Monday, June 20, 2011

Hipokrasi


Wajah....
kau tersenyum
tetapi kau menangis
Align Center
Hati...
Kau benar
tetapi kau berdusta

Rasa...
Kau gembira
tetapi kau berduka

Jiwa...
Kau tenteram...
tetapi kau bergolak

Ketawa...
Kau riang
tetapi kau diulit sedu-sedan

Kenapa Hipokrasi ini?
Mengapa penipuan ini?
Untuk siapa pendustaan ini?
Hanya dia mengerti...hanya dia yang ketahui
Untungnya mereka, ruginya dia...

p/s: Sengaja ingin berpuitis...bakat kurang ada, biar yang membaca menilai. Andai yang tersirat bisa di mengerti, maka aku berjaya, jika sebaliknya...pun, aku berjaya kerana ini karyaku.

Saturday, June 18, 2011

Happy Father's Day, Abah!!!


Selamat Hari Bapa buat ayahanda yang dikasihi...

terima kasih di atas segala pengorbanan, penat jerih abah membesarkan kami tiga beradik. Abah tak pernah biar kami rasa susah dan kekurangan. Semuanya cukup...cukup belanja, cukup kasih sayang, cukup perhatian...

Abah seorang yang tenang, cool, mudah dibawa berbincang dan sentiasa menjadi tempat untuk saya mengadu dan meminta pendapat. Saya sayang abah saya...sangat-sangat... segala jasamu tak dapat dibalas, abah. Ika doakan abah sihat-sihat selalu, happy sentiasa, dan maintain handsome =)

Zulkifli bin Awang, beliau Hero di hati saya, dulu, kini dan selamanya...
I Love U, abah...

Sinopsis: Kasih Yang Suci, Zulaikha & Rindu Saliha

Kasih Yang Suci


Penulis: Meen Zulaikha
Terbitan: Alaf 21
Normal Price: RM19.90
Now selling at: RM 18.00 (not inclusive postage-read once, still in good condition)
Condition: 5/5
(SOLD)

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Zulaikha



Penulis: Jessy Mojuru
Terbitan: Rhythm Publishing
Normal Price: RM12.90
Now selling at: RM 8 (free postage)
Condition: 3.5/5
SOLD

Pertunangan Nur dan Haritz adalah atas restu keluarga kedua belah pihak. Perkahwinan tanpa dirancang antara Zulaikha, gadis kacukan Melayu Turki dan Haritz berpunca dari satu tragedi yang memalukan pada mulanya mengundang sengketa di hati ibu Haritz. Namun Haritz tetap akur dengan takdir Illahi. Perkahwinan tanpa cinta pada mulanya, kian mekar bila Zulaikha benar-benar ikhlas menerima dan sanggup sehidup semati dengan Haritz. Di saat meniti bahagia bersama Zulaikha, Nur kembali menabur rindu. Haritz tersepit antara cinta sejatinya terhadap Zulaikha dan cinta Nur yang acapkali curang padanya.

Rindu Saliha

Penulis: Anita Abdullah
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
Normal Price: RM 17
Now selling at: RM 15 (free postage)
Condition: 5/5

Saliha seorang gadis yang memiliki banya keistimewaan. Dia menghadapi dugaan dalam percintaan. namun begitu gadis ini tetap tabah dan yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Dia lebih banyak mengadu dan berserah terhadap Yang Maha Pencipta dan mempunyai prinsip tersendiri dalam hidupnya. Semakin hatinya terluka semakin hampir dirinya dengan Tuhan. Dia memperindahkan lagi dirinya dengan akhlak yang mulia sesuai dengan fitrah sebagai perempuan.
Walaupun dilukai oleh kekasih pertama yang curang ketika berjauhan darinya namun di hati tidak pernah berdendam dengan jejaka tersebut. Dr. Saif Hilfi dalam diam memujanya. Haikal, kekasih pertamanya masih mengharap kasihnya walaupun telah memiliki seorang gadis hebat. Juga, Tengku Fitri yang pada awalnya berniat jahat, telah bertukar mencintainya. Dia tidak pernah melatah. Malah, dia tidak pernah emosional di dalam membuat keputusan. Tanpa di duga, Firdaus Zawawi anak rakan kongsi Umminya di marina Resort yang juga dianggap sebagai sahabat turut menaruh perasaan. Firdaus Zawawi berniat menjadikan Saliha sebagai isteri untuk menggantikan tempat tunangnya Dina yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Dalam resah jiwanya, rindu Saliha tetap satu..lelaki itu terlalu istimewa buat dirinya walaupun dugaan terpaksa dditempuhi demi memiliki cinta yang sejati...Tertunaikah harapan di hati Saliha kerana Allah telah menetapkan jodoh di setiap insan yang diciptakanNya.

