Sunday, September 06, 2009

Ramadhan C-04-16




5th Sep 2009

A special date for C-04-16...


It has been 2 years since we last had our gathering. It was a sudden idea. Tetibe rasa nak organize majlis buka puasa + melempiaskan rindu dendam dengan derang.
So, saya cepat-cepat sms semua orang untuk menyuarakan hasrat di hati. At first, saya suggest Restoran Sari Ratu but after thinking about it intensely, I've decided to have it at Cozy House Restaurant, Great Eastern Mall. The decision made has been inspired by the astonishing reviews of the bloggers. Lucky me, all of them agrees. So, we met up at 6pm. Some came in a bit later due to the traffic jam. Biasala..KL kan. Bila dah gather camni, aktivitinya...makan-makan and chit-chatting to update everyone with each one's latest update. It ends at 10pm with photo sessions. Tak puas rasanya sebab jumpa kejap je. Rasa cam nak sewa umah, pastu duduk sekali cam dulu-dulu. Teringat, how happening it was...We wish we could get ourselves back to that time. Time jumpa canih, tersentuh hati bila dah start mengungkit kenangan-kenangan kami bersama. Wuwuwu... ;P

We had a great time. Everyone seems so happy and satisfied with the foods. I'm glad that I have made it happened after few trials before this failed. Even though the attendance is not 100% but still most of them turned up except few yang have their own reasons that hinder them from joining us.


Here's the snapshots of that special moments:-



Black Mushroom Chicken chop (rate: 3/5)




Ice Lemon Tea serve in Jar (rate: 4/5)



Banana Split (rate: 5/5)



Prawn with Sambal Petal and Kailan Ikan Masin (rate: 5/5)



Siakap Sweet & Sour (rate: 4/5)





(From left: Hani, Zetty, Marya, Farah, Ju, Linda, Ika)












The bodyguards... (from left: Amri, E.T, Ashraf, Azhar & Taff)


Saturday, August 15, 2009

Salam....

Sengaja saya post entry ni untuk berkongsi pengalaman saya hari ahad lepas (090809). Niat di hati nak ke Gurdian-Jusco memburu mask...al-maklumlah sekarang kan musim H1N1. Sebelum ke sana, saya singgah di Pandan Indah untuk lunch...tak terasa nak makan nasi makanya, saya putuskan untuk menikmati rojak dan cendol yang dijual oleh seorang pak cik ni.

Sambil-sambil duk layan makan, mata saya khusyuk memerhatikan 1 kedai ni. Laku betul bisnes, berpusu-pusu orang keluar masuk.

Rupa-rupanya kedai Magnum...ala, yang tikam nombor ekor tu. Yang peliknya, 'customer' tu majoritinya melayu... macam-macam peringkat umur, yang muda...yang tua, perempuan, lelaki...semuanya berlagak biasa. Padahal terang-terang ditampal notis di luar premis tu:-

'Orang Islam dan yang berumur 21 tahun ke bawah tidak dibenarkan berada di dalam premis'

Bazir duit je tampal notis tu kalau tak emphasize. Ada satu ketika tu, seorang perempuan melayu 30-an bersama anak perempuannya singgah 'membeli tuah'. Kasihan si anak.... didikan sebegini yang dia dapat dari seorang ibu?

Sememangnya saya suka berjalan-jalan dan observe keadaan sekeliling tetapi observation saya kali ni memang mendukacitakan. Sedih mengenangkan mereka-mereka tadi. Usai makan, saya berborak sebentar dengan pakcik penjual rojak + cendol tu (ala-ala reporter dah ni):-

S: dah lama ke pakcik berniaga kat sini?
P: dah 6 tahun...kenapa?
S: tak dela...saya tengok kedai depan tu maju betul bisnes dia ye
P: kalau awak nak tahu, 90% yang bagi untung kat dia adalah orang kita, melayu.
S: pakcik tak try buat report ke?
P: nak report dengan sape? kalau dah polis pun masuk....lebai pun masuk

Pendedahan ni bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi realiti yang berlaku di sekeliling kita. Atau barangkali, perkara sebegini dah jadi normal bagi kita? Al-maklumlah rata-rata rakyat Malaysia kan mengamalkan prinsip 'apa orang buat, orang tu punya pasal...kita jaga diri kita sudah'.

Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab mesti la selalu pantau premis-premis ni. Kalau perniagaan mereka melibatkan orang Islam, tarik je lesen mereka! Mudah-mudahan mereka-mereka tadi sedar yang kaya itu si kafir, tetapi mereka-mereka itu akan terus papa dari ke halalan rezeki. Takkan dalam konsep Magnum pun mengamalkan '1Malaysia'? Karut!

p/s: Sang penikam nombor masih mengenakan pakaian yang selebet. Tak kaya-kaya jugak pun... ;P

'Lu Kita Pikir La Sendiri'

Tuesday, August 04, 2009

Puzzled: Question Marks....




Kenapa ye..;-

  • manusia lebih gemar berbicara tentang keaiban seseorang daripada kebaikan?
  • manusia lebih tega mengutuk, mengherdik, menghina dan menyumpah daripada memuji?
  • terlalu mudah menjadi jahat, tetapi teramat sukar menjadi baik?
  • bila kita contributes kepada sesuatu kejayaan, ia bagaikan tak dihargai tetapi once kita screwed up, kita disalahkan semahu-mahunya?
  • mudah untuk menabur janji tetapi sukar sekali untuk mengotakannya?
  • bila kita susah, sebelah mata pun orang tak pandang, tapi bila kita senang... berkerumun orang nak berdampingan seolah ratusan sang semut menghurungi sebutir gula
  • kita mudah tertipu dengan media massa yang hanya mempamerkan kebaikan sebelah pihak. Bukankah kita berada di dalam negara demokrasi?
  • perlu ada double-standard dalam semua aspek?Yang kuat terus membina kekuatan, yang lemah terus ditindas
Anyone can provide me concrete answers for the above questions?

Sunday, June 28, 2009

cinta kau dan aku- Siti Rosmizah


Dah lama tak ber-update blog nih. As promised, entry kali ni adalah untuk berkongsi 'rasa' membaca karya Siti Rosmizah- 'Cinta kau dan aku'. Mantap! Jalan cerita yang penuh dengan konflik dan penggayaan perkataan yang dinamik. Penulis bijak bermain dengan perasaan pembaca- kelakar, sedih, suspens semuanya di adun secukup rasa. Saya berjaya habiskan novel nih dalam masa 1 1/2 hari sahaja dan dah lebih 2 kali mengulangi pembacaan.


Sinopsis:-

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.


Courtesy of: kedai buku

Note: Ape lagi...cepat gi serang kedai-kedai buku berdekatan... Novel ni memang best yang amat..Emosi anda pasti terusik! =)

Sunday, April 26, 2009


Shoot...Paintball War...


Date: 19th April 2009
Battle place: Xtion Park, Bukit Jalil

First time main paintball nih, memang best la... tambah-tambah bila dapat 'tembak' bos sendiri sampai bruised! Tak perlu panjangkan cerita, tengok je aksi-aksi di bawah... =)


Cam biasa...click on the picture to enlarge

Saturday, April 25, 2009

Nekad...Tekad dan beraksi...



Setiap hari Isnin-Khamis, tepat jam 11am memang akan terpacak la saya depan TV...melayan drama di TV2, "air mata Arisa". Dari episod pertama lagi, saya dah cam boleh syak,

' nih adaptation dari Novel nih..'
'eh, nama-nama watak pun cam pernah dengar'
'jalan cerita pun cam pernah tahu je'

rupa-rupanya betul sangkaan saya... drama ni diadaptasikan dari Novel karya Bikash Nur Idris, 'Kau sayangku' terbitan Alaf 21.

