Tuesday, October 21, 2008

A short entry...just for the sake of sharing what I feel at this moment:~


"Stress is a part of life. We can't escape it...
But, we can learn to manage it."

That's what I'm dying to do now....handling the hard moment with all the guts that I have.

Tuesday, September 30, 2008

raya

salaam...

Hari nih, 1 Oct 2008 bersamaan 1 Syawal 1429....sejak 22 tahun yang lalu, sepatutnya tika dan saat ini saya bersama family berkumpul dan berkunjung ke rumah sanak saudara, makan kuih raya sambil bergurau senda. Namun, lain pula untuk tahun 2008 nih...buat pertama kali saya beraya di perantauan...(Ye ye je perantauan...padahal KL je pun =D)

Sekarang, jam 2 petang dan saya sedang 'park' diri saya di office sambil menantikan jam 3 petang untuk memulakan rutin kerja harian. Payah juga menahan emosi kerana asyik terbayangkan ketupat, rendang, dodol dan 'halwa maskat' air tangan Tok Wan.

Alhamdulillah, saya masih bersyukur sekurang-kurangnya terbuka gak pintu hati bos untuk menganugerahkan 1 + 1/2 hari cuti....Makanya, saya akan balik kampung pada malam raya ke-2. Kebetulan raya ke-3 nanti, kitorang nak adakan kenduri tahlil buat Arwah Pak Su yang baru kembali ke Rahmatullah 2 minggu yang lepas dan Arwah Tok yang dah 3 tahun meninggalkan kitorang. Dek kerana, saya se-family masih dalam mood berkabung...persiapan pun sederhana je. Kepada yang ikhlas, sedekahkanlah al-fatihah buat arwah...semoga roh mereka dicucuri rahmat selamanya.

Berbalik kepada juadah istimewa hari raya yang merupakan satu kemestian pada setiap kali lebaran kecuali tahun ini ialah 'halwa maskat'... rasanya, negeri-negeri di bahagian utara je yang tahu akan kewujudan juadah nih. Cara membuatnya ala-ala dodol...tetapi memerlukan minyak yang sangat banyak, dan digaul dengan buah badam dan kismis...Memang ber-jam gak la proses untuk menghasilkan juadah nih...Tenaga kena kuat untuk dayung halwa dalam periuk besar pastu, kena tahan dengan pedihnya percikan minyak.

Oklah...buat semua teman-teman yang mengenali saya, Salam Lebaran! Maaf Zahir dan Batin... =)

Friday, September 05, 2008

Well, I have started working with Hsbc. It's been 3 weeks already. So far, I'm enjoying it although I have to admit that I'm actually struggling during the training especially when it comes to the system. Talking about the system, not that I hated it but it is so complicated and demand lots of patient!! Sometimes, for being impatient; it ends up with the system got stuck or hang, then I have to restart it again. =D It's completely new for me...Yes, I'm from finance background...it did helps but this is the 'SYSTEM' itself. It's about how well you manage it which will then help you to obtain certain information precisely. However, everything is hard when we first try it, right? I hope sooner or later, I'll get use to it~


Apart from that, what makes the training enjoyable are the happening colleagues and fun trainers. Some of the trainers came all the way from UK just to share their knowledge with us. 3 more weeks to go before the training session ended. After that, we'll be on the processing floor to do the 'real job'! Till then, wassalam.... =

Thursday, September 04, 2008

Sorry, for I'm not being able to update this blog regularly. Life just gets so busy! As I promised, here you go.... the pictures taken on the Convocation Day:-


They are the reason behind this achievement!

The moment when I lost my hat...so, I just grabbed
dunno whose one with hair clips on it!

Part of my coursemates


Bestest friends!

With our all-time-favourite's lecturer, Mr Rizal.