Interested? Read here to know how to order

Sinopsis: Rela Ku Menanti & Untukmu Sayang

Rela Ku Menanti



Penulis: Damya Hanna
Terbitan: Alaf 21
Normal Price: RM19.90
Now selling at: RM 17 (free postage)
Condition: 4.5/5

Bahagiakah Nurin Aina, jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyan dan Mylia yang pendendam. Begitu jugak dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.

"Jika aku dihatimu, mengapa dia yang jadi sebutan?"

Berkali-kali frasa itu diulang. Zamil suba menhan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tidak pernah dia merasakan sakitnya bercinta. Puas susah dia memarahi hatinya yang degil. Tapi bayangan Nurin juga yang dinanti-nantikan. Tewaskah dia pada seorang gadis yang egois? Nurin mengerti perasaan Zamil. Sengaja dia berdolak-dalih. Lelaki itu 'hanya kawan'. Entah berapa kali dia membohongi hati. Sedangkan bila berjauhan, ada rindu yang menderu dan ada resah yang membara. Hangatnya membakar dalam diam...Hatinya terguris tak nampak di mata. Bagi Nurin, cinta tidak semudah melepaskan kata-kata. Dia rela menanti, biarpun disebut jangan, dikenang pun jangan.

"Kau mungkin tidak tahu, kasihku bagai di hujung nyawa"

Lalu antara mereka, ada yang terluka. Luqman menjauh bersama doa setelah Zamil mengundur diri. Liyana kembali demi mengutip salah sendiri. Dan Mylia pergi dengan keangkuhan diri. Jadi, siapa yang akan mengikat setia kasih ini? Nurin hanya berserah.
" Dia yakin...cintanya milik lelaki itu!"


Untukmu Sayang



Penulis: Marwati Wahab
Terbitan: Rhythm Publishing
Normal Price: RM17.90
Now selling at: RM 15 (free postage)
Condition: 4.5/5


"Farish, cinta itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Hati ini pedih melihat kepercayaan yang aku semat dalam dada, kau sepahkannya merata. Hati aku terhiris luka melihat kau bersama dia. Aku kalah dengan ego sendiri lantas membiarkan kau pergi bersamanya. Bagiku cinta sejati adalah melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita" - Nur Alya Dasiera

Interested? Read here to know how to order

Sinopsis: Nilai Cintanya dan Dengan Nama Cinta & Nur Kasih

Nilai Cintanya


SOLD
Penulis: Rozita Abd. Wahab
Terbitan: Creative Enterprise
Normal Price: RM17.90
Now selling at: RM 12 (free postage)
Condition: 2.5/5

Aku tidak pernah merelekan perpisahan ini. Bertahan hatiku berdarah...bukan sedikit pedih yang menyula..bukan sedikit bisa yang menyengit rasa. Racunnya, satu...satu membunuh tiap rindu yang menyapa...tiap duka yang mendera. Kekasih..telah aku kuburkan kenangan cinta kita bersama nisan dan air mata, telah kutaburkan di atasnya dengan harum wangi kemboja. Pergilah...aku reda kau hilang di mata dan di hatiku...

Dengan Nama Cinta & Nur Kasih


Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Normal Price: RM21.90
Now selling at: RM 18 (free postage)
Condition: 5/5

Dengan Nama cinta- Ada waktu, setia saja tidak cukup tanpa percaya. Dan, percaya itu telah lama hilang daripada hati Sima. Namun, bijaknya seorang Hasif percaya kepada cinta dan lelaki itu sendiri, mahu menerpa. Haruskah peluang itu diberi?

Nurkasih- kalau diberi pilihan, antara dendam dan rindu, Arin akan memilih dendam. Kerana dendam itu membuatkan dia ada sebab untuk mendekati lelaki itu. Namun rindu bakal memaksa dia berlari jauh Kerana rindu buat lelaki itu bukan layak hatinya. Hanya rindu Aryanie layak di hati Fairul. Benarkah begitu?

