Sunday, June 27, 2010

Sambungan kisah percutian 5 hari 4 malam ke Hong Kong dan China

Sambungan kisah percutian 5 hari 4 malam ke Hong Kong dan China

Fakta Menarik:-

  • Harga mineral water bersaiz kecil di HK ialah $10 bersamaan RM5. Sebab utama kegilaan harga dikenakan ke atas mineral water adalah kerana HK membeli sumber air dari China. HK terpaksa berjimat-jimat dalam penggunaan air seharian.
  • Muslim di China lebih sedikit populasinya berbanding Hong Kong.
  • Di Shen Zhen, China...biarpun musim Winter, tiada salji yang akan turun.
  • China dan HK mengagungkan bahasa ibunda mereka. Hanya sebilangan kecil masyarakat yang boleh bertutur English.
  • Taraf hidup di HK lebih tinggi berbanding China. Basic salary pekerja di Supermarket ialah RM2,500. Patutlah barangan di HK dijual pada harga yang gila-gila...
  • Starting price untuk taxi fare di HK ialah $18 bersamaan RM9.
  • Harga petrol di China ialah Reminbi 12 bersamaan RM6 untuk seliter.
  • Semua teksi di HK dan China mempunyai pintu automatik.

Saturday, June 26, 2010

Day 4: 17/06/10

Day 4: 17/06/10

Yezza! Hari yang dinanti-nantikan. Mengikut plan, hari ini kami akan kembali ke Hong Kong untuk melawat Disneyland seharian! =) Bertolak dari Shen Zhen MTR stesen Lo Wu jam 9am dan tiba di Hong Hum hampir jam 10am. Kami disambut dengan tour guide dan dibawa terus ke hotel menyimpan semua luggage dan dihantar ke Disneyland. Siapa sangka pada usia 24 tahun barulah saya berkesempatan kembali ke zaman kanak-kanak dengan melawat Disneyland. Bukan sahaja saya, malah kebanyakan orang yang agak berusia nampaknya lebih excited!

Di Disneyland, anda dapat bergaul rapat dengan semua karakter Disney. Saya pasti, anda juga membesar dengan kartun Mickey Mouse dan kawan-kawannya. Keterujaan itu lebih dirasai bila anda menjejakkan kaki ke Disneyland- seperti anda memasuki dunia kanak-kanak! Saat anda melangkahi main entrance, penglihatan anda disajikan dengan bangunan-bangunan lama Inggeris seperti anda berada di cowboy town.



Kawasan dibahagikan kepada 3 taman tema iaitu Tomorrow Land, Adventure Land dan Small House. Kami memulakan sesi lawatan ke Adventure Land. Memang adventure apabila aktiviti pertama yang dilakukan ialah menyusuri tasik buatan dengan Ferry untuk bertemu dengan haiwan liar, merasai bencana alam seperti letusan gunung berapi...memang real! Anda dapat merasai bahang gunung berapi itu. Seterusnya kami menaiki rakit untuk melawati rumah Tarzan yang dibina di sebuah Island buatan. Indah! Menarik...dan menakjubkan! itu yang boleh saya katakan... Terdapat juga persembahan dari karakter Lilo & Stitch dan rakan-rakannya mendemonstrasikan jumbo dance, Simba Show -karakter dari movie Lion King dan banyak lagi.




Kami kemudiannya merasai pengembaraan di rumah Winney the Pooh, menonton 4D Donald Duck show...bukan 3D ye tetapi 4D!! anda dapat merasai tempias air ketika Donald Duck dilemaskan, anda dapat juga merasai kekuatan angin ketika Donald Duck menumpang flying Carpet Aladdin...teknologi yang advance ini membawa anda merasai real-nya pengembaraan itu. 5 Star rating untuk show yang sangat hebat ini!

Seterusnya, kami menyambung keseronokan di Tomorrow Land. Di sini, karakter yang lebih moden dibawa mendekati anda seperti karakter-karakter dalam movie Toy Story- Woody dan rakan-rakannya. Terdapat pelbagai permainan dan aktiviti disediakan antaranya misi bantuan penyelamat dengan menjadi rakan risikan Buzz Lighter membanteras alien (game tembak2 dalam kenderaan angkasa), Space ride, dan Roller Lilo & Stitch.