Actually, ade video masa saya on stage tapi, dlm vcd format. Tak sempat nak edit, kalau nak upload the whole video kang panjang sangat la pulak. Nanti-nanti la yeh... Saat yang paling best sekali selain dari terima scroll ialah masa kami menyanyikan lagu 'Permata Dunia' dengan penuh semangat sambil menghayunkan scroll ke udara. Syahdu betul time tu, saya hampir-hampir menitiskan air mata...hampir je, belum nangis lagi okey! =D
Sesungguhnya saat itu merupakan saat yang paling bermakna buat seseorang yang bergelar graduan! =)

'To all MMU Graduates 2008.... Happy Convocation! May the best be with us forever...'

Wednesday, July 30, 2008

Macam mimpi….semuanya berlaku begitu pantas sekali. Siapa sangka, tanggal 14/8 nih saya akan bergelar wanita bekerjaya. Global Support Executive will be the starting point of building my career in HSBC. Specifically, been placed under HSBC Electronic Data Processing to deal with U.K Securities Trading. So, working hours + public holidays semuanya ikut U.K. Cuti raya? Entahlah…saya tak nak fikirkan pasal tu lagi. Kalau perlu lakukan pengorbanan, saya akan lakukan.

2 hari lepas, saya ke KL untuk buat medical check up dan collect offer letter. Complicated gak proses check-up nih dek kerana klinik panel tu takde specialist untuk buat X-ray. Biar saya ringkaskan apa yang berlaku. Dari Ampang Park, saya ke City Square untuk buat Urine Test. Kemudian, saya diminta ke Ampang Park semula untuk buat X-ray dan kembali ke City Square untuk submit report X-ray tu dan ambil full medical report. Akhir sekali, ke Ampang Park semula untuk naik LRT balik ke rumah. Macam mudah je kan? Hakikatnya, tak semudah itu. Memanglah Ampang Park dengan City Square tak jauh mana tapi, bayangkan berapa kali saya kena panjat naik turun jejantas tu. Fuh, pancit!!!

Dah sampai rumah, baru perasan yang saya tersalah ambil kunci. Adoi yai…ke KLCC balik, ambil kunci rumah dari kakak. Macam-macam hal. Serba tak kena jadinya. Hari tu dengan jelas bukanlah hari saya =(

Ke- tidak-biasaan dengan KL menjadi masalah utama bagi saya. Sesat + salah naik LRT sememangnya perkara yang normal bagi ‘pendatang’ cam saya nih. Namun, saya percaya ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Doa saya, semoga Dia permudahkan segala urusan. Aamin… tak lama lagi, bermula lah satu fasa baru dalam kehidupan saya. Teruja, takut, nervous semuanya ada, bercampur baur cam 'pasemboq' Gurney Drive! Hehe...

p/s: Next entry, will talk about the Convocation Ceremony. Seven more days to go!!! =)

Wednesday, July 09, 2008


Salaam…helluee!!! Back to ‘blogging world’. Alhamdulillah saya dah grad. Dah sebulan menganggur, duk kat umah…makan..tido. Bosan gak. Mula-mula ingat nak jadi part-timer kat Coffee Bean ke, Dome ke…tapi abah tak bagi. Dia nak saya rehat je kat umah, gemukkan badan =D.

Ada gak attend interviews here and there, mungkin belum ada rezeki lagi. Actually, dah dapat kerja sebenarnya tapi saya terpaksa tolak sebab gaji yang di-offer agak rendah untuk survive kat KL dan job scope yang tak begitu kena dengan jiwa saya. I’m not being too choosy ke ape tapi, kalau tak hepi nak buat kerja camtu…macam mana nak komited kan? Takpela, ikut kata Abah…tunggu sampai abes convo baru fikirkan kerja.

It’s hard to believe that my 4 years of University life has ended. Cepat sungguh masa berlalu. Masih teringat lagi saat mula-mula menjejakkan kaki ke MMU, melalui seminggu orientation seterusnya menjalani Foundation in Management selama setahun diikuti dengan keputusan untuk sambung degree selama 3 tahun majoring in Banking and Finance. Dan akhirnya, tanggal 25 May 2008…. semuanya berakhir!