Interested? Read here to know how to order

Sinopsis: Kalimah Cinta Suci & Titis-titis Gerimis

Kalimah Cinta Suci

Penulis: Nani Nuraini
Terbitan: PTS Millennia Sdn Bhd
Normal Price: RM26.50
Now selling at: RM 24 (free postage)
Condition: 4.5/5

A&G University College menjadi garis pertemuan lima pelajar dengan latar hidup yang berbeza. Hisham Izzuddin, Suhailah, Nur Aisyah, Nadhirah dan Hashimah menjalin persahabatan yang begitu erat, saling memberi dan menerima. Apakh definisi sebenar cinta? Persoalan itu sering mengetuk pintu hati se teruna dara. Hisham Izuddin keliru, antara kasih Nur Aiyah dan keegoaanya untuk memiliki hati Suhailah. Kerana kekeliruan itu juga dia diterjah kemelut yang akhirnya menggugah rasa. Jika Suhailah yang bertakhta di hati, wajarkah dia mengkhianati kasih suci Nur Aisyah? Kata putus terucap, Nur Aisyah pasrah mencari cinta sejati. Air mata menjadi saksi dalam pencarian. Haruskah dia melepaskan Hisham Izzuddin dan terus menutup pintu hati terhadap cinta yang datang hanya sekali. Dia akhirnya pasrah, walau hatinya terluka, dia sujud mengharap kasih Yang Satu. Air mata menjadi saksi dalam pencarian yang tidak bertepi dan dia kembali mendakap cinta dalam senyuman dan air mata. Wajarkah kecewa dan penyesalan menguburkan segala yang dicita?

Titis-Titis Gerimis



Penulis: Rozita Mohd Noor
Terbitan: Creative Enterprise
Normal Price: RM13.90
Now selling at: RM 6 (free postage)
Condition: 2.5/5

Faris berusaha mengupas salasilah keluarganya dengan harapan dapat mengenali dirinya sendiri. Dan tanpa disedari, diri yang terdampar ke kampung halaman menjeratkan dia dalam cinta tiga segi yang membingungkan. Rosini yang disayangi dan Syuhada yang dikagumi menghimpit dirinya untuk membuat pilihan. Tatkala dia hampir menggapai bahagia di pelamin,titis-titis gerimis mula menimpa. Perlukah dia berkorban apabila gadis yang bakal menjadi surinya adalah adik sendiri?

Interested? Read here to know how to order

Sinopsis: Emilya Zulaikha & Tunas

Emilya Zulaikha

Penulis: Ariff Affandy
Terbitan: Alaf 21
Normal Price: RM17
Now selling at: RM 14 (free postage)
Condition: 4/5

Emilya! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak 10 tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapanya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma. Dibawah pohon cinta mereka,Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu juga tiada lagi. Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Arul dan Farida yang harus diambil emula. Sama ada mereka rela atau dipaksa. Emilya nekad!Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Tegakah Emilya merampas kebahagian mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus berulang lagi?

Tunas Hlovate

Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Normal Price: RM21
Now selling at: RM 19 (free postage)
Condition: 5/5

"Akak nak bunga apa? Sebut aje." Lee pula yang menyambung.
"Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?" Dia membilang dengan jari tangan.
"Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?"
Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
"Tulip ada?"
"Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?"
A-Cid berpaling ke belakang. "Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. "Pink ribbon."
Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. "The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
Addin jatuh rahang bawah. The-what???
"A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu...."
"I'm Panah Arjuna. I spread the love." Selamba dia menuturkan dengan muka toya.


Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin dalam novel aA+bB? Kini Hlovate mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.

Interested? Read here to know how to order

Sinopsis: Di bawah Naungan Cinta & Rindu Asmaraku

Di bawah Naungan Cinta



Penulis: Ibnu Hazm El Andalusy (Ulama Besar, Syaikhul Islam, Pujangga, Penyair dan Sastrawan Muslim Terbesar di Abad Pertengahan)
Terbitan: AR
Normal Price: RM25.90
Now selling at: RM 23 (free postage)
Condition: 5/5
(SOLD)


Inilah antara karya yang membincangankan cinta. Karya paling menarik dan mempersonakan. Ia membahas selok-belok cinta, di Barat mahupun Timur, menelusuri segala liku-liku cinta, menganalisis fenomenanya dan mengupas falsafahnya mengikut realiti sejarah, kemudian menjelaskan pelbagai permasalahan pelik yang ada di sekelilingnya dengan gaya bahasa yang mudah difaham.

Rindu Asmaraku



Penulis: Nuriani Johaini
Terbitan: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Normal Price: RM23.90
Now selling at: RM 20 (free postage)
Condition: 5/5

Intan Izati dan Nazif dipertemukan tanpa dirancang. Namun setiap pertemuan mereka sering diwarnai persengketaan dan pertelingkahan. Apatah lagi keduanya bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Kebencian dan kemarahan tidak pernah ada surutnya.
Dalam marah, benci dan dendam, Nazif tidak menyedari ada cinta mula berputik di ruang hati buat Intan Izati. Rindu dan sayang mula menyatu di hati nazif. Namun di saat bahagia mengetuk pintu hati, satu tragedi menimpa.