Dah penat bertarung, kami berehat seketika sambil menonton theater musical Disney. Sepanjang show, anda boleh melihat semua karakter Disney bergabung, menyanyi, menari dan bersketsa yang sangat menghiburkan. Seperti kagumnya saya dengan Cultural Show di Splendid China, begitulah juga dengan kehebatan stage dan persembahan theater Disney ini. 5 star rating juga!

Masuk pula ke Small House untuk bertemu dengan Snow White, Pinochio, dan etc. Cantiknya lampu-lampu yang menghiasi rekaan-rekaan karakter ini...sungguh mengagumkan! Anda mesti ke sini, untuk merasai sendiri keterujaan dan kepuasan yang saya maksudkan. Speechless!
Dari pukul 11 am berlanjutan hingga persembahan bunga api jam 8.30 malam, seluruh Disneyland masih belum habis dilawati. Memang luas kawasannya.... 1 hari lawatan tak mencukupi~ Namun, kami terpaksa beransur untuk mengelakkan dari ketinggalan bas, tak pasal-pasal kena cantas dengan teksi pula ;D

Percutian ke Disneyland pastinya menjadi memori indah untuk saya dan keluarga. Mak dan ayah pun bukan main seronok lagi bermain mengalahkan anak-anaknya... percaya atau tidak... ramai golongan tua, nenek-nenek dan atuk-atuk pun seronok sakan walaupun dengan berkerusi roda, bertongkat bagai... enjoy abes!



Day 3: 16/06/10

Day 3: 16/06/10

Tour dimulakan dengan lawatan ke kilang jade. Di sini, kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis galian yang menghasilkan jade dalam pelbagai grade. Ada jade yang 'glow in the dark', ada jade hijau, purple, biru dan macam-macam lagi. Memang mahal, harga jade yang dijual dalam lingkungan RM150 hingga mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia. Tak dapatlah saya nak membeli apa-apa, sekadar cuci mata sahaja. Terdapat sudut untuk merasai teh laici. Boleh tahan rasanya, seperti teh cina tetapi lebih manis dan wangi.

Seterusnya, kami di bawa melawat ke kilang yang bersebelahan dengan kilang jade tadi...iaitu kilang memproses ginseng. Kami diberi introduksi tentang pemprosesan ginseng dan khasiatnya. Saya juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan pakar sensei (doktor) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pakar di sini telah diiktiraf oleh kementerian kesihatan China.
Selepas lunch, kami dibawa pula ke kilang silk. Di sini, mereka memberi pendedahan tentang penghasilan sutera bermula dengan pengumpulan ulat sutera hinggalah terbentuknya kain sutera yang dijadikan selimut, cadar, pakaian dan hiasan. Sutera melambangkan kemewahan, harganya pun agak mewah, oleh itu kami sekadar cuci mata je la...

Dah selesai cuci mata, kami dibawa melawat ke Splendid of China dan China Folk Culture Villages. Splendid of China, ala-ala Taman Mini Malaysia, tetapi percayalah ia lebih advance dari itu dan it is beyond your expectations. Di sini, terdapat himpunan artifical scenery yang menjadi kebanggaan masyarakat China antaranya Yunan Stone Forest, Shaolin Temple, the Great Wall, dan Dali Three Ancient Pagodas. Terdapat lebih 80 binaan ditempatkan di sini dengan diserikan oleh landskap yang menghijau, menyejukkan mata yang memandang dan sangat mendamaikan.





China Folk Culture Villages, just like a shining pearl in Shen Zhen, contains an area of 22 hectares, it unfolds the vivid Chinese folk arts, customs and architectures to the tourists. The 24 viilages of 22 minority nationalities were set up according to the ratio 1 to 1.. With the concept of 24 villages and 56 customs, it is reputed as China Folk Custom Museum. Kami hanya sempat berjalan tak sampai suku jalan untuk melihat binaan-binaan tersebut kerana kawasan ini memang tersangatlah besar. Mujurlah ada train yang disediakan untuk melawat keseluruhan kawasan. Namun, kepuasan itu tak begitu dapat dirasai sebab tak dapat melihat binaan-binaan itu dari jarak dekat. Dah penat berjalan, kami dihiburkan pula dengan 'Cultural Show'. This is my first time watching musical theater. Memang best!!! Stage derang tersangatlah advance dengan beberapa layers, sound effect yang bagus, costumes yang colourful dan menarik semestinya memberi kepuasan kepada penonton. Ruginya, tiada gambar/video yang dapat diambil disebabkan bateri kamera yang dah nazak dan terus padam. Pastikan anda ke Splendid of China dan China Folk Culture Villages bila anda melawat ke Shen Zhen. Gerenti anda akan terpegun!