Saya tertanya-tanya, kenapa ye bila kita berada di dalam suatu episode kehidupan, kita berharap sangat agar ia segera berlalu tetapi bila ia berakhir, kita menginginkannya kembali hadir. Itu yang saya rasakan sekarang. Saya rindukan masa dan ketika di mana saya bersusah payah dengan kawan-kawan stay up sampai 3-4 pagi meeting dalam kampus untuk siapkan assignments bersama, presentations, pop-quizzes dan exams. Di sini lah saya belajar menjadi lebih confidence dan berani untuk communicate dengan orang-orang besar seperti Manager CIMB, Manager Affin Bank, Bursa Malaysia, Manager Orang Kampung Corporation, Manager Zaki & Partners, Affin Securities dan banyak lagi. Bagi saya, episod kehidupan saya di MMU adalah episod terindah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Saya ingin kembali ke Melaka, merasai saat ber-outing dengan kawan-kawan, makan asam pedas Kota Laksamana, menikmati keenakan seafood di Umbai, bersarapan bihun sup di Black & Blues, kelazatan mee bandung di JPJ, shopping di Jaya Jusco dan Dataran Pahlawan, menonton wayang di Melaka Mall dan Mahkota Parade, organize netball friendly match, main squash dan ber-babeque bersama teman sekelas

InsyaAllah, kalau ada kesempatan saya akan usahakan untuk mengadakan reunion bersama mereka…mungkin dalam masa 5 tahun akan datang. Papepun, no turning back. Hidup mesti diteruskan kan? Cukuplah posting saya untuk kali ni. Dah terlebih panjang pulak entry kali ni. Sekian, wassalam.

p/s: Berdebar menantikan Hari Konvokesyen pada tanggal 10/8/08 ni di Cyberjaya. =)

Tuesday, May 13, 2008


6 May yang lalu, saya dan kawan-kawan suzen, fafa, shawal dan ijad menikmati dinner yang ala-ala semi-farewell kami di Umbai. Bestnye makan....sedap.....Sudah lama saya tak ke Umbai dan kali nih kira cam lepas rindu dendam la =D


( sengaja saya upload gambar ini sebagai strategy
untuk mempromosi blog ini kepada mereka berdua) =D

Kami ke Umbai Lama dan kedai pilihan ialah Kedai 'Parameswara'. Selera memang besar sebab kitorang ni memang kuat makan pun. Maka pelbagai jenis lauk pauk di order seperti ikan pari masak sambal, ikan siakap bakar dan masak 3 rasa, udang masak pedas, sotong goreng tepung dan kupang bercili. Dengan keenakkan dan kesegaran jus orennya betul-betul membangkitkan selera kami malam itu. Ownernya sangat friendly dengan imej yang ala-ala koboi menjadi tarikan pengunjung. Trademark 'just nice' nya yang hanya shawal je yang pandai imitate ;P akan kami ingat sampai bila-bila.

(motif upload: mereka pun ingin dipromosikan
tapi saya tak kisah...sebab saya syg mereka berdua)

Kedai nih memang murah dan berbaloi dengan keenakkan masakannya. Wahhh, promote abes nih!...kalau anda ke Umbai, pastikan 'Parameswara' menjadi pilihan anda ye.. da.....
Topik saya hari ini mudah di sebut tetapi payah di definisikan kerana ia begitu subjektif. 'Cinta'!
Kenapa saya ingin mengutarakan isu ini? Kerana hari ini saya telah dikhabarkan tentang cakap-cakap panas mengenai kisah lagu 'cinta tiga segi' yang dinyanyikan oleh seorang banduan sehari sebelum arwah dihukum gantung dek kerana membunuh girlfriend dan ex-boyfriend girlfriendnya dengan motif : sakit hati kerana cintanya di tolak menjelang seminggu sebelum pernikahan mereka dan si jejaka ini tidak dapat menerima hakikat untuk melepaskan kekasihnya ke tangan lelaki lain. Saya tidak pasti tetapi tidak juga menafikan cerita ini benar atau tidak, pokoknya jika ini cerita benar dan dikatakan berkaitan seperti kes pembunuhan graduan UKM, Norzi Ayu maka situasi percintaan di zaman sekarang agak ekstrem dan menakutkan. Oleh itu, benar atau tidak cerita ini wajar dijadikan iktibar dan dinilai bersama.