Tanpa momen indah kita dipertemukan. Mengenalimu merupakan nostalgia pahit dan terindah buatku- Nazif

Mampukah Nazif menakluki hati Intan Izati? Apakah rindu asmara ini sememangnya tercipta untuk mereka berdua?

Interested? Read here to know how to order

Friday, June 03, 2011

Pakat Mai Sini...

Mai sini mai...pakat mai ghamai-ghamai no.. :D
OK, as promised in my previous entry... i'll talk about Penang and the food.
Jalan-jalan cari makan di pulau ini memang berbaloi.. murah+segar+sedap.


Anda mahukan masakan Thai?
1) Restoran Tomyam Pak Husin (Relau)
Mesti cuba: Tomyam seafood yang uumpphh... dan sotong kangkung...

2) Restoran Bangkok Tomyam (Jelutong)
Mesti cuba: Ikan Siakap Stim dan kerabu mempelam

3) Su Ail Tomyam (Jalan Larut)
Mesti cuba: Ikan masak ala thai (sos yang sgt 'kick')...dan udang masak petai

Anda inginkan nasi kandar/masakan India terbaik di Pulau Mutiara?

1) Restoran Kapitan (Chulia Street)
Mesti cuba: Briyani Claypot (ayam/kambing/daging- superb! disajikan dengan kuah dal dan jeruk timun), tandoori chicken (1 set dengan roti naan yang sangat lembut+kuah dal). Jika anda penggemar susu, di sini anda boleh menikmati susu badam segar.

2) Restoran Sultania (Little India)
Mesti Cuba: Nasi kandar berlauk gulai itik, gulai ayam piru-turkey, gulai angsa, gulai ayam cincang dan air lassam (indian's herbal drink). Di sebelah malam, menu yang disajikan ialah capati bakar dan lauk pauk seperti daging cincang dan kima.

3) Nasi Kandar Misai (Belakang Pasar Chowrastaa-buka malam sahaja)
Mesti Cuba: Gulai Ikan (panas-panas lagi!), ayam goreng (berempah,rangup), dan sambal nyiokk (sambal kelapa). Restoran ni dah lama beroperasi, sejak saya sekolah rendah lagi sampai la sekarang nih dah bekerja. Mamak tu pun dah beruban, misai pun dah takde :D

Anda ingin merasai masakan melayu yang berbaloi-baloi dan murah?

1) Restoran Mutiaraku (Teluk Bahang)- Ini merupakan restoran keluarga saya yang diuruskan oleh Pak Lang saya sendiri. Restoran ni dah beroperasi sejak tahun 1982 lagi.
Kena cuba: Nasi berlauk (masakan ala kampung, ayam ros, gulai ikan, sotong sambal,ikan cencaru belah belakang bersambal). Ada masakan panas, yang paling best ialah mee udang special dan mee kuah(resipi warisan turun temurun!) Western food pun ada disajikan.

2) Restoran Kak Azie (Pasar Bayan Baru)
Kena cuba: Nasi berlauk Gulai ikan kering, gulai ketam, ikan masak lemak etc

3) Restoran Minah (Taman Sardon)
Kena cuba: Nasi berlauk gulai ikan, ikan sumbat dan kerabu taugeh

Kenyang la, nak makan ringan-ringan sahaja? Ha...anda boleh cuba yang ini:-

1) Pasembur (Gurney Drive) ada banyak pasembur di jual di sini, pastikan anda locate kedai yang betul, satu-satunya mamak yang memotong cucur sambil head-banging lagu 'barbie girl'.
2) Mee Bangkok (Bangkok Lane)
Menu hebat: Mee/bihun/kuey tiow goreng sotong, boleh pilih nak berkuah or kering
3) kuih muih di Pasar Taman Sardon. (pelbagai jenis semuanya sedap-sedap belaka,dan yang mesti anda cuba ialah pulut sekaya dan pulut sambal)
4) cucur udang-dalam bazar Chowrastaa
5) Penang Road Cendol (Komtar Walk)-sangat famous dan sangat sedap! anda mesti cuba, cendol durian dan cendol pulut. Tauke kedai ini bermula dengan meniaga cendol di tepi jalan sehingga akhirnya berjaya membuka restoran yang gah di Komtar Walk. Selain cendol, ABC, cincau dan lai chi kang juga ada dijual di sini.


Ini adalah tempat-tempat top dan highly recommended untuk anda yang suka makan. Oklah readers, Saya tinggalkan anda dengan sepinggan Pasembur-Gurney Drive.. selamat menjamu mata!!! hehehe.. :D

Wednesday, June 01, 2011

Prince of Wales Island


Salam readers...

