuning atas pohon nipah tu. Dengan slumber dan beraninya dia goyangkan pokok tu sampai terjatuh ular tu dalam sungai. Daripada tujuan asal nak tengok buaya, alih-alih asyik jumpa ular je. Dari yang menjalar sampai yang terbang. Satu pengalaman yang sangat-sangat bermakna.
Dah selesai, kami kembali ke Balai Raya. Kali nih, diberi tugasan untuk prepare group performance untuk Culture Night malam ni. Masa yang diberikan setengah jam je. Gelabah ler dari menyanyi ke bersajak…dan akhirnya kami buat keputusan untuk buat sketsa. Petang, acara sukaneka. Dah lama tak main sukaneka nih…antara permainannya ialah passing/baling belon berair, bawa telur pakai sudu, pass getah dengan menggunakan straw, kopek kelapa, cari gula-gula dalam tepung dan yang paling pelik ialah acara memberus gigi kawan. Erkk~
Malam, pembentangan persembahan berkumpulan dan diteruskan dengan pertandingan karaoke. Balik umah, rehat-rehat bersama family sambil tonton Pemburu Emas Yamashita dan makan keropok lekor berselang-seli dengan buah mata kucing. Perut dah buncit, mata pun dah berat…masa untuk tidur...Oh, malam ni Amad tidur dengan kitorang dan dia tidur ‘logam’. Hehehe
*Logam-berdengkur
No comments:
Post a Comment