Saya tidak pandai berbicara soal cinta kerana saya belum pernah benar-benar merasakan cinta. Tetapi, saya insaf dengan perkhabaran ini kerana bahayanya cinta sehingga menyebabkan seorang insan hilang pertimbangan akal dan mengetepikan iman dan agamanya kerana menurut amarah hati yang didorong syaitan laknatullah semata. Mudah untuk saya mengatakan kerana saya tidak pernah merasainya tetapi, bukankah jodoh itu sudah ditetapkan Allah? Sekiranya terjadi perpisahan, mungkin ada hikmahnya.

Cinta kepada manusia, harta benda tak akan berkekalan kecuali cinta kepadaNya. Maka, perlu apa cinta yang terlampau ekstrem sehingga sanggup membunuh? Bukan mengkritik tindakan arwah dan menampakkan ke tidak matangan fikirannya tetapi saya menulis di sini untuk sama-sama kita jadikan pedoman supaya kita tidak membenarkan nafsu dan amarah menguasai diri dan sehingga menyebabkan kita hilang pertimbangan. Blog ini kepunyaan saya dan saya punyai kebebasan untuk mencoretkan apa yang membelengu pemikiran saya. Maaf, jika ia menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Saya akhiri penulisan saya disini...wassalam~

note: Mari sedekahkan Al-Fatihah buat ketiga-tiga mereka...

Tuesday, April 29, 2008

flashback....


Jam sekarang dah dekat kul 1 am. Takleh tidur...nak study 'mood' belum ada so, saya pilih untuk mencoretkan sesuatu di sini. Tetiba je terkenang balik zaman kanak-kanak dulu...tak banyak tanggungjawab kecuali main, main dan main pastu makan cokelat pastu tidur..bangun..main lagi. Ingat lagi ketika bermanja-manja dgn tok wan dan arwah tok. Naik motor antik tok wan ke tadika...tumpang basikal tua arwah tok ke sana ke mari. Basikal tu tak ada tempat duduk di belakang so, arwah tok letakkan sejenis raga buat dijadikan 'seat' untuk saya.

Terkenang saat-saat mengikuti kelas muzik di tadika. Terujanya hati bila mana saya dapat bermain macam-macam alat instruments dengan kawan-kawan contohnya cam alat yang berbentuk katak tu, bila letak atas tapak tangan dan diketuk akan mengeluarkan bunyi, satu lagi ialah besi yang berbentuk triangle. Tak dapat recall la nama instruments tu... Lagu favourites time tu ialah 'ba ba black sheep', 'mary had a little lamb' ,'telefon berbunyi', 'tip tip hujan dah turun', dan 'twinkle twinkle little star'.

Aktiviti di sebelah petang hari memang busy. Ada je agenda. Hari nih main senapang (dibuat dari kayu dan buah getah dijadikan peluru), esok main motorboat (duduk atas pelepah kelapa dan ada 'driver' yang tolong tarikkan), lusa main pondok-pondok....kemudian main masak-masak. Rindunya saat itu bersama sepupu-sepupu dan kawan-kawan yang entah ke mana hilangnya.


Masih terbayang di ingatan sewaktu berkelah kat kebun tok wan. Bestnya...mandi kolam, petik buah-buahan dan makan puas-puas. Sekarang nih, kebun tu dah tak macam dulu, sebab sebahagian besarnya dah di jadikan empangan Teluk Bahang. Kalau nak ke sana pun kena naik bot. Tak boleh rentas rimba lagi.

Lepas Maghrib, pi ngaji Muqaddam kat umah Tok Penghulu...time nih mengajar erti kesabaran sebab lamanye nak tunggu giliran lepas sorang, sorang lagi. Usai je ngaji, cepat-cepat join budak-budak lain main 'aci lut'. Sampai la satu hari tu ustazah cakap kalau main 'aci lut' malam-malam nanti nenek kebayan bawa sembunyi. Terus kitorang takut nak main, tapi takut main bukan bermakna kitorang terus balik umah lepas ngaji tapi kitorang main 'pepsi-cola' dan 'police entry want to jaga'.