Setiap kali teman-teman saya berhajat ke Pulau Pinang, mesti soalan ini diajukan kepada saya:-

"apa yang best di Penang?" dan saya akan menjawab...
"the food"

Penang sememangnya terkenal sebagai "food heaven".. di sini, makanannya murah, berkualiti, fresh dan puas hati. Ketahui tempat-tempat makan yang best di Pulau Mutiara... dalam entry seterusnya...tunggu... =)

Saturday, May 28, 2011

Visit Malaysia 2011 -2nd trip

The Legendary Island of Langkawi...trip for two. Saya ke sana dengan housemate merangkap pendengar luahan perasan 24/7 saya..Roslinda Johar. Simple, free & easy trip. Tanggal 7 May 2011 merupakan hari bersejarah buat Lin sebab 1st time naik Flight. Maintain je...katanya, "tak setakut yang disangkakan"...cayalah! Lepas je kerja hari Jumaat 6 May, kami terus ke KL Sentral dan menaiki Skybus ke LCCT. Flight jam 7.30 am. Sempatla, take-a-nap kejap di Surau LCCT sementara menanti waktu Subuh. Sampai je di Langkawi, kami dibawa oleh Pakcik Kamal (taxi driver) ke hotel Citin-Kuah, tinggal luggage semua dan terus shoot ke jetty untuk Island Hoping. Kami menaiki bot dan dibawa melawat ke Pulau Beras Basah,Eagle feeding, Mangrove Tour dan Tasik Dayang Bunting. Lepas lunch, 2-2 orang pengsan, dek kerana tak cukup tidur, penat dan kenyang! Lepas Maghrib kami drive sendiri dengan kereta sewa ke Pantai Chenang- Dinner dan shopping sampai tengah malam. Oh ya, saya sempat mencuba Fish Spa buat pertama kali dan akibat dari percubaan pertama itu, saya kena marah dengan tauke kedai sebab buat ikan dia tercampak keluar. Menggelikan...(sori ye!) Superb- Taste! especially, ikan siakap sambal tu...terbaik!!!

The next day, kami ke kedai gamat dan kedai batik. Shopping lagi! Perempuan dan shopping ibarat coffee mate dgn coffee, tak Uuumpphh kalau tak melengkapi satu sama lain..! :D Kami teruskan perjalanan ke Oriental Village-Cable Car (subhanallah, cantiknya pemandangan Langkawi dari atas!), kemudian kami ke Ayer Hangat Village(memang hangat! tak berani nak rendam kaki, sebab masuk je kawasan tu dah terasa berbahang). Destinasi lain yang kami lawati ialah Wild-Life Park dan Dataran Lang. Langkawi memang best tapi tersangatlah panas. Terik!
Cadangan saya, kalau anda ke Langkawi...baik sewa kereta je, bukan susah pun nak cari jalan, study map je..kalau sesat sekalipun, tak payah risau...anda masih berada di dalam pulau..! ahax!

Langkawi View from Cable Car




feeding the animals at Wild Life Park-such a great experience!





note: dah create album for Langkawi di FB, jenguk2 di sana ye for more pics.. :)


Tuesday, May 24, 2011

MeetUncleHussain-Pokok

I'm currently listening to this song- over and over again sebab melodi yang best, lirik yang simple dan padat dengan nasihat...
1st time dengar kat radio, terus tercari-cari kat google and finally,I found it!...jom layan~







Meet Uncle Hussain ft Hazama -POKOK

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok



Monday, May 23, 2011

Promosi Hebat-AirAsia 22/02/2011-27/02/2011

Memang Berbaloi-baloi!!!! Flight ticket ke London (October 2011) hanya RM800+++... ke Krabi (RM10 sahaja!), ke Sarawak-Miri (RM120 sahaja!)...attractive betul offers Air Asia nih..Sesiapa yang dah ada ready budget tu, boleh la cepat-cepat book ticket ok!.. saya? hurm...tak dapekla agaknya....huhu... :(

*kalau diikutkan hati, nak je book ticket ke London tu..tapi budget constrain skang nih...huhuhu..tapi, nak....nak....... sabar ye hati, sabar ye nafsu.fuh!

Saturday, May 21, 2011

Visit Malaysia 2011 -1st trip

Bercakap pasal azam saya untuk tahun 2011 (ok, fine dah bulan May dah pun...) salah satunya adalah untuk bercuti dan melawat tempat-tempat best tak kisah la locally ke abroad. So, pelbagai plan direncanakan dan yang telah berjaya manjadi kenyataan ialah, Cameron Highlands. Well, this is not my 1st time being in Cameron Highlands. CH dah menjadi lokasi rasmi untuk percutian bersama family saya. Sila baca post entry ini (klik sini). Mak dan abah suka bebenor ke CH. Untuk April 2011, saya ke lokasi yang sama tetapi kali ini bersama officemates (Mell, Imran, Ayie & Hash). Free & easy trip, takde plan apa-apa- lebih kepada terjun cowboy je. Kitorang bertolak dari KL pun dah jam 11am (maklumlah, org keje shift lewat hari jumaat tu, confirm2 bangun pun liat!).