Jodoh saya dengan novel tu tak lama, sebab saya hanya sempat baca 2 kali je sebelum novel tu hilang, ntah sape la yang pinjam, tak pulangkan balik...isk isk... Tadi, saya ke Pesta buku di PWTC, niat di hati memang nak memburu novel tu.. sampai ke booth Alaf 21, orang tu cakap novel tu dah dihentikan cetakan, sadis sungguh. ;(

Selain 'Kau sayangku', 'Ria Qistina' juga termasuk ke dalam senarai novel yang menjadi kegemaran saya. 'Lagenda Budak Setan' by Ahadiat Akasyah is still at the top ranking of my favourite malay novels...oh ya! kepada sesiapa yang masih belum membaca novel nih, cepat-cepatlah serang PWTC, esok last day dan harga novel nih dah diturunkan ke RM23!! Go grab a copy of it while stocks last! Selain Bikash dan Ahadiat, saya juga gemarkan penulisan Aisya Sofea dan Damya Hanna.

Kekecewaan saya untuk mendapatkan 'Kau sayangku' diubati oleh saranan seorang penjual kat booth tu, dia cakap

'try la baca karya penulis-penulis baru, cam novel nih best seller kat MPH'

...bersungguh-sungguh orang tu promote, maka saya pun memutuskan untuk membeli novel 'Cinta kau dan aku' garapan Siti Rosmizah...nak tahu best ke tak...biar saya baca dulu... ;P

till then.....da.....

Thursday, February 26, 2009

25 ThIngS! Tagged!

(Di-tagged oleh Suzan)

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you. (ACTUALLY, IF YOU'RE READING THIS, YOU'RE TAGGED)


1) Suka layan drama especially Korean Drama. Tapi paling benci bila dah layan satu-satu cite tu dari mula, tetibe ending cam hampeh. Memang tak puas ati sungguh dengan pengarah yg malas nak cantikkan ending, nak cepat je...over-budget agaknye kot. Kalau tak cukup budget, jangan bikin drama la, dey!

2) Obses dgn kaler hijau...sume nak hijau je, sampai kuih pun nak kaler ijau gak..Ye, saya tahu saye memang psycho ---> cam Suzan slalu ckp bila saye kata nak sesuatu yang berwarna hijau.

3) Sentiasa nampak blur, tapi sebenarnye bukan blur...tengah berfikir. Hehehe...

4) Agak slow nak memahami maksud tersirat esp bile org yg suka cakap kias-kias...hey! Straight to the point je la...adoiyai...

5) A cat lover esp persian cat... Pernah bela kucing, tapi semuanya dah arwah...Oh, saya pernah jadi pembunuh kucing gak...tapi, itu adalah kemalangan yg tak disengajakan. Betul!

6) Suka tgk Deco bersama Eric dan pape show pasal interior design. Pastu berangan nak umah camnih, nak bilik camtu...kuat berangan!

7) Kalau tak da pape hal, lagi suka duk umah sambil layan Raja lawak (ske Chot, tapi derang dah out) or baca novel dan buku-buku motivasi but still, tak berjaya motivate-kan diri...hahaha

8) Org favourite utk dijadikan mangsa 'bahan'...redha je...

9) Anak kesayangan mak dan abah, adik paling dikasihi oleh abang dan kak ipar, kakak paling best kpd seorang adik, cucu paling manja dgn Tok Wan.

10) Dah ada 'Evo' pasnih target nak beli umah lak...lagi 4-5 tahun, nak bukak bisnes sendiri... pastu jual semua produk berasaskan pisang cam banana split, fried banana ke...cekodok ke.. tgk tu, berangan lagi!

11) Merupakan seorang blogger sejak 5 tahun yang lepas

12) Suka window-shopping =) Well, window shopping is the best therapy for women -quoted from billboard

13) Suka tgk Ustaz Akhil Hayy bagi ceramah pastu suka Fahrin Ahmad gak...hehehe ;P

14) Netball adalah sport yang paling best di dunia... second, badminton

15) Suka minum teh, makan ketam masak lemak cili padi dan semua masakan dari air tangan mak...Memang, nikmat!