Usai dinner, sekali lagi kami dihantar untuk melaburkan wang di night market Gong Men. Shopping lagi....

Thursday, June 24, 2010

Day 2 (15/06/10)-

Seawal jam 7.30am kami dah bersedia di lobby menantikan tour guide yang janji nak bawa pusing-pusing bandar HK... Half Day City Tour dimulakan dengan breakfast Dim Sum halal di pusat pengajian Islam di tengah-tengah bandar HK. Kalau di Malaysia, breakfast harian yang famous mesti kalau tak roti canai + teh tarik mesti nasi lemak kan? Berbeza dengan masyarakat HK, breakfast derang ialah Pau, Dim Sum goreng, popia goreng dan ape ntah yg goreng-goreng lagi di cecah pulak dengan thai sos. Sedap!!! Pusat pengajian ini berfungsi seperti Madrasah. Golongan Muslim di HK merupakan golongan minoriti. Hanya 3/4 buah masjid di HK. Seperti di madrasah ini, ruang solat di tingkat 1 dan 2, sekolah dan tadika Muslim di tingkat 3 dan 4 dan Restoran di tingkat 5.



Dah kenyang perut, hati pun senang nak berjalan-jalan lagi. Kami dibawa ke HK West kawasan berdekatan pantai yang menjadi tarikan pelancong. Ramai golongan elit membina kediaman derang di sini termasuk la orang terkaya di HK dan international celebrity seperti Jackie Chan. Rumah Jackie terletak di puncak bukit di pesisiran pantai elit ini. Kami berhenti seketika untuk sesi fotografi. Laut bergelora kuat, air hitam pekat dan pantai dibahagikan kepada 2 bahagian, 1 kawasan selamat, 1 lagi kawasan bahaya, larangan mandi kerana dikhuatiri serangan jerung. Ada juga mini bridge di bina di kawasan pantai dengan kepercayaan, sesiapa yang menyeberangi jambatan itu umurnya akan ditambah 3 hari. Haih...macam-macam kepercayaan..



Kemudian, kami di bawa ke HJ Jewelery - tempat pembuatan barang-barang kemas, jade,kristal,perhiasan wanita dan lelaki. Dari bahan asas hingga la ke pembentukan design semuanya di pertontonkan secara live. Saya kurang gemar dengan perhiasan emas nih, yang berjaya bertaut di hati cuma seutas rantai berloket kristal yang mempunyai bentuk epal. Simple dan menarik. Tips: untuk mengetahui kristal tu betul atau tiruan, tetapkan kedudukan kristal di depan mata, objek di depan mesti kelihatan upside down. Itu adalah kristal betul. Jika objek statik pada kedudukan yang sama, tipu la jawabnya.

Habis cuci mata, kami dibawa pula melawat boat people. Untuk melawat, kami perlu menyusuri lautan elit dengan sampan cruise. Jerung? errrkkk... tapi, dek kerana nak bertentang mata dengan boat people, kami redah je. Boat people terdiri dari semua lapisan umur. Dari kanak-kanak ke yang tua, semuanya hidup di dalam boat. Sempat juga saya intai-intai ke dalam rumah boat itu. Ada semua kelengkapan seperti rumah biasa... dapur, peti ais, katil, bahkan PC pun ada. Mereka mencari rezeki di laut, dan melatih anak-anak menjadi nelayan. Mereka yang berjiran dengan bot-bot mewah milik orang-orang kaya HK, sudah cukup menzahirkan jurang taraf kehidupan masyarakat HK. Selesai melawat, kami dibawa kembali ke Madrasah untuk lunch dan solat.