Ayie sebagai Driver, Imran sebagai Co-Pilot kononnya (tapi, direction saya yang kasi), Hash sebagai penglipurlara, dan Mell sebagai tukang tidur. Lengkap rempah ratus road trip nih...hehe...
Sampai je ke destinasi, kami terus memburu tempat penginapan. Maklumlah, pegi sana pun waktu high peak (weekend 02/04/11-03/04/11). Kami memilih hotel Country Lodge. Ok la, tak la mahal sangat, rate per night dalam range RM150-RM160 untuk setiap bilik. Lepas check in, perut pun dah "berkeroncong untuk ana", terus kami ke Fauzi Corner dan pekena steamboat.

Perut dah kenyang, kami mulakan aktiviti shopping di sekitar Brinchang Central Market dan pasar malam hari Sabtu. Meriah pasar nih, macam-macam ada...



Dah capek, terus kami kembali ke hotel dan beradu. Next day, seawal jam 8 pagi semua dah bersiap sedia untuk breakfast macam orang Malaysia normal. Dah lama tak breakfast kot, selalunya kitorang "brunch" je. Disebabkan kitorang memang suka photoshoot, so lokasi pertama ialah di Smokehouse Hotel. (thanks to Ayie, dia bukan saja Driver kitorang malah sanggup volunteer jadi free photographer! :D)

Lain-lain tempat yang kami kunjungi ialah, Cactus Valley, Strawberry Park, Sungai Palas dan macam2 hentian lagi sepanjang perjalanan turun ke KL. Shopping, shopping dan shopping lagi...beli cactus, flowers, strawberries, souvenirs, tea & etc.




Thanks everyone for making it happened. The trip was so happening and I cherished every moments we spent together...sorry, can't upload all the photos here. Check out my facebook, der... Jumpa lagi di entry selepas ini...my 2nd trip in May...to where? tunggu... =)

Let's get your nails shining like stars.....

Anda mahukan kuku yang berkilau,tampak sihat dan bersih? Di bawah adalah produk yang terbaik untuk dijadikan pilihan anda.. B-shine, keluaran Bumiputera, sesuai digunakan oleh Muslim (boleh dibawa solat). Harga: RM18 (free postage).. cash on delivery untuk area sekitar Gombak, Selayang dan KL. Jika berminat atau anda ada sebarang pertanyaan, boleh comment di bawah... Do 'like' facebook page B-shine for the latest update on our new products...more health&beauty products coming soon..

"B-SHiNE is a nail buffering product and it also suitable for Muslim for prayer!"
It RIDS your nails of ridges, SHINE your nails, TAKE CARE of jagged edges and can LAST for 10 DAYS! (repeat to buffer for continuous shine)

80% more glass than other ordinary products
......RM 18 each
Get them now for Shiny Nails in just 10 seconds! "





B-Shine- Shiny Nails in 10 seconds (suitable for Muslims). Get them now at RM18 each... (free postage!!)

My new interest...





Yes, I've found my new interest... "gardening"... petang tadi, saya terus ke plant nursery berdekatan FRIM-Kepong dan memborong 4 money plants dan 1 pokok jade. Bukan itu saja, sekali pakej dengan plants holder dan baja. Kesemuanya, berharga RM54. Okla price tu, agak reasonable setelah puas nego dengan tauke... (sian dia, mesti penat melayan saya yang tak habis2 mintak kurang, haha!)




My dear jade... grow well ok...and to my darling money plants, cepat2 menjalar ye.. :)

Welcome Back to Blogging World, Miss Szeiqa!

Salam................................

Dah berbulan dan hampir setahun blog nih tak ber-update... Blogger ini kembali aktif dalam dunia blogging yang telah lama ditinggalkan...Rindu!! Rindu!! Banyak sangat nak dicoretkan di sini, nak berkongsi dengan anda semua yang masih setia dengan blog nih. Acapkali juga saya menerima email untuk mengupdate blog nih. Dah berkali2 disuruh oleh follower no 1 saya, Kak Maslinda Abdul Halim. Nah...sekarang saya nekad dan tekad untuk terus, dan terus berkongsi dunia saya di persada IT.

