Day 4: 17/06/10
Yezza! Hari yang dinanti-nantikan. Mengikut plan, hari ini kami akan kembali ke Hong Kong untuk melawat Disneyland seharian! =) Bertolak dari Shen Zhen MTR stesen Lo Wu jam 9am dan tiba di Hong Hum hampir jam 10am. Kami disambut dengan tour guide dan dibawa terus ke hotel menyimpan semua luggage dan dihantar ke Disneyland. Siapa sangka pada usia 24 tahun barulah saya berkesempatan kembali ke zaman kanak-kanak dengan melawat Disneyland. Bukan sahaja saya, malah kebanyakan orang yang agak berusia nampaknya lebih excited!
Di Disneyland, anda dapat bergaul rapat dengan semua karakter Disney. Saya pasti, anda juga membesar dengan kartun Mickey Mouse dan kawan-kawannya. Keterujaan itu lebih dirasai bila anda menjejakkan kaki ke Disneyland- seperti anda memasuki dunia kanak-kanak! Saat anda melangkahi main entrance, penglihatan anda disajikan dengan bangunan-bangunan lama Inggeris seperti anda berada di cowboy town.
Kawasan dibahagikan kepada 3 taman tema iaitu Tomorrow Land, Adventure Land dan Small House. Kami memulakan sesi lawatan ke Adventure Land. Memang adventure apabila aktiviti pertama yang dilakukan ialah menyusuri tasik buatan dengan Ferry untuk bertemu dengan haiwan liar, merasai bencana alam seperti letusan gunung berapi...memang real! Anda dapat merasai bahang gunung berapi itu. Seterusnya kami menaiki rakit untuk melawati rumah Tarzan yang dibina di sebuah Island buatan. Indah! Menarik...dan menakjubkan! itu yang boleh saya katakan... Terdapat juga persembahan dari karakter Lilo & Stitch dan rakan-rakannya mendemonstrasikan jumbo dance, Simba Show -karakter dari movie Lion King dan banyak lagi.
Kami kemudiannya merasai pengembaraan di rumah Winney the Pooh, menonton 4D Donald Duck show...bukan 3D ye tetapi 4D!! anda dapat merasai tempias air ketika Donald Duck dilemaskan, anda dapat juga merasai kekuatan angin ketika Donald Duck menumpang flying Carpet Aladdin...teknologi yang advance ini membawa anda merasai real-nya pengembaraan itu. 5 Star rating untuk show yang sangat hebat ini!
Seterusnya, kami menyambung keseronokan di Tomorrow Land. Di sini, karakter yang lebih moden dibawa mendekati anda seperti karakter-karakter dalam movie Toy Story- Woody dan rakan-rakannya. Terdapat pelbagai permainan dan aktiviti disediakan antaranya misi bantuan penyelamat dengan menjadi rakan risikan Buzz Lighter membanteras alien (game tembak2 dalam kenderaan angkasa), Space ride, dan Roller Lilo & Stitch.
Dah penat bertarung, kami berehat seketika sambil menonton theater musical Disney. Sepanjang show, anda boleh melihat semua karakter Disney bergabung, menyanyi, menari dan bersketsa yang sangat menghiburkan. Seperti kagumnya saya dengan Cultural Show di Splendid China, begitulah juga dengan kehebatan stage dan persembahan theater Disney ini. 5 star rating juga!
Masuk pula ke Small House untuk bertemu dengan Snow White, Pinochio, dan etc. Cantiknya lampu-lampu yang menghiasi rekaan-rekaan karakter ini...sungguh mengagumkan! Anda mesti ke sini, untuk merasai sendiri keterujaan dan kepuasan yang saya maksudkan. Speechless!
Dari pukul 11 am berlanjutan hingga persembahan bunga api jam 8.30 malam, seluruh Disneyland masih belum habis dilawati. Memang luas kawasannya.... 1 hari lawatan tak mencukupi~ Namun, kami terpaksa beransur untuk mengelakkan dari ketinggalan bas, tak pasal-pasal kena cantas dengan teksi pula ;D
Percutian ke Disneyland pastinya menjadi memori indah untuk saya dan keluarga. Mak dan ayah pun bukan main seronok lagi bermain mengalahkan anak-anaknya... percaya atau tidak... ramai golongan tua, nenek-nenek dan atuk-atuk pun seronok sakan walaupun dengan berkerusi roda, bertongkat bagai... enjoy abes!
No comments:
Post a Comment