Tamat sudah sesi half day City tour. Kami kemudiannya, di bawa ke stesen MTR Hong Hum untuk menaiki train ke Lo Wu- sempadan HK China. Perjalanan ke Lo Wu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai di Lo Wu, kami menggunakan visa untuk mendapatkan kebenaran melawat. Di sambut oleh tour guide dengan limosin dan terus di bawa ke hotel Century Plaza. Hotel 4 bintang ini memang menjamin keselesaan penginapan. Terbaik lah! Di sebelah malam, kami di bawa bersantapan di sebuah restoran muslim dan membeli belah di night market Gong Men. Lagi sekali di sini, masalah komunikasi menjadikan proses pembelian dan tawar menawar agak sulit. Kami berkomunikasi menggunakan kalkulator...sebut harga dengan kalkulator dan bahasa tangan. Ahhh... memang memeningkan!

Day 1 (14/06/10)

Wahhh dah hampir 8 bulan tak berasap blog nih. Sempena Core-leave selama 2 minggu ni, tetiba rasa cam rajin pula nak mengasapkan blog nih dengan pengalaman percutian 5 hari 4 malam saya dan family ke Hong Kong dan China.

Day 1 (14/06/10) :

Berangkat meninggalkan Malaysia jam 6am dengan flight Air Asia AK5053. Perjalanan yang mengambil masa 3 1/2 jam memang membosankan. Nak tidur tak selesa, nak intai-intai tengok pemandangan nampak awan je. Dah bosan, makan je la- breakfast dengan Nasi Lemak Pak Naseer yang diservedkan oleh FA Air Asia sambil minum 100 plus - Combo Set cukup membuatkan perut bergolak lepas makan. Pagi-pagi dah minum air bikarbonat? Memang cari nahas. = D

Lebih kurang jam 10am kami tiba di Airport Hong Kong. Selesai clearance dengan Imigeresen, kami terus disambut dengan tour guide dan dibawa ke Hotel Metro Park, Mong Kok. Aktiviti hari ini, free & easy. Sampai je hotel, kami terus lunch dengan Maggie cup. Nasib baik tak ada masalah dengan Kastam sebab seludup Maggie banyak2 nih..Pepahamla, di HK nak makan memang payah sangat. Kat Airport tadi ada gak tengok-tengok di 7E dan Maxim kot-kot ada plain white bread ke. ..Alih-alih nampak roti baik punyer dengan minced pork bagai, terus terbantut hasrat untuk membeli.

Lepas rest dalam sejam dua, kami memulakan sesi memburu dinner. Dengan berbekalkan map dan informasi dari pekerja hotel, kami menyusuri jalan Nathan Road. Dari informasi yang diberikan, di Nathan Road nih ada satu kawasan di mana banyak makanan India dan Muslim. Jauh berjalan dah dekat 1 km, tak sampai-sampai lagi ke destinasi. Nak tanyakan orang-orang di sekeliling, dah masalah komunikasi... Serupa itik bercakap dengan ayam..masing-masing tak faham apa yang di ucapkan. Kami berbicara dalam English, respons yang diberikan dalam bahasa Cantonese. Nasib baik kami bertemu dengan seorang salesman yang boleh berbahasa English di sebuah kedai Nokia. Dia mencadangkan kami ke Tsim Sha Shui yang berhampiran dengan kedai makan India & Muslim tadi dengan menaiki teksi sebab agak semput kalau diteruskan dengan berjalan kaki. Maka, kami nekad menaiki teksi ke Tsim Sha Shui. Starting fee untuk teksi di HK ialah $18 bersamaan RM9. Dari separuh jalan Nathan Road ke Tsim Sha Shui yang terletak di penghujung Nathan Road memakan kos pengangkutan sebanyak RM15! Melampau betul~ Cuaca agak mendung dan berangin..pelik, sebab selalunya May- July hot & dry season di HK...

Banyak shopping mall dan butik-butik di kawasan ini. So, lepas je dinner terus shopping. Hasil buruan tak begitu banyak sebab barang-barang yang dijual agak mahal dan tak berpatutan. Yang dibeli pun cuma souvenirs dan perfume. Penat berjalan, badan dah letih...kami pun kembali ke Hotel dan ZZZzzz...