Saya tinggalkan anda buat seketika dengan promo gempak abes dari Pizza Hut...memang berbaloi-baloi...especially offers for Monday & Wednesday...cepat!! Serang Pizza Hut berdekatan anda...

Sunday, June 27, 2010

Sambungan kisah percutian 5 hari 4 malam ke Hong Kong dan China

Sambungan kisah percutian 5 hari 4 malam ke Hong Kong dan China

Fakta Menarik:-

  • Harga mineral water bersaiz kecil di HK ialah $10 bersamaan RM5. Sebab utama kegilaan harga dikenakan ke atas mineral water adalah kerana HK membeli sumber air dari China. HK terpaksa berjimat-jimat dalam penggunaan air seharian.
  • Muslim di China lebih sedikit populasinya berbanding Hong Kong.
  • Di Shen Zhen, China...biarpun musim Winter, tiada salji yang akan turun.
  • China dan HK mengagungkan bahasa ibunda mereka. Hanya sebilangan kecil masyarakat yang boleh bertutur English.
  • Taraf hidup di HK lebih tinggi berbanding China. Basic salary pekerja di Supermarket ialah RM2,500. Patutlah barangan di HK dijual pada harga yang gila-gila...
  • Starting price untuk taxi fare di HK ialah $18 bersamaan RM9.
  • Harga petrol di China ialah Reminbi 12 bersamaan RM6 untuk seliter.
  • Semua teksi di HK dan China mempunyai pintu automatik.

Saturday, June 26, 2010

Day 4: 17/06/10

Day 4: 17/06/10

Yezza! Hari yang dinanti-nantikan. Mengikut plan, hari ini kami akan kembali ke Hong Kong untuk melawat Disneyland seharian! =) Bertolak dari Shen Zhen MTR stesen Lo Wu jam 9am dan tiba di Hong Hum hampir jam 10am. Kami disambut dengan tour guide dan dibawa terus ke hotel menyimpan semua luggage dan dihantar ke Disneyland. Siapa sangka pada usia 24 tahun barulah saya berkesempatan kembali ke zaman kanak-kanak dengan melawat Disneyland. Bukan sahaja saya, malah kebanyakan orang yang agak berusia nampaknya lebih excited!

Di Disneyland, anda dapat bergaul rapat dengan semua karakter Disney. Saya pasti, anda juga membesar dengan kartun Mickey Mouse dan kawan-kawannya. Keterujaan itu lebih dirasai bila anda menjejakkan kaki ke Disneyland- seperti anda memasuki dunia kanak-kanak! Saat anda melangkahi main entrance, penglihatan anda disajikan dengan bangunan-bangunan lama Inggeris seperti anda berada di cowboy town.



Kawasan dibahagikan kepada 3 taman tema iaitu Tomorrow Land, Adventure Land dan Small House. Kami memulakan sesi lawatan ke Adventure Land. Memang adventure apabila aktiviti pertama yang dilakukan ialah menyusuri tasik buatan dengan Ferry untuk bertemu dengan haiwan liar, merasai bencana alam seperti letusan gunung berapi...memang real! Anda dapat merasai bahang gunung berapi itu. Seterusnya kami menaiki rakit untuk melawati rumah Tarzan yang dibina di sebuah Island buatan. Indah! Menarik...dan menakjubkan! itu yang boleh saya katakan... Terdapat juga persembahan dari karakter Lilo & Stitch dan rakan-rakannya mendemonstrasikan jumbo dance, Simba Show -karakter dari movie Lion King dan banyak lagi.




Kami kemudiannya merasai pengembaraan di rumah Winney the Pooh, menonton 4D Donald Duck show...bukan 3D ye tetapi 4D!! anda dapat merasai tempias air ketika Donald Duck dilemaskan, anda dapat juga merasai kekuatan angin ketika Donald Duck menumpang flying Carpet Aladdin...teknologi yang advance ini membawa anda merasai real-nya pengembaraan itu. 5 Star rating untuk show yang sangat hebat ini!

Seterusnya, kami menyambung keseronokan di Tomorrow Land. Di sini, karakter yang lebih moden dibawa mendekati anda seperti karakter-karakter dalam movie Toy Story- Woody dan rakan-rakannya. Terdapat pelbagai permainan dan aktiviti disediakan antaranya misi bantuan penyelamat dengan menjadi rakan risikan Buzz Lighter membanteras alien (game tembak2 dalam kenderaan angkasa), Space ride, dan Roller Lilo & Stitch.