Kadang-kadang, bila kita kenang kembali zaman dulu-dulu, buatkan kita tersenyum penuh bermakna...terdetik juga di hati, andai masa dapat diputar kembali ke saat itu alangkah indahnya... kan?

NOTE: Menjelang 1 May nih, genaplah 3 tahun arwah tok meninggalkan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah~

Saturday, April 26, 2008

judul filem: ayat-ayat cinta


Sebuah filem yang di adaptasikan dari novel karya Habibulrahman El Shirazy. Padat dengan pengisian rohaniah dan bukan hanya cerita cinta stereotype yang biasa kita tonton. Penceritaan yang begitu tersusun dan skrip yang menarik mungkin merupakan tarikan utama filem ini disamping menampilkan hero yang agak ganteng juga orangnya. =) Jika anda meminati filem cinta, maka filem inilah yang seharusnya anda tonton.


Berikut merupakan antara dialog-dialog yang masih segar dan melekat di minda saya:-
  • "We don't recognize dating in Islam"
  • "Jika Allah mengkehendaki, siapa pun bisa menjadi jodoh kamu"
  • "Kita boleh membenci perbuatan buruk seseorang, tapi harus tetap adil"
  • "Kalau tiada Sungai Nil, pasti tiada Mesir, tiada peradaban. Yang ada hanya gunung pasir. Aku rasa Sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit.
  • "Jodoh bukan dari langit, tetapi dari hati....dekat sekali"
Banyak lagi scenes dan dialog-dialog menarik dalam filem nih yang berjaya menyentuh jiwa sentimental dan merembeskan air mata nih...Saya dengan ini menyeru anda semua yang membaca posting nih, untuk menonton filem hebat dan penuh suspens ini... Cam trademark Sarimah Ibrahim, " buat suspens je..." hehehe =)

Sunday, April 20, 2008

orang baru...


Tanggal 9 Mac yang lalu, merupakan hari bersejarah buat keluarga saya. Kami menyambut 'orang baru' dalam family kami. Abang saya, Zulkhairi telah selamat di ijabkabulkan bersama pasangannya Sharina di Banting, Selangor. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar begitu juga kenduri di sebelah keluarga saya di Penang. 14 Mac, kami mengadakan kenduri doa selamat untuk kedua mempelai dengan hidangan lauk ala kampung seperti gulai ikan kering, ulam-ulaman dan sambal udang.

Keesokan harinya merupakan hari kenduri. Meriah sungguh dengan tetamu yang tak putus-putus datang. Kemeriahan dan keriuhan lagi terasa bila kenduri ini dijalankan secara gotong-royong dan bukannya dengan upah catering. Biarpun penat, saya yakin semua orang berseronok dengan selingan lagu-lagu yang menarik diputarkan oleh DJ dan juga sesi karaoke.


Buat abang dan kak sha, semoga kalian berbahagia ke akhir hayat =) Aamin...

Tuesday, February 26, 2008

Settled!

Alhamdulillah....

Dilema yang mengganggu fikiran dan emosi saya semenjak dua menjak nih sudah pun berakhir... Tawakal jelah... Dan saya memilih untuk terus mengambil 7 Subject sem nih dan bersedia untuk berhadapan dengan apa jua risiko mendatang.

doakan saya berjaya, ye! =)

Sunday, February 24, 2008

Should I? Or....Shouldn't I?

