Day 2 (15/06/10)-
Seawal jam 7.30am kami dah bersedia di lobby menantikan tour guide yang janji nak bawa pusing-pusing bandar HK... Half Day City Tour dimulakan dengan breakfast Dim Sum halal di pusat pengajian Islam di tengah-tengah bandar HK. Kalau di Malaysia, breakfast harian yang famous mesti kalau tak roti canai + teh tarik mesti nasi lemak kan? Berbeza dengan masyarakat HK, breakfast derang ialah Pau, Dim Sum goreng, popia goreng dan ape ntah yg goreng-goreng lagi di cecah pulak dengan thai sos. Sedap!!! Pusat pengajian ini berfungsi seperti Madrasah. Golongan Muslim di HK merupakan golongan minoriti. Hanya 3/4 buah masjid di HK. Seperti di madrasah ini, ruang solat di tingkat 1 dan 2, sekolah dan tadika Muslim di tingkat 3 dan 4 dan Restoran di tingkat 5.
Dah kenyang perut, hati pun senang nak berjalan-jalan lagi. Kami dibawa ke HK West kawasan berdekatan pantai yang menjadi tarikan pelancong. Ramai golongan elit membina kediaman derang di sini termasuk la orang terkaya di HK dan international celebrity seperti Jackie Chan. Rumah Jackie terletak di puncak bukit di pesisiran pantai elit ini. Kami berhenti seketika untuk sesi fotografi. Laut bergelora kuat, air hitam pekat dan pantai dibahagikan kepada 2 bahagian, 1 kawasan selamat, 1 lagi kawasan bahaya, larangan mandi kerana dikhuatiri serangan jerung. Ada juga mini bridge di bina di kawasan pantai dengan kepercayaan, sesiapa yang menyeberangi jambatan itu umurnya akan ditambah 3 hari. Haih...macam-macam kepercayaan..
Kemudian, kami di bawa ke HJ Jewelery - tempat pembuatan barang-barang kemas, jade,kristal,perhiasan wanita dan lelaki. Dari bahan asas hingga la ke pembentukan design semuanya di pertontonkan secara live. Saya kurang gemar dengan perhiasan emas nih, yang berjaya bertaut di hati cuma seutas rantai berloket kristal yang mempunyai bentuk epal. Simple dan menarik. Tips: untuk mengetahui kristal tu betul atau tiruan, tetapkan kedudukan kristal di depan mata, objek di depan mesti kelihatan upside down. Itu adalah kristal betul. Jika objek statik pada kedudukan yang sama, tipu la jawabnya.
Habis cuci mata, kami dibawa pula melawat boat people. Untuk melawat, kami perlu menyusuri lautan elit dengan sampan cruise. Jerung? errrkkk... tapi, dek kerana nak bertentang mata dengan boat people, kami redah je. Boat people terdiri dari semua lapisan umur. Dari kanak-kanak ke yang tua, semuanya hidup di dalam boat. Sempat juga saya intai-intai ke dalam rumah boat itu. Ada semua kelengkapan seperti rumah biasa... dapur, peti ais, katil, bahkan PC pun ada. Mereka mencari rezeki di laut, dan melatih anak-anak menjadi nelayan. Mereka yang berjiran dengan bot-bot mewah milik orang-orang kaya HK, sudah cukup menzahirkan jurang taraf kehidupan masyarakat HK. Selesai melawat, kami dibawa kembali ke Madrasah untuk lunch dan solat.
Tamat sudah sesi half day City tour. Kami kemudiannya, di bawa ke stesen MTR Hong Hum untuk menaiki train ke Lo Wu- sempadan HK China. Perjalanan ke Lo Wu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai di Lo Wu, kami menggunakan visa untuk mendapatkan kebenaran melawat. Di sambut oleh tour guide dengan limosin dan terus di bawa ke hotel Century Plaza. Hotel 4 bintang ini memang menjamin keselesaan penginapan. Terbaik lah! Di sebelah malam, kami di bawa bersantapan di sebuah restoran muslim dan membeli belah di night market Gong Men. Lagi sekali di sini, masalah komunikasi menjadikan proses pembelian dan tawar menawar agak sulit. Kami berkomunikasi menggunakan kalkulator...sebut harga dengan kalkulator dan bahasa tangan. Ahhh... memang memeningkan!
No comments:
Post a Comment