16) Gila-gila mengalahkan orang gila. Kalau betul-betul kenal, memang akan kenal la dengan kegilaan saya nih.

17) Pernah minat dengan politik, tapi skang dah nyampah, benci dan meluat nak tgk berita..politik di Malaysia dah corrupted! Tak mau daftar ngundi, tak mau undi...nak jadi calon bebas, pastu suh orang vote...hehehe layak ke? berangan lagi....

18) Adventurous, suka camping, memancing, tapi tak suka jogging (ada kena mengena ke? )

19) Sentiasa pegang pada prinsip, bercinta tu berpada-pada...sukakan org pun berpada-pada...baru tak merana diri

20) Sensitive, mudah terasa hati... nih yg tak best nih...masih dlm proses memperbaiki diri supaya kurangkan sensitiviti tu sket

21) Kuat makan, tapi tak gemuk-gemuk

22) Selalu mimpi benda-benda yang tak masuk akal, contoh belayar dgn Kapten Jack Sparrow ke Penang, Candle Light Dinner dgn Sheikh Muzaffar dlm roket.. hmm..dah lama lak tak mimpikan hantu-hantu seram cam kecik-kecik dulu

23) Pernah 'berkahwin' masa berumur 9 tahun, tapi bersanding je, tak akad nikah...;P

24) Tak suka minum susu, tapi terpaksa minum sebab gastrik

25) Susah makan ubat..sebab...tak sedap! kalau sedap, mestila suka makan...cuba buat ubat tu rasa sedap sket...dahla besar-besar, cane nak telan..tersekat kat usus kang...sape yang susah? Pemakan ubat tu gak yang susah...

Yeah!! dah abes...nak tag orang lain lak.... kekekeke

Saturday, February 07, 2009

True Friendship?



True friendship involves relationship. Those mutual attributes we mentioned above become the foundation in which recognition transpires into relationship. Many people say, "Oh, he's a good friend of mine," yet they never take time to spend time with that "good friend." Friendship takes time: time to get to know each other, time to build shared memories, time to invest in each other's growth.

Trust is essential to true friendship. We all need someone with whom we can share our lives, thoughts, feelings, and frustrations. We need to be able to share our deepest secrets with someone, without worrying that those secrets will end up on the Internet the next day! Failing to be trustworthy with those intimate secrets can destroy a friendship in a hurry. Faithfulness and loyalty are key to true friendship. Without them, we often feel betrayed, left out, and lonely. In true friendship, there is no backbiting, no negative thoughts, no turning away.

True friendship requires certain accountability factors. Real friends encourage one another and forgive one another where there has been an offense. Genuine friendship supports during times of struggle. Friends are dependable. In true friendship, unconditional love develops. We love our friends no matter what and we always want the best for our friends.


"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.Jika aku dapat, aku akan setia padanya
- IMAM SHAFIE


Note: Saya rindukan sahabat saya itu! =(
Saje nak share =)

Bila Yahoo! melatah...

note: click on the picture to enlarge

Camne leh typo-error nih?



**




Tuesday, January 27, 2009

Now Playing....


MICHAEL HEART - We Will Not Go Down (A Song for Gaza)


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Wednesday, January 14, 2009



On 15 November 2008, the CA Income department of HDPM ventured onto Pulau Besar for team building activities.

Our team works night shift and we finish after 1 a.m. Most of us took the company transport home due to the distance to home and the odd hours. Travelling from work to home vice versa takes approximately 1 hour or more for most of us.

With a few of hours of sleep, a wake up call was essential. Few colleagues were assigned to activate and practise the call tree. It’s not an easy job to wake your colleagues and self up at 5am in the morning.


Miraculously.....it worked!


The group of about 36 staffs traveled early on Saturday morning first by bus to Anjung Batu Jetty, then culminating in a 20-minute ferry ride to the island. The group activity started right away with everyone having to unload the stock of foods, fruits and drinks for the lunch picnic planned for later in the day.