As told before, this should be my final semester but I’m lack of confidence if I will be able to cope with 7 subjects. 7 subjects dgn 4 major subjects memang betul-betul susah untuk average student macam saya ni. Saya dalam dilema sekarang ni…should I extend another semester or should I just continue with it since it’s already Week 5? These questions keep on bordering me…

Saya pergi jumpa Mr Mazni few days ago upon this matter. Yang tak bestnya, dia hanya akan offer 2 subject je next semester iaitu Offshore Banking and Finance dan Mergers and Acquisition. Patut ke saya extend semata-mata untuk ambil hanya 2 subjects ni? Kalau pun saya score, pointer tak akan naik banyak mana sebab semester panjang tapi saya hanya ambil 2 subjek. Main issue sekarang bukan sebab pointer tapi sebab boleh ke saya cope dengan 7 subjects sem nih? Berat tu…dah la ada subject Financial Derivatives which is the hardest subject among finance subjects. Ramai senior ‘sangkut’ sebab Derivatives! Kalau dah banyak-banyak subject nih, bila final exam mesti ‘gila’ sebab exam schedule pasti akan pack sangat-sangat. Assignments pun banyak…

Dah dengar macam-macam opinion dari ramai orang. Lagi ramai yang saya tanya, lagi kusut jadinya. Parents saya tak kisah nak extend ke tak. Derang biar saya yang decide. Tapi, sampai sekarang saya belum dapat buat apa-apa decision. Macam mana nih???? Perlu ke saya ambil risiko dengan teruskan apa yang saya dah lalui 5 minggu nih, atau saya drop je 2 subjek tu? Finance Department pun dah charged tuition fees untuk sem ni…jadi saya akan kerugian 30% untuk setiap subjek yang saya drop. Ini akan menyebabkan saya berhadapan dengan masalah PTPTN pula. Aduhhhh….apa patut saya buat? =(

Thursday, February 21, 2008

BBQ Nite

Salaam...

'KENDURI' yang diadakan tanggal 17 feb ari tu memang meriah dan happening sangat. Biarpun tak semua yang dapat menghadirkan diri kerana sengaja atau tak disengajakan, suasana tetap meriah dengan aktiviti memasak, bbq, makan, bergambar, borak-borak, ijad's belated birthday celebration dan gotong-royong. Thanks to tuan rumah, Fa dan Sue kerana men-offerkan rumah mereka untuk dijadikan lokasi majlis berkenaan. Majlis bermula lepas Isyak jadi pada siang harinya kami menyibukkan diri di dapur dan menyediakan pelbagai juadah seperti spaghetti, macaroni, corn, potato salad sesambil mengintai-intai ke 'idiot box'. =D Kalau dah semua se'kepala' yang ada kat dapur tu, memang boleh agak la cane proses memasak tu berlangsung...dah cam theme park. Kecoh!!

*Gambar-gambar yang sempat dicuri tangkap oleh professional photographers...










Rugi rasanya sebab program camni tak diadakan sejak awal Beta lagi...dah final sem baru nak 'ngam'...tapi takpe, masih ada masa lagi untuk menambahkan kenangan! So, what's next??? ;P

p/s: Cam biasa...please click on the picture to enlarge!

Friday, February 08, 2008

c-04-16....1st reunion

aloha....saya baru balik dari Penang semalam (9/2/08). Sesaje sibuk nak balik kampung dengan harapan dapat makan limau mandarin banyak-banyak. Well, it happens...tapi yang tak bestnya, baru makan 3 biji, dah demam...hehehe...sorang-sorang kat umah nih, housemates sume balik ari Ahad. Kalau nak balik cuti masa raya Cina nih, kena ambil risiko kehabisan tiket bas. Kali nih nasib tak berapa 'ong', tiket sold out....kenalah balik awal.

Okies...jom cerita pasal reunion ari tu. Predictable, kalau buat reunion kat KL...mesti banyak masa yang dihabiskan kat jalan. Jam je memanjang....haishhh~ Sian Kak nor, sampai sesat nak ambil saya dgn kak lin kat Pudu. Dari Pudu, kitorang terus ke Ampang Point...jumpa Kak Ira, Eli dan Zihah. Sambil-sambil tunggu Kak Ju dan Zeti, kitorang pegi isi perut yang dah tak henti-henti 'berkeroncong untuk ana' nih. Sasaran kami : Lemongrass Restaurant.

Curry Mee + Cincau
( Nampak cam banyak kan? Memang pun...
tengoklah mangkuk tu besar mana. Takut tak habis kang...membazir lak
so, share la dengan Kak Lin. Cincau pun ada Uumph....
and it's worth for dehydration.)