Dah penat bertarung, kami berehat seketika sambil menonton theater musical Disney. Sepanjang show, anda boleh melihat semua karakter Disney bergabung, menyanyi, menari dan bersketsa yang sangat menghiburkan. Seperti kagumnya saya dengan Cultural Show di Splendid China, begitulah juga dengan kehebatan stage dan persembahan theater Disney ini. 5 star rating juga!

Masuk pula ke Small House untuk bertemu dengan Snow White, Pinochio, dan etc. Cantiknya lampu-lampu yang menghiasi rekaan-rekaan karakter ini...sungguh mengagumkan! Anda mesti ke sini, untuk merasai sendiri keterujaan dan kepuasan yang saya maksudkan. Speechless!
Dari pukul 11 am berlanjutan hingga persembahan bunga api jam 8.30 malam, seluruh Disneyland masih belum habis dilawati. Memang luas kawasannya.... 1 hari lawatan tak mencukupi~ Namun, kami terpaksa beransur untuk mengelakkan dari ketinggalan bas, tak pasal-pasal kena cantas dengan teksi pula ;D

Percutian ke Disneyland pastinya menjadi memori indah untuk saya dan keluarga. Mak dan ayah pun bukan main seronok lagi bermain mengalahkan anak-anaknya... percaya atau tidak... ramai golongan tua, nenek-nenek dan atuk-atuk pun seronok sakan walaupun dengan berkerusi roda, bertongkat bagai... enjoy abes!



Day 3: 16/06/10

Day 3: 16/06/10

Tour dimulakan dengan lawatan ke kilang jade. Di sini, kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis galian yang menghasilkan jade dalam pelbagai grade. Ada jade yang 'glow in the dark', ada jade hijau, purple, biru dan macam-macam lagi. Memang mahal, harga jade yang dijual dalam lingkungan RM150 hingga mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia. Tak dapatlah saya nak membeli apa-apa, sekadar cuci mata sahaja. Terdapat sudut untuk merasai teh laici. Boleh tahan rasanya, seperti teh cina tetapi lebih manis dan wangi.

Seterusnya, kami di bawa melawat ke kilang yang bersebelahan dengan kilang jade tadi...iaitu kilang memproses ginseng. Kami diberi introduksi tentang pemprosesan ginseng dan khasiatnya. Saya juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan pakar sensei (doktor) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pakar di sini telah diiktiraf oleh kementerian kesihatan China.
Selepas lunch, kami dibawa pula ke kilang silk. Di sini, mereka memberi pendedahan tentang penghasilan sutera bermula dengan pengumpulan ulat sutera hinggalah terbentuknya kain sutera yang dijadikan selimut, cadar, pakaian dan hiasan. Sutera melambangkan kemewahan, harganya pun agak mewah, oleh itu kami sekadar cuci mata je la...

Dah selesai cuci mata, kami dibawa melawat ke Splendid of China dan China Folk Culture Villages. Splendid of China, ala-ala Taman Mini Malaysia, tetapi percayalah ia lebih advance dari itu dan it is beyond your expectations. Di sini, terdapat himpunan artifical scenery yang menjadi kebanggaan masyarakat China antaranya Yunan Stone Forest, Shaolin Temple, the Great Wall, dan Dali Three Ancient Pagodas. Terdapat lebih 80 binaan ditempatkan di sini dengan diserikan oleh landskap yang menghijau, menyejukkan mata yang memandang dan sangat mendamaikan.





China Folk Culture Villages, just like a shining pearl in Shen Zhen, contains an area of 22 hectares, it unfolds the vivid Chinese folk arts, customs and architectures to the tourists. The 24 viilages of 22 minority nationalities were set up according to the ratio 1 to 1.. With the concept of 24 villages and 56 customs, it is reputed as China Folk Custom Museum. Kami hanya sempat berjalan tak sampai suku jalan untuk melihat binaan-binaan tersebut kerana kawasan ini memang tersangatlah besar. Mujurlah ada train yang disediakan untuk melawat keseluruhan kawasan. Namun, kepuasan itu tak begitu dapat dirasai sebab tak dapat melihat binaan-binaan itu dari jarak dekat. Dah penat berjalan, kami dihiburkan pula dengan 'Cultural Show'. This is my first time watching musical theater. Memang best!!! Stage derang tersangatlah advance dengan beberapa layers, sound effect yang bagus, costumes yang colourful dan menarik semestinya memberi kepuasan kepada penonton. Ruginya, tiada gambar/video yang dapat diambil disebabkan bateri kamera yang dah nazak dan terus padam. Pastikan anda ke Splendid of China dan China Folk Culture Villages bila anda melawat ke Shen Zhen. Gerenti anda akan terpegun!



Usai dinner, sekali lagi kami dihantar untuk melaburkan wang di night market Gong Men. Shopping lagi....