On the island, we gathered for a picnic. That was when the group of gluttons (us) had our feast. The variety of food was superb! We had appetizer, main course and dessert! Thanks to everyone contribution for every little taste that we had.

After the good meal, the group was broken up into 4 smaller teams of 8 members each. Our first challenge was to come up with a name, logo and slogan for their respective teams within an allocated time frame. The teams had to draw their logos as well as present their team slogan with a performance to the rest. It encouraged the teams to work together as well as be creative and interactive.

The four team names that emerged were Purple Light, Hands Off, Paragon and Sexy Blue.


Next, each team was given an unboiled egg which we were to keep in our possession and keep from breaking throughout the activities of the day, with a penalty for any team whose egg broke. We also had to carry the egg throughout the events and pass it from member to member by tagging the next "holder".

This was followed by a series of physical team challenges. The games included a balloon hop and sack race where the participants had to run with a balloon between their legs and proceed with a gunny sack to the finish line.


The next game we played was ‘the stick on the belly’. It is a balancing act where two participants had to balance a stick between their bodies while collecting "treasure" along the way.


Last but not least, the teams were competing for ping pong toss and balloon popper game. The participants had to toss ping pong balls into a basket and proceed to blow up a balloon and pop it.

Next, this was followed by the activity called three legged army where two participants had one of their legs tied to the other one's and had to race to the finish line.

Finally, the entire team was divided into three groups that competed in a "league" format of Tug of War, with the top two teams competing in the final round for first placing. This turned out to be the highlight of the day with lots of fun and participants falling into the sand.


In this event, we showed the true team spirit! We hardly believe that all the ladies and gentlemen from our team are actually so strong!

The outdoor activities have finally ended and the champion goes to Team Paragon. The grand prize has gone to them. Nevertheless, the other teams were not left out empty handed. They were still given their consolation prizes.


We then were given some time to rest and to clean up ourselves in the rented chalet. We packed our belongings and clean the area that we have occupied.

We got on the last ferry back to mainland. Before heading for home, we treated ourselves to a dinner at Anjung Batu, famous for its seafood in Malacca.

Hema had pre-ordered so the food was ready when we arrived, which was a good thing because we were all starving after a long day.


Towards the end of the dinner, souvenirs were given out to all for their great effort, support and commitment shown in the team bonding. Communication was also a value that needed to be instilled among ourselves. And apart from having a fun filled day in the sun and surf, it seems like these objectives had also been achieved.


To conclude, we had not only earned rewards and awards but also values and a better understanding of ourselves and each other. The objectives of the day were to highlight the importance of positive behavior, conflict resolution, listening, team culture, trust and respect, creativity and teamwork in achieving our shared goals.


Sunday, January 04, 2009

Salam...

Dah berbulan rasanya saya menyembunyikan diri, pergi 'bertapa' kononnya...mencari masa yang sesuai dan mood yang molek untuk meneruskan minat yg mendalam dalam bidang blogging nih.

Banyak yang nak di-update tapi rasanya dah tak fresh lagi. Makanya, saya putuskan untuk summarise-kan kesemuanya sekaligus.

November 2008

To be post in the next entry...panjang cerita...=)

Disember 2008

'Bulan sakit'. 2 minggu pertama bulan Disember, saya asyik sakit je. Varial fever kata doktor, demam on and off sejak seminggu mendorong saya untuk ke Hospital Ampang Puteri. 1st time buat blood test. Mula-mula doktor suspect denggi, alhamdulillah hanya virus biasa. Entah ubat apa la yang doktor tu bagi. Asal makan je, mesti keluar balik semua makanan. Dekat 5 hari berlarutan sampai ada 1 malam tu, saya drive pun melelong dek kerana keletihan yang amat. Nasib baik tak terbabas. Peritnya rasa, bila lapar...makan...tapi terkeluar balik. Saya terpaksalah minum air je untuk elakkan dehydration. 3 Disember, mak, abah dengan adik ke KL. Asalnya, nak bersama-sama saya menyambut Hari Raya AidilAdha memandangkan saya tak dapat cuti. Alih-alih, sakit camni pulak...Saya tetap rasa bertuah, sekurang-kurangnya dalam kesakitan nih, saya boleh lagi beraya dengan mak dan abah, boleh lagi sembahyang raya bersama-sama mereka. Sehari sebelum raya, kami ke kubur 'Nani', nenek sebelah mak.