Next, we headed to Flamingo. Kunun-kunun nak main bowling la. Tunggu punya tunggu...lambat nye nak sampai turn kitorang. Mula-mula memang excited nak main, tapi dah penat menunggu...mood pun tarak. Takpela, dah bukan rezeki pin tu nak strike di tangan kitorang...hehehe... Zeti ajak dinner di Gombak. Restaurant ala kampung; Kunang-kunang...



Saya makan: Nasi lemak sambal sotong
( Boleh tahan...sotong banyak tapi pedas.
Saya yang tahan pedas nih pun rasa
pedas, kalau zeti...mesti meraung punye.. =D )

Zihah + Kak Ju + Abg Azhar makan: Nasi Goreng Seafood

Kak Lin makan: Nasi Lemak Sambal Ayam

Kak Nor makan: Spaghetti Cabonara
(Biarpun tak dapat makan kat Restoran Kapal-Kampung Baru, Kak Nor masih mengekalkan semangat Western Food nye...Tahniah!) ;P

Actually, ade lagi side dish yang di order cam keropok lekor + cucur udang. Tapi tak sempat nak snap gambar sebab kejap je dah abes...hehehe.

Jauh gak perjalanan nak ke Restaurant nih. Lepas makan, bergambar dan borak-borak...sampai pelayan kat situ pun agaknye dah nyampah dah dan cam tengah berharap je kitorang balik. Dek kerana tak nak hampakan derang, kitorang pun akur dan bersurai..

Bermalam kat Kondo Kak Nor kat Pandan Indah...thanks Kak Nor for the hospitality! Awal-awal pagi dah bangun dan bersiap untuk kejar bas ke Melaka kul 9am tapi sempat tengok cite 'Anak Halal' kejap dan singgah di drive-thru Mcd untuk tapau breakfast set. Pendek kata, reunion nih hanya ada 1 aktiviti iaitu...MAKAN!! hehehe

Biarpun macam-macam kekangan yang berlaku seperti kehadiran yang tidak penuh, traffic-jam, dan sesat...reunion nih tetap best! Pasnih, gather kat umah Kak Ju lak pakat rewang ramai-ramai...sempena WEDDING dia nanti...tahun nih kan, Kak Ju? =)


  • Kehadiran: Linda, Juliana, Ira, Zeti, Eli, Zihah, Ika, Nor, Azhar, Amri, Fitri.
  • Agak-agak kalau tak puas nak tengok sebab gambar tak cukup besar...jangan segan...just click on the pic to enlarge!

Friday, February 01, 2008

Back after 3 Months..

salaam....

I'm back after 3 months been away from blogging =) Where should I start...hurmm...internship was great. As told in previous entry, the industrial training took place at MAS-Penang. Antara kerja harian di Accounts Department ialah prepare invoices, data entry, update utility bills and staffs medical report, refund clearance and credit control.

HR buat rotation department, so kejap kat Ticketing & Reservations, kejap kat Cargo Sales dan kejap kat Airport Operations. I also got the chance to visits the aircrafts. That was one of the bestest moment! Dapat masuk dalam kokpit and holds ( some part of the aircraft where all the baggage and cargo are placed). Saya di-assigned hampir ke semua department under Airport Operations; Golden Lounge, Boarding Gate, Check-in Counter, RAMP, Baggage Service Unit Lost & Found and Control Unit.

It is undeniable that each moment I spent in Malaysia Airlines System Berhad, the experience and the extra knowledge obtained are very precious. I did took some pictures in the aircrafts, but I apologize for I will not upload it here since, the captain allowed the photo-taking for personal use only and not for publications. So, no other options except... I have to obey the rules... ;)

How's the new look for the blog? Do you like it? Sorry about the font size, I'll try to do some amendment on the coding part later. This time I choose white as the background and the header; I did it myself. Putih nampak bersih...kan? Hehe...

p/s: Tomorrow...I'll be in KL attending a gathering for C-04-16. Will update the news by next week, insyaAllah. =)