Disebabkan demam, berat saya turun lagi 2 kg, dah macam
Skeleton bergerak je... =D... Apa lagi eh, Owh... ada surprise untuk saya sempena birthday yang ke-22 pada 12hb. Malam tu saya balik agak lewat dek kerana kerja yang berlambak, dengan demamnya lagi... lebih kurang kul 2 am baru sampai umah. Sampai je, gelap gelita rumah. Pelik gak sebab selalunya abah tunggu saya balik sesambil layan TV. Memang terkena, kejutan sungguh sampai terloncat saya dek disergah abang. Dengan terkejut, letih, dan otak yang ingat nak tidur je...sempat gak potong kek dan suap-menyuap dengan mak. Birth-date saya dengan mak berjiran... Birthday mak, 11hb dan saya 12hb. Lewat 5 minit je, kalau tak mesti birth-date saya sama dengan mak. Thanks Mak, Abah, Abang, Kak Sha dan Nana for the wonderful surprise. Biarpun simple je, namun tetap bermakna buat saya! Thanks mak, untuk hadiah yang sungguh bernilai...hadiah apa? hmm...biarlah rahsia.... heheheh ;P

29 Disember 2008

Entah mimpi apa la Manager saya tu, tiba-tiba je murah hati nak anugerahkan saya 'core-leave' selama seminggu. Apa lagi, terus beli tiket balik ke Penang la. Esoknya, saya, mak, abah dan adik ke Cameron Highlands. Dah macam KL jadinya, traffic jam teruk sangat, yelah pergi pun time cuti sekolah. Kami bermalam di Hotel Rosa Pasadena. Malam tu, dinner @ KFC, shopping di Tanah Rata, dan minum kopi di Restoran Kopitiam kegemaran abah sambil borak-borak menantikan hujan berhenti. Esoknya, kami breakfast di hotel...hujan lagi. Ikutkan, plan nak ke Sungai Palas. Dek kerana hujan lebat, terpaksalah kami tukar plan, jalan-jalan dengan kereta di Tanah Rata, singgah ke Strawberry Park dan beberapa tempat lagi untuk mencari Strawberry Chocolate. Hampanya, sampai ke sudah tak ditemui. Agaknya, time Siti kahwin dulu je kot Famous. Murahnya fresh flowers kat sana, 1 bouquet =RM5/RM3 sahaja. Kami borong ubi, jagung, strawberry, jambu kristal, oranges, cendawan goreng dan sayuran. Sempat juga singgah di Bharat House untuk bergambar di Ladang Teh, menikmati kehangatan Teh Bharat dan Chocolate Moise Cake with Strawberry Ice Cream.

Pulang ke Penang. Esoknya, saya sibuk ke pejabat Imigresen untuk menyiapkan passport. InsyaAllah, bulan March nih...saya akan bercuti ke Puncak Bandung, Jakarta selama seminggu bersama keluarga. 31 Disember, macam biasa...saya lebih suka duduk di rumah daripada bersesak-sesak dengan lautan manusia yang sanggup menantikan detik 12 malam. Tahun nih best sikit sebab saya,adik, abah dan mak lepak-lepak di balkoni sambil menyaksikan bunga api. Bukan saja bunga api di Padang Kota, Queensbay, Esplanade malah di Butterworth pun dapat dilihat kerana lokasi 'rumah baru' kami strategic di tengah-tengah bandar Pulau Pinang.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